CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8189|Reply: 0

[Kelantan] Tarif air naik mampu tingkat perkhidmatan air bersih di Kelantan

[Copy link]
Post time 18-1-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Nassuruddin (tiga dari kanan) semasa hadir ke Majlis Penyerahan Rumah Banglo Kepada Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2023 di Wadi Iman Eksklusif Tanah Merah di Tanah Merah hari ini. - Foto oleh ROHANA ISMAIL / KOSMO!

TANAH MERAH – Pelarasan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan dilihat mampu meningkatkan perkhidmatan bekalan air bersih di Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu itu juga dapat memberi keselesaan kepada pengguna selepas ini.

Menurutnya, tarif baharu itu bukan hanya melibatkan Kelantan, sebaliknya ia dijalankan di kebanyakan negeri.

“Kita sudah kurang mendapat aduan berkaitan bekalan air sejak kebelakangan ini.

“Insya-Allah, pelarasan tarif air seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan air kepada pengguna kelak,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Rumah Banglo Kepada Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2023 di Wadi Iman Eksklusif Tanah Merah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Nassuruddin memberitahu, orang ramai juga tidak perlu bimbang berikutan pengumuman pelarasan tarif air tersebut.

Menurutnya, beliau percaya pelarasan itu tidak akan membebankan pengguna selepas kajian dibuat sebelum pelaksanaannya.

“Tarif air juga sudah lama tidak dinaikkan sejak 2013. Kerajaan negeri akan melihat kesesuaian mengikut pelarasan yang ditetapkan di seluruh negara,” katanya.  – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... bersih-di-kelantan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054464 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list