CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5631|Reply: 0

[Terengganu] Polis Terengganu hadiahkan 15 kenderaan dilucutkan hak kepada 7 sekolah

[Copy link]
Post time 14-1-2024 12:54 PM | Show all posts |Read mode

Mazli (kiri) bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Negeri Terengganu, Kasman Embong (dua kanan) melihat motosikal dan kereta yang akan dilucutkan hak pada Majlis Serah Terima Harta Lucut Hak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu, hari ini. - Foto GHAZALI KORI

KUALA TERENGGANU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu menghadiahkan 15 kenderaan yang dilucutkan ghak kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mazli Mazlan berkata, kenderaan itu adalah sebahagian daripada 62 kenderaan pelbagai jenis bernilai RM2.8 juta yang dilucutkan hak sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, 15 kenderaan yang dihadiahkan kepada JPNT adalah bernilai RM100,000 membabitkan 11 motosikal dan empat kereta.

Katanya, kenderaan itu diberi kepada tujuh sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang, SMK Air Putih, SMK Kuala Jeneris, SMK Sultan Omar, SMK Abdul Rahman Limbong, SMK Kuala Besut dan SMK Sungai Tong.



"Kita (PDRM) berharap dengan pemberian ini dapat dimanfaatkan pelajar yang mengambil jurusan automotif di sekolah berkenaan.

"Baki 47 lagi kenderaan iaitu 34 motosikal dan 13 kereta akan melalui lelongan awam," katanya di Majlis Penyampaian Kenderaan Lucut Hak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Kepada JPNT, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran JPNT, Kasman Embong.

Beliau berkata, pada tahun 2020, PDRM Terengganu turut menghadiahkan 19 kenderaan dilucutkan hak kepada JPNT iaitu 13 kereta, empat motosikal dan dua lori.

Mengulas mengenai Liga Bolasepak Terengganu (TFL) yang dicemari insiden pergaduhan kelmarin, beliau berkata, pihaknya sudah melakukan tangkapan ke atas tiga individu buat masa ini.

"Semua yang ditahan di padang dan luar padang itu berusia 20an hingga 40an dan proses siasatan masih dijalankan.

"Mungkin ada lagi tangkapan lain selepas ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit dan pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian terbabit selepas ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... cutkan-hak-kepada-7

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.045782 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list