CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8474|Reply: 31

[Tempatan] Ada menu macam-macam,sedap dan murah, kantin sekolah di Gurun jadi ‘syurga’ pelajar

[Copy link]
Post time 16-1-2024 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 16-1-2024 12:54 PM

Sedap, murah, kantin sekolah di Gurun jadi ‘syurga’ pelajar
Oleh KOSMO!
15 Januari 2024, 4:45 pm


Antara gambar-gambar yang dikongsikan Mohd Fahmi di Facebook menunjukkan menu-menu yang dijual di kantin SMK Tunku Sulong.


GURUN – Kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Sulong, Gurun, Kedah, hebat diperkatakan netizen berikutan menjual pelbagai jenis makanan bertaraf kafe terkenal dengan harga yang murah.

Mohd. Fahmi Ahmad menerusi Facebook, turut berkongsi gambar menu-menu berkenaan yang dijual di Sireh Kafe Tunku Sulong itu, sehingga membuatkan orang ramai teruja.

Lebih mengujakan, apabila Mohd. Fahmi memaklumkan bahawa nasi goreng Pattaya dijual dengan harga cuma RM4 di kantin sekolah berkenaan.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Menu istimewa hari ni nasi goreng Pattaya, ayam goreng ‘crispy’, ayam Korea dan macam-macam lagi.

“Syurga makanan buat semua pelajar dan warga SMK Tunku Sulong Jeniang. Staf hantar gambar makanan tadi, terkejut saya.

“Syukur dapat semua staf yang baik-baik dan ikhlas. Kepuasan anda keutamaan kami,” katanya.

Rata-rata orang ramai teruja dengan perkongsian berkenaan dan menyifatkan ia sesuatu yang wajar dicontohi pengusaha kantin yang lain.

“Terbaik, mana nak dapat dah harga RM4,” komen seorang pengguna.

“Ronda sekolah satu Malaysia pun, tak boleh jumpa macam Bos Fahmi punya persembahan. Modal besar, untung kecik, jual banyak untung besar. Pak Ndak bagi AAAAA++,” puji Azni Rambli.

“Sekolah ni pelajar rehat lama ke? Tak puas kalau aku belajar situ, semua nak makan,” ujar Zainal Azmi.

“Meriahnya. Alhamdulillah rezeki anak-anak sekolah dapat makan sedap-sedap. Semoga murah rezeki tuan semua,” doa Asmidar Nor. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 12:08 PM | Show all posts
Bior untung sikit-sikit, asalkan volume banyak. Terbaik abang kantin.
Bukan macam ayam kunyit kat Langkawi tu. Pegi London balik hari.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke tak boleh jual makanan gitu kat kantin sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:27 PM | Show all posts
riyadhK replied at 16-1-2024 12:15 PM
Bukan ke tak boleh jual makanan gitu kat kantin sekolah?

habis tu apa yang boleh dijual?
nasi lemak sambal berbiji cili dengan telur rebus potong 16 serta ikan bilis 3 ekor
bihun goreng dengan sos cili kosong
mee goreng kicap bodo
air sirap
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Meriahnya.aku kat sekolah dulu suka makan mi atau bihun sup pastu tambah sambal kicap lebih.marvelous sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:40 PM | Show all posts
AnBulisia replied at 16-1-2024 12:27 PM
habis tu apa yang boleh dijual?
nasi lemak sambal berbiji cili dengan telur rebus potong 16 serta  ...

kannnn.....sabar dek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Menu kat SMK mmg selalu lebih sedap drpd kat SK.

Ini kata anak jiran iols laa, anak iols bawak bekal tp ada duit belanja gak kot2 dia teringin nk beli kat kantin cth time ada jualan dessert ke apa.
Sbb ada kelas pastri selalu jual kek n puding bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
AnBulisia replied at 16-1-2024 12:27 PM
habis tu apa yang boleh dijual?
nasi lemak sambal berbiji cili dengan telur rebus potong 16 serta  ...

Ni menu zaman iols sekolah tahun 90an dulu ni hahahahah
Menu RMT pun camtu laa, acik kantin akan susun siap2 atas meja. Sambal tumis cair, kaler merah mcm buh pewarna dia letak sesudu kecik. Ikan bilis sekor je. Telur potong 16. Buh atas pinggan plastik oren tu.
Tak ramai yg nk mkn sbb dah tau tak sedap dan rupa pun tak menyelerakan.
Menu2 lain bihun goreng garing, mi goreng kering. Ulang2 ni jelaa.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 01:23 PM | Show all posts
Lebih mengujakan, apabila Mohd. Fahmi memaklumkan bahawa nasi goreng Pattaya dijual dengan harga cuma RM4 di kantin sekolah berkenaan.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Menu istimewa hari ni nasi goreng Pattaya, ayam goreng ‘crispy’, ayam Korea dan macam-macam lagi.


Dan buah-buahan potong kiub. Okay jer tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 01:30 PM | Show all posts
kantin sekolah aku dulu ada 10 gerai...gerai melayu jual kuih muih & roti jala, mee rebus & mee kuah, nasi berlauk  & laksa...gerai cina hokkien mee, char koay teow, roti & kek, gerai air 2...pljr2 melayu x beli pun hokkien mee & char koay teow kecuali roti & kek & air...roti & kek tu pagi2 ada org hntr dr kedai kek...roti panas2...
mmg meriah la...paling sedap mee kuah...dulu sepinggan 80 sen atau RM1...bw RM2 pun cukup...kalau ada koko makcik jual nasi berlauk jual ayam goreng ptg2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ank aii jenis tak makan outside food kecuali fast food..so bawak la bekal hari2 + duit jajan rm3..aii pun masak bekal express jaa utk diorang..nasi butter (marjerin pelangi) ayam
goreng..kadang burger daging, sandwich telur. Harap2 naik sekolah menengah nti ank aii dah boleh makan outside food sbb dia aim nak masuk boarding school
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm menarik fruit bowl tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 01:36 PM | Show all posts
kat sini menu kantin sekolah agama lagi menarik dari sek keb...
Kalau cuti x ke ofis tahun2 sebelum ni memang pergi sekolah agama pagi2 nak beli nasi lemak dia sbb sedap dan murah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya plating...
Baru budak2 Semangat nak makan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya... kantin office i pun sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 16-1-2024 02:08 PM

Kalo kakaros ala ala kinky masuk sure dia cakap tak sedap..."aku buat lagi padu"...teriak nyer

Gitewww batuapi...


Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 02:08 PM | Show all posts
Suchi replied at 16-1-2024 12:50 PM
Ni menu zaman iols sekolah tahun 90an dulu ni hahahahah
Menu RMT pun camtu laa, acik kantin akan s ...

sambal nasi lemak sek ren aku dulu sedap.. pedas sedap..makcik kantin siap boh satu mangkuk besar, sapa nak sambal ekstra ambil je situ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
nsmy replied at 16-1-2024 01:38 PM
Cantiknya plating...
Baru budak2 Semangat nak makan...

Aku kalo plating dah shantek sangat...terus kenyang...tak payah disentuh makanan iteww..

Giteww betapa aku pentingkhrun presentation....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ramai murid n cikgu kat sekolah tu? Sekolah anak iols, dapat beli makanan pun kira dah bersyukur sebab jumlah student terlalu ramai. Awal tahun ni tukar operator kantin baru.. 1st day hauk ya murid darjah 2 & 3 tak cukup makanan sebab habis. Hari ke 2,darjah 3 turun kantin waktu rehat…. Kosong tray.

So iols bersyukur asalkan anak-anak dapat makan n faham je kalau operator kantin tak sempat nak buat plating cantik. Janji makanan sedap n mencukupi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 02:34 PM | Show all posts
nsmy replied at 16-1-2024 01:38 PM
Cantiknya plating...
Baru budak2 Semangat nak makan...

Salah tu.

Baru dak-dak semangat nak belajar.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052597 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list