CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18440|Reply: 4

[Dunia] Dunia terhutang budi pada Afrika Selatan, kata Palestin

  [Copy link]
Post time 13-1-2024 01:38 PM | Show all posts |Read mode



GLOBAL | Kementerian Luar Palestin memaklumkan, sistem antarabangsa "terhutang budi kepada Afrika Selatan" kerana mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tuduhan genosid terhadap rakyat Palestin.

Kementerian itu membuat kenyataan tersebut selepas pendengaran awam yang berlangsung selama dua hari di ICJ selesai, lapor Agensi Anadolu.

"Kes Afrika Selatan mempamerkan bukti kukuh bahawa Israel sengaja melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid," lapor Agensi Berita Palestin (Wafa) yang memetik kementerian berkenaan.

Afrika Selatan mengambil "langkah berani" memikul tanggungjawab dan komitmennya sebagai negara pihak Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.

"Rakyat Palestin terus terhutang budi kepada kerajaan Afrika Selatan dan rakyatnya yang berani menentang ketidakadilan ke atas rakyat Palestin," menurut kenyataan itu.

Afrika Selatan memfailkan kes itu pada Dis lalu dan menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pretoria juga meminta ICJ mengeluarkan langkah sementara untuk melindungi rakyat Palestin, termasuk menyeru Israel segera menghentikan serangan.

Israel telah membunuh lebih daripada 23,700 rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Okt lalu. Kempen ketenteraan itu juga menyebabkan pemindahan besar-besaran, kemusnahan dan kelaparan.

- Bernama/Anadolu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
1. sistem antarabangsa "terhutang budi kepada Afrika Selatan" kerana mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tuduhan genosid terhadap rakyat Palestin.

2. Rakyat Palestin terus terhutang budi kepada kerajaan Afrika Selatan dan rakyatnya yang berani menentang ketidakadilan ke atas rakyat Palestin
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berjaya.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Afrika Selatan. Of all countries. So ironic. Don't you think. It's like raaaiiiiyeennnnn
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Africa selatan negara cantik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.383624 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list