CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6299|Reply: 0

[Dunia] ‘Dadah zombi’ dibuat daripada tulang mayat

[Copy link]
Post time 15-1-2024 02:33 PM | Show all posts |Read mode
‘Dadah zombi’ dibuat daripada tulang mayat

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ipada-tulang-mayat/

Oleh KOSMO
15 Januari 2024, 10:29 am


Golongan muda yang mengambil kush sering berkumpul beramai-ramai, duduk terkulai dan ada masanya tidur sambil berdiri. – AFP
FREETOWN, SIERRA LEONE – Sejenis dadah berbahaya yang dihasilkan daripada tulang manusia menjadikan penagih kelihatan seperti mayat hidup atau zombi, lapor akhbar The Sun semalam.

Dadah digelar kush itu menjadi rebutan penagih di Sierra Leone serta mendapat permintaan tinggi sehingga memaksa pengedar menggali kubur untuk mendapatkan tulang orang yang sudah mati.

Meskipun diharamkan, kush dijual dan dihisap secara terbuka di jalan-jalan sekitar bandar ibu negara, Freetown.

Ramuan sebenar dadah yang sangat menyebabkan  ketagihan itu kekal misteri, namun opioid seperti fentanyl sering dijumpai di dalamnya.

Dadah sintetik itu juga diperbuat daripada campuran herba, bahan kimia toksik, pembasmi kuman dan tulang manusia, lapor akhbar Daily Star.

Tulang manusia yang berada di bawah tanah mengandungi kesan sulfur yang meningkatkan kesan khayal dadah,demikian menurut seorang pakar perubatan.

Disebabkan itu, pengedar telah bertukar menjadi ‘perompak kubur’ dengan menjarah ribuan kubur untuk mencuri rangka bagi memenuhi permintaan, kata penduduk tempatan.

Kebanyakan penagih sanggup menghabiskan sehingga 233 leone (RM47.33) sehari, yang merupakan satu nilai yang besar untuk negara dengan purata pendapatan tahunan kurang daripada 11,669 leone (RM2,371) itu.

Golongan muda yang mengambil kush sering berkumpul beramai-ramai, duduk terkulai dan ada masanya tidur sambil berdiri.

Ketika sedang khayal, penagih ‘zombi’ ini sering merayau-rayau ke tengah jalan raya atau berisiko jatuh dari tempat tinggi.

Walaupun tiada rekod rasmi mengenai kematian berkaitan dadah tersebut, pakar kesihatan menganggarkan kira-kira 12 pengih mati setiap minggu, dengan mayat mereka ditemui di kawasan setinggan, lapor akhbar The Telegraph.

Pemangku penguasa perubatan dan pakar psikiatri residen sebuah hospital psikiatri, Dr. Jusu Mattia berkata, 60 peratus daripada kemasukan ke hospital itu adalah berkaitan dadah kush.

“Kami telah merekodkan hampir 2,000 kes penagih kush pada 2023 di hospital. Ramai yang mati di rumah dan di jalanan,” katanya. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.353735 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list