CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4703|Reply: 0

[Terengganu] Doktor jangka hidup dua minggu, kini Hazim sudah 12 tahun

[Copy link]
Post time 17-1-2024 10:44 AM | Show all posts |Read mode

Zainab Salim, 55, bersama anaknya Mohammad Hazim Muhaimin Mohamad, 12, yang menghidap sindrom Cornelia de Lange. - Foto NSTP/Nazdy Harun

KUALA BERANG: Diberi harapan hanya mampu hidup dua minggu selepas dilahirkan namun takdir Allah SWT penentu segalanya bagi Mohammad Hazim Muhaimin Mohamad, 12, yang menghidap sindrom Cornelia de Lange.

Menurut ibu remaja berkenaan, Zainab Salim, 55, dari Kampung Peroh, dekat sini, selepas dilahirkan doktor jangka anak bongsunya akan hidup selama dua minggu.

Selepas melalui fasa kritikal anaknya kemudian dijangka mampu bertahan hingga usia enam bulan, kemudian hingga tiga tahun dan terakhir dikatakan mampu bertahan hingga usianya lima tahun.

"Namun takdir Allah SWT mengatasi segala-galanya dan kini usia Hazim sudah menjangkau 12 tahun walaupun terpaksa bergantung sepenuhnya kepada susu khas dan lampin pakai buang.



"Sejak dilahirkan hingga hari ini, Hazim hanya meminum susu khas dan setiap bulan empat hingga lima tin susu diperlukan," katanya yang mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM150 sebulan.

Menurutnya, anak bongsunya itu ketika dilahirkan hanya seberat 1.2 kilogram (kg) dan kini beratnya hanya 6.8kg.

Anak istimewa itu mampu meniarap ketika berusia tujuh tahun dan kini sudah boleh memanggilnya 'mama' walaupun tidak sesempurna insan normal.

"Saya tidak berseorangan dalam membesarkan anak sindrom Cornelia de Lange ini kerana kami mempunyai kumpulan dalam media sosial yang mempunyai anak-anak istimewa ini.

"Melalui perbualan di dalam media sosial, saya boleh menambah pengetahuan tentang penjagaan anak istimewa ini selain berkongsi ilmu-ilmu baru serta perkembangan terkini anak masing-masing," katanya.

Tambah Zainab, dia berterima kasih kepada doktor-doktor yang pernah merawat anaknya sebelum ini kerana dengan dorongan dan kata semangat dapat menguatkan dirinya untuk menerima takdir ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... azim-sudah-12-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.070103 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list