CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11433|Reply: 13

[Dunia] Sanggup beli udara online, untuk hilangkan tekanan katanya

  [Copy link]
Post time 14-1-2024 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 15-1-2024 03:53 AM

JAKARTA – Seorang wanita tular di media sosial Indonesia selepas memuat naik video dia membuka bungkusan berisi udara dari Bandung dan Jakarta yang dijual secara online.

Portal berita Wolipop melaporkan, video memaparkan wanita bernama Zueenaputry itu dimuat naik dalam akaun TikTok @zueenaaaaa.

“Review udara Bandung dan Jakarta. Bungkusan sudah sampai, mari kita buka.

“Harganya 12,000 rupiah (RM3.50) setiap satu. Selepas didarab dua, ia menjadi 24,000 rupiah (RM7). Caj penghantaran adalah 4,000 rupiah (RM1.20),” katanya.

Menurut Zueenaputry, dia diberitahu bahawa udara dari Bandung dan Jakarta boleh menghilangkan tekanan.

Dia kemudian membuka bungkusan itu dan menghidu udara di dalam plastik tersebut.

“Terhidu sekali aroma debu. Kawan-kawan, tekanan saya makin bertambah selepas menghirup udara ini. Dengan bajet hanya 12,000 rupiah, saya boleh menghidu udara Jakarta tanpa melancong,” katanya.

Zueenaputry kemudian membuka bungkusan plastik yang dipenuhi udara dari Bandung. Dia serta-merta merasakan sensasi yang berbeza apabila menghirup udara tersebut.

Wolipop telah menghubungi Zueenaputry yang berasal dari Bogor, Jawa Barat. Remaja berusia 18 tahun itu mengakui dia membeli udara tersebut secara online. – AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 07:32 AM | Show all posts
Gi farmasi tu ada jual portable oxigen botol. Hisap la ko kot kekal muda tak tercemar
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Buh dalam plastik gitu je. Ingat buh dalam botol tank ke apa. Indon2
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 09:09 AM | Show all posts
aneh-aneh.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Buatnya seller tu kentut dulu baru pos..mcmana..
Dia claim toxic gas from bandung gitchuuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 10:08 AM | Show all posts
yang tak terlintas di akal saja ummah konoha ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2024 12:11 PM | Show all posts
shernazz replied at 15-1-2024 09:13 AM
Buatnya seller tu kentut dulu baru pos..mcmana..
Dia claim toxic gas from bandung gitchuuu

xsilap ade je org jual kentut, tp pemilik kentut tu lawa la
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 15-1-2024 12:11 PM
xsilap ade je org jual kentut, tp pemilik kentut tu lawa la

Hahah
Amende le kan.
Entah2 filter je.tu..
Tengok real empunya kentut tu...
Mau.bunuh diri yang beli2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 03:13 PM | Show all posts
shernazz replied at 15-1-2024 12:38 PM
Hahah
Amende le kan.
Entah2 filter je.tu..

WASHINGTON – Seorang bekas bintang realiti televisyen mampu menjana pendapatan sampingan yang menguntungkan dengan menjual kentutnya yang dikumpul di dalam balang, lapor akhbar Metro UK semalam.
Stephanie Matto, yang membintangi rancangan 90 Day Fiance memperoleh hampir AS$50,000 (RM213,016) dalam masa seminggu dengan menjual kentutnya sendiri yang dimasukkan ke dalam balang bersama beberapa kelopak bunga ros dan nota peribadi.
Wanita itu menyasarkan sejumlah 260,000 pengikutnya sebagai pelanggan untuk menjual produknya pada harga AS$1,000 (RM4,237) sebalang, dan membuat promosi 50 peratus baru-baru ini.
Matto mula dikenali selepas menyertai rancangan yang memaparkan sama ada dua pasangan akan berkahwin atau tidak setelah tiga bulan menghabiskan waktu bersama.
Walaupun tidak berjaya mendapat pasangan dalam rancangan itu, populariti yang diterimanya berjaya meraih perhatian peminat untut membeli balang kentutnya.
Menurut Matto, dia memakan banyak protein, yogurt, telur rebus dan kacang untuk menghasilkan kentutnya.
“Beberapa tahun lalu, saya mendapat permintaan untuk menjual coli, seluar dalam, rambut dan air mandian.
“Saya berpendapat bahawa menjual kentut adalah cabang perniagaan yang hebat, menyeronokkan, unik dan berbeza,” jelasnya.
Matto setakat ini telah menjual 97 buah balang. – Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bangang2 betul la
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
content bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 15-1-2024 03:13 PM
WASHINGTON – Seorang bekas bintang realiti televisyen mampu menjana pendapatan sampingan yang men ...

Wei Makan teloq...
Bau mesti memberi kenangan pada.pembaunya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
malu maluin saya kak kata mbak friskies indon caprut
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 05:56 PM | Show all posts
udara cyberjaya for sale

pm tepi yukk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.161849 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list