View: 2857|Reply: 3
|
[Dunia]
PERANG KE ATAS MASJID DAN GEREJA DI GAZA! Masjid Al-Sayyid Hashim yang menempatkan kubur kepada moyang Rasulullah SAW turut dibom
[Copy link]
|
|
Selama 95 hari peperangan, pihak pejabat media kerajaan Gaza telah mengira bahawa sekitar 380 buah masjid telah dibom oleh Israel di Gaza. Manakala kesemua 3 gereja yang ada di Gaza turut dibom oleh Israel!
140 daripada masjid tersebut telah musnah sepenuhnya manakala 240 lagi musnah separuh atau sebahagian.
Sebahagian daripada masjid yang musnah adalah akibat Israel menggugurkan bom seberat 2000 tan yang memusnahkan masjid tersebut sepenuhnya.
Israel turut memusnahkan masjid yang berusia beratus-ratus tahun seperti Masjid al-Omari di Gaza (masjid tertua), Masjid Syeikh Shaaban, Masjid al-Dzafar dan banyak lagi.
Israel turut mengebom Masjid Al-Sayyid Hashim yang menempatkan kubur kepada moyang Rasulullah SAW.
Israel amat membenci semua agama. Bayangkan dah berapa lama azan tidak berkumandang, loceng gereja tidak dibunyikan. Semuanya kerana Israel telah mengebom masjid-masjid dan gereja!
Hasbunallahu wanee'mal wakeel.
Sumber: Shehab News |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Don't worry mungkin nanti pokok batu haiwan malaikat jin hujan pergi tolong |
|
|
|
|
|
|
|
Celakalah zionis dan pencinta zionis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengan mayat pun zionis tak hormat. Suka hati dia pergi korek. Akhirat nanti giliran untuk duka hati.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|