CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7292|Reply: 0

[Pahang] 719 mangsa banjir masih berada lima PPS di Pahang

[Copy link]
Post time 14-1-2024 10:07 AM | Show all posts |Read mode

Antara kawasan sawah ditenggelami banjir di Kampung Kurnia, Rompin, baru-baru ini. -Foto Bernama

KUANTAN: Seramai 719 mangsa daripada 215 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, di dua daerah iaitu Pekan dan Rompin setakat jam 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, tiada perubahan ketara jumlah mangsa di dua daerah terbabit berbanding 722 orang daripada 216 keluarga, semalam.

Di Pekan, seramai 573 mangsa daripada 164 keluarga berada di tiga PPS manakala 146 mangsa daripada 51 keluarga berada di dua PPS di Rompin.

Sementara itu, pemantauan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 8.45 pagi ini mendapati, tiga sungai masih melepasi paras bahaya iaitu dua di Rompin dan satu di Pekan.



Di Rompin membabitkan Sungai Keratong, Jalan Kota Bahagia dan Sungai Rompin di Jambatan Kuantan-Segamat, manakala di Pekan pula Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini manakala Sungai Pahang Tua di Rumah Pam Pahang Tua, Pekan melepasi paras amaran.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Rompin hari ini.

https://www.bharian.com.my/berit ... -lima-pps-di-pahang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.055178 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list