CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3762|Reply: 1

[Dunia] Konflik Palestin-Israel: 4,000 askar Zionis jadi OKU

[Copy link]
Post time 15-1-2024 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Konflik Palestin-Israel: 4,000 askar Zionis jadi OKU

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ar-zionis-jadi-oku/

Oleh KOSMO!
14 Januari 2024, 10:00 pm


Tentera Israel memindahkan anggota yang cedera dalam pertempuran di Semenanjung Gaza di Hospital Beilinson dekat Tel Aviv pada 18 Disember 2023. - Nir Keidar / Agensi Anadolu.

TEL AVIV – Seramai 4,000 askar Israel disahkan kini bergelar orang kelainan upaya (OKU) sejak permulaan perang Gaza dengan jumlah itu dianggarkan boleh meningkat kepada 30,000 orang, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.

“Rejim Zionis bersiap sedia untuk menerima sejumlah besar askar OKU dan selepas 100 hari perang, kira-kira 4,000 tentera disahkan OKU,” lapor laman berita Walla kelmarin.

Serangan Hamas pada 7 Oktober lalu menyebabkan Israel menghadapi situasi peperangan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini dari segi jumlah askar yang cedera parah.

Laman berita itu menambah, tentera Israel tidak mendedahkan semua data sebenar mengenai askar yang cedera kepada orang ramai kerana bimbang ia akan menurunkan semangat rakyat.

“Kira-kira 4,000 tentera OKU telah dikategorikan mengikut klasifikasi 3. Ini bermakna mereka berhak mendapat semua layanan dan hak yang dinikmati oleh OKU tanpa diiktiraf secara rasmi ,” lapor Walla.

Tambahnya, gaji akan dibayar kepada tentera yang cedera dan mereka akan menerima rawatan pemulihan.

“Saya telah berada dalam organisasi itu selama 30 tahun dan tidak pernah melihat sejumlah besar askar yang cedera parah.

“Terdapat ramai yang cedera dengan anggota badan dipotong, buta atau lumpuh,” kata Pengerusi Pertubuhan Tentera Israel, Idan Kaliman. – AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 02:08 PM | Show all posts
“Kira-kira 4,000 tentera OKU telah dikategorikan mengikut klasifikasi 3. Ini bermakna mereka berhak mendapat semua layanan dan hak yang dinikmati oleh OKU tanpa diiktiraf secara rasmi ,”

Tak faham.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.293697 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list