CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50393|Reply: 472

[Tempatan] [VIDEO] Rangka manusia ditemui dalam bangunan kosong dikaitkan dengan kes Bella. #2, Kami harap rangka manusia yang ditemui bukan Bella – Kakak

[Copy link]
Post time 19-1-2024 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-1-2024 03:21 PM

[VIDEO] Rangka manusia ditemui dalam bangunan kosong dikaitkan dengan kes Bella

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... n-dengan-kes-bella/

Oleh ADNAN IBRAHIM
19 Januari 2024, 9:00 pm

  


RUMAH terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, Batu Pahat inilah lokasi penemuan rangka manusia ditemui pukul 2 petang tadi.

BATU PAHAT – Polis mengesahkan penemuan rangka manusia yang dikaitkan dengan kehilangan seporang ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella lebih sebulan lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, rangka manusia ditemui kira-kira pukul 2 petang hari ini di dalam bangunan terbiar di sebuah sekolah di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini.

Menurutnya, penemuan rangka itu selepas dipandu salah seorang suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan Bella sejak 37 hari lalu.

“Pasukan polis menjumpai rangka manusia yang tidak sempurna dan pakaian disamping rangka tersebut.

“Secara tepatnya kita tak boleh sahkan lagi bahasa itu adalah Bella, siasatan mengambil masa kira-kira dua minggu.

“Pasukan forensik masih lagi menjalankan siasatan dan keluarga masih menjalankan pengeceman.

“Rangka ini kita akan ke makmal untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) melalui rekod pergigian dna sebagainya,”katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Dengan penemuan rangka manusia itu, misteri kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak 14 Disember lalu dijangka bakal terungkai.

Terdahulu, ibu tunggal dua anak itu dilaporkan hilang keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam pada 14 Disember lalu dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

Bagaimanapun, selepas tarikh itu dan sehingga kini, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi, selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.

Kakaknya, Norhisham Samsusah, 36, serta ahli keluarganya tampil membuat laporan polis pada 16 dan 18 Disember tahun lalu.

Susulan itu, lima individu diambil keterangan bagi membantu siasatan termasuk teman lelaki Bella yang berusia 24 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula 25 Disember tahun lalu namun dibebaskan dengan jaminan polis.-KOSMO! ONLINE.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2024 11:21 PM | Show all posts
Kami harap rangka manusia yang ditemui bukan Bella – Kakak

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -bukan-bella-kakak/

Oleh ADNAN IBRAHIM
19 Januari 2024, 9:29 pm


NORISHAM ketika ditemui pemberita susulan penemuan rangka manusia yang dikaitkan dengan kehilangan adiknya Bella.

BATU PAHAT – Keluarga berharap rangka manusia tidak sempurna yang ditemui di Kampung Batu 7 di Tongkang Pecah di sini bukan Bella atau Mira Sharmila Samsusah, 32, selepas dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

Kakaknya, Norisham, 36, berkata, ketika dimaklumkan tentang penemuan rangka manusia itu petang tadi gerak hati tetap mengatakan itu bukan Bella seperti yang ditularkan.

Katanya, jika rangka manusia itu adalah adiknya mereka sekeluarga tetap reda dengan ketentuan Ilahi namun mengharapkan hukuman setimpal kepada siapa sahaja yang melakukannya.

“Setakat ini, kami belum dimaklumkan tentang keputusan penemuan rangka manusia ini, bagaimana pun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) saya dan ibu sudah diambil untuk simpanan pihak polis kira-kira dua minggu lepas.

“Saya amat berharap rangka manusia itu bukan Bella,” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan rangka manusia itu di sini hari ini.

Menurut Norisham lagi, diharapkan keputusan DNA dapat diketahui dalam kadar segera bagi menamat penantian ini.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan rangka manusia ditemui kira-kira pukul 2 petang hari ini di dalam bangunan terbiar di sebuah sekolah di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini.

Katanya, penemuan rangka manusia itu hasil siasatan ke atas tiga suspek yang ditahan susulan kehilangan kes Bella sejak 37 hari lalu.

Salah seorang suspek membawa pasukan penyiasat menunjukkan lokasi rangka manusia itu.

ibu tunggal dua anak itu dilaporkan hilang keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam pada 14 Disember lalu dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.-KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dh suspek yg bawak polis ke tempat tu...hmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca komen kat tt katanya salah sorang drpd 3 suspek
Ada sorang baru balik umrah kena tahan kat airport tu dan dia la kot yg bitau lokasi ni
Tak pasti la tu bf dia or akan subahat. Kalau tgk muka bf dia mmg muka watak antagonis
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 19-1-2024 11:44 PM
Baca komen kat tt katanya salah sorang drpd 3 suspek
Ada sorang baru balik umrah kena tahan kat airp ...

Kt mna tgk muka bf dia tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 19-1-2024 11:44 PM
Baca komen kat tt katanya salah sorang drpd 3 suspek
Ada sorang baru balik umrah kena tahan kat airp ...

wth pergi umrah lepas bunuh orang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2024 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Apela motif nye kan, marah ke apa. Sian betul
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempat lagi pi umrah? Kalau ye pun bkn dia bunuh tp dia tahu / subahat, tenang ke eh masa keliling kaabah tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2024 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Motip pun x pasti.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 19-1-2024 11:44 PM
Baca komen kat tt katanya salah sorang drpd 3 suspek
Ada sorang baru balik umrah kena tahan kat airp ...

Komen kt fb bertaburan kata yg balik umrah tu bf dia. Bf dia langgar pakai kereta and dispose the body kt blkg rumah terbengkalai tu. Bf dia jugak le yg tunjuk dgn pulis mana body tu. Xtau mana diorg dpt details
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 06:08 AM | Show all posts
konfirm bella

tulah nk sgt pucuk muda
pucuk muda kebanyakan baran
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
phycopath agknya..selamba badak bunuh org..pstu pi umrah
Dh mcm ahli politik..ada kes.nnti pi umrah..balik buat muka tk bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah sampai suspek yg tunjuk rangka tu, tak kan nak indenial lg kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Si gemuk gundu ni dari kau pergi umrah baik kau lari pergi oz mcm dak sajad dgn sirul..xyah balik..kok kena tangkap pun lmbat sikit la sbb nk kena tggu interpol..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
seripahzeripah replied at 20-1-2024 06:51 AM
Si gemuk gundu ni dari kau pergi umrah baik kau lari pergi oz mcm dak sajad dgn sirul..xyah balik..k ...

Gemuk ke anak ikan mangsa ni kak pah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
apa nama fb bf dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2024 08:48 AM | Show all posts
tengok dan jenguk kat tik tok banyak yang kata bf dia yang balik dari umrah tu.ada pula acik gundu back up kata. suspect je.jangan cepat menghukum.ada pula mak mak beri nasihat yang i rasa wajar sangat dibaca dan didengar.jangan rapat jangan beriya sangat dengan boyfriend.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dipandu suspek ye? Sah dia la tu. Takziah buat keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
lola0311 replied at 19-1-2024 04:09 PM
wth pergi umrah lepas bunuh orang

Because he can.

Buduh kan manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu… replied at 19-1-2024 09:48 PM
Komen kt fb bertaburan kata yg balik umrah tu bf dia. Bf dia langgar pakai kereta and dispose the  ...

Takda effort pun nak tanam. Dasar anjing.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.121886 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list