CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18425|Reply: 3

[Dunia] Penternak bantah larangan jualan daging anjing di Korea Selatan

[Copy link]
Post time 12-1-2024 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Penternak bantah larangan jualan daging anjing di Korea Selatan

https://www.bharian.com.my/dunia ... ng-di-korea-selatan

Januari 12, 2024 @ 2:34pm


Aktivis hak haiwan mengalu-alukan pengharaman jualan daging anjing di Korea Selatan. - Foto AFP

SEOUL: Pembentangan rang undang-undang (RUU) melarang jualan daging anjing di Korea Selatan baru-baru ini mengundang bantahan keras dalam kalangan penternak haiwan itu.

Malah, ada pihak yang mengancam untuk melepaskan dua juta ekor anjing di Seoul sebagai tanda protes sekiranya undang-undang yang dijadual berkuat kuasa pada 2027 itu diluluskan.

Menurut akhbar harian berbahasa Inggeris, The Korea Times, keputusan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemilik restoran daging dan ladang ternakan anjing kerana ia 'dibuat oleh sebelah pihak', tanpa mengambil kira pandangan mereka.

Ketua persatuan penternak anjing kelmarin menyifatkannya sebagai langkah 'tidak siuman' ketika diwawancara penyiar radio tempatan SBS, lapor Korea JoongAng Daily.

Beliau berkata, RUU itu 'mencabuli hak asasi rakyat, termasuk hak harta benda, hak untuk mengekalkan mata pencarian dan hak untuk terus hidup', malah mengancam untuk melepaskan dua juta anjing di hadapan pejabat presiden sebagai langkah terakhir protes.

"Tanpa pampasan munasabah diberikan kepada petani, semua anjing yang tinggal (diternak untuk daging) akan dilepaskan.

"Ia adalah isyarat bahawa kami akan menyerahkan anjing berkenaan kepada kerajaan," katanya.

Selasa lalu, kerajaan Korea Selatan meluluskan RUU berkenaan, yang menetapkan bahawa mereka yang terjejas perlu mendaftarkan perniagaan, mengemukakan rancangan untuk mengecilkan saiz dan akhirnya menutup operasi masing-masing.

Mereka yang berdaftar akan mendapat pembiayaan daripada kerajaan untuk menutup perniagaan dan boleh memohon pinjaman dengan faedah rendah bagi membantu mereka beralih kepada cabang perdagangan lain.

Mereka yang melanggar undang-undang itu boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga 30 juta won (RM105,485).

Menurut JoongAng Ilbo yang juga sekutu Korea JoongAng Daily, persatuan itu menuntut kerajaan membayar petani sekurang-kurangnya dua juta won (RM7,032) bagi setiap ekor anjing.

Bagaimanapun, kerajaan menolak permintaan itu dan menegaskan pampasan dengan jumlah sedemikian tidak pernah diberikan sebelum ini . - AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hipokrit ja kpop semua ni.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hindus do not consider lombu as foods. Kat India, lombu ni dianggap pet, bukan food. Sah2 Hindu tu suma devastated nampak lombu disembelih dimakan.



Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab apa takleh makan anjing, kucing? Sebab kiut ja ka? Dah tu ayam, lombu, kamben, arnab, tak kiut?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.440815 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list