View: 12956|Reply: 8
|
[Politik]
Gemar buat kenyataan kontroversi, Mahathir cuba alihkan perhatian isu Daim
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 15-1-2024 03:52 AM
Dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara disifatkan sebagai cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap siasatan rasuah melibatkan Daim Zainuddin.
Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajah, berkata ada kemungkinan bekas perdana menteri itu bimbang jika dia menjadi orang yang seterusnya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Kita semua tahu, Dr Mahathir sering membuat kenyataan-kenyataan kontroversi untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu melibatkan dia.
"Kali ini, dia buat perkara yang sama untuk mengalihkan siasatan rasuah terhadap Daim, sebab dia takut akan dipanggil selepas ini," katanya kepada Malaysiakini.
Untuk rekod, Daim dan keluarganya kini disiasat SPRM ekoran pendedahan Kertas Pandora. Menurut SPRM kertas siasatan terhadap tokoh yang dekat dengan Mahathir itu dibuka pada Feb tahun lalu.
Kertas Pandora adalah pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan masing-masing menggunakan perkhidmatan institusi kewangan luar pesisir atau syarikat berpangkalan di luar negara.
Terdapat desas-desus bahawa Mahathir kemungkinan akan dipanggil untuk siasatan pada masa akan datang.
Terdahulu, bercakap dalam temu bual eksklusif dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV, Mahathir berkata seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu untuk berhak untuk menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.
https://www.malaysiakini.com/news/693074
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ikut style trump...cam org x perasan. jibby pun sama...asal keluar berita hentam ko...ko kona cerita main naratif agama..bangsa..ULANG! |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah ciri khas Malaysia .. hasil politik perkauman 3R yang diwariskan dari British dan tetap kekal dipraktekan dengan cara yang lebih baik dan sempurna oleh elite dan ahli parti politik di Malaysia hingga kini ... Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
fix the nation laa PKR
bodow..layan wat per
ko pun sama diverting isu..layan atok tu
tuu tarif air naik beras tadak rogol sana sini cabut keje Singapore n mcm mcm ko buat buta ke?
mana menteri ko..babi punye politician..fuck ya!! |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnya zaman najib yang dituduh corruption tu performance lagi okey? beras tiada masalah, hutang negara terkawal, dividen asb antara tertinggi, ringgit yang fitnah junam pun okey zaman najib.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kepanasan dah kot... anak2 dia pun dah kena panggey kan |
|
|
|
|
|
|
|
Distractions game getting old |
|
|
|
|
|
|
|
Mahathir berkata seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu untuk berhak untuk menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.
bukan heols ada darah keturunan kerala ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|