CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6059|Reply: 1

[Dunia] Pergi dengan dolar, pulang dengan rupiah indon

[Copy link]
Post time 17-1-2024 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Pergi dengan dolar, pulang dengan rupiah

https://www.hmetro.com.my/global ... ulang-dengan-rupiah

Agensi

Disiarkan pada: Januari 17, 2024 @ 10:13am


PESAWAT Hongkong Airlines. FOTO fail AFP

Hong Kong: Seorang penumpang menjadi mangsa pencuri licik di dalam penerbangan Hong Kong Airlines, yang mencuri dan menukar wang kertas Dolar Hong Kong miliknya kepada wang kertas Rupiah Indonesia, lapor portal The Standard.

Penumpang yang ingin dikenali sebagai Chow itu mengembara bersama teman wanita dan keluarganya di dalam penerbangan awal pagi ke Osaka, Jepun, baru-baru ini.

Chow membawa bersama 100 wang kertas berjumlah HK$50,000 (kira-kira RM29,700) yang dirancang untuk ditukar dengan Yen semasa ketibaan.

Chow berkata, seorang pramugari memintanya meletakkan beg galasnya di ruang penyimpanan atas dan bukannya di bawah tempat duduk.

Memandangkan ruang bagasi di atas tempat duduknya penuh, Chow meletakkan beg itu di ruang penyimpanan barang, yang jaraknya antara tiga hingga empat baris di hadapan tempat duduknya.

Lelaki itu berkata, dia tertidur semasa penerbangan dan mendapatkan semula begnya sebaik tiba di Jepun.

Dia kemudian mendapati ia ditukar dengan wang kertas Rupiah Indonesia apabila dia mengeluarkan barang-barang itu di dalam kereta api di Jepun.

Terdapat sejumlah 153 wang kertas dalam denominasi 2,000 rupiah bersamaan dengan kira-kira HK$153 (kira-kira RM60).

Sebagai tindak balas kepada kes Chow, Hong Kong Airlines berkata, penumpang perlu segera memberitahu anak kapal untuk menghubungi polis, jika mereka mendapati ada barang yang dicuri supaya pegawai boleh menaiki pesawat untuk siasatan.

Ia menambah bahawa syarikat penerbangan itu tidak mempunyai kuasa untuk memeriksa barang-barang penumpang.

Sehingga November tahun lalu, Polis Daerah Lapangan Terbang menerima 20 kes yang dilaporkan berkaitan kecurian dalam kabin.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
SEK SEK friska ke Ni?
Allahu..tau la rupiah tak.laku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.309087 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list