CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14594|Reply: 31

[Jenayah] "Tengok Macam Robin Hood, Dia Tutup Dengan Kain Buruk" - Ada Tangan Atas Lutut, Duduk Atas Penghadang Tepi Highway!

  [Copy link]
Post time 20-1-2024 12:11 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan Robin Hood.

MEREKA yang pernah berdepan kejadian mistik pastinya sukar untuk melupakan pengalaman yang menakutkan itu.

Terbaharu, sedutan video pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkongsi pengalaman berdepan kejadian mistik turut tular di media sosial.

Ketika menjawab soalan penonton ketika satu sesi kuliah, Azhar berkata kali dia terakhir berdepan kejadian mistik ialah di sebuah lebuh raya di Terengganu sekitar tahun 2019.

"Saya akhir sekali (nampak) tahun 2019. Dia (entiti mistik) duduk atas highway dekat exit Dungun. Dia duduk atas penghadang jalan. Malam tu, baru lepas kuliah di Kerteh.

"Menteri Besar minta hadir ke stadium di Kuala Terengganu. Jadi kena laju. Kerteh ke Kuala Terengganu 50 minit. Masa tu bawa Mercedez. Yang lain tidur letih, saya yang pandu.

"Tengok macam Robin Hood, dia tutup dengan kain buruk. Duduk atas penghadang tepi tu. Kakinya, jarinya panjang-panjang. Besar gajah kot tapi rupa manusia, Ada tangan atas lutut, itu yang terakhir," ujarnya.

Penceritaan Azhar yang turut diselitkan dengan elemen jenaka itu disambut dengan hilai tawa penonton yang menghadiri sesi kuliah berkenaan.

Tidak terhenti di situ, Azhar kemudiannya membuka satu lagi kisah mistik yang pernah dilaluinya, juga di sebuah lebuh raya beberapa tahun lalu.

"Yang sebelum itu kain putih, kain kafan. Saya pergi ke kuliah di Maran, malam Jumaat. Lepas kuliah, sembang-sembang minum air dalam bilik imam. Ada Ketua Polis Daerah (OCPD) Maran. Dia tanya, ustaz balik tak kena usik hantu ke? Saya kata jangan cerita macam tu tuan, saya nak balik sendirian jap lagi.

"OCPD Maran cerita, dia kena usik hantu di Kuala Lumpur. Lepas tu saya pun balik. Dekat exit pertama lepas Perasing.

"Dia datang dari tepi, kita ingatkan burung. Kemudian dia ke depan cermin, baru nampak kain kafan. Lepas tu masuk ke dalam bukit.

"Esoknya saya datang balik untuk tengok bukit apa tu. Dia ingat kita takut. Tapi kalau dia berhenti, aku lari," cerita Azhar dalam nada berseloroh.

Hingga kini video yang dikongsi di laman TikTok itu menerima lebih 1.2 juta tontonan.

Bagaimanapun, pemilik TikTok itu tidak menyatakan tarikh serta lokasi kuliah berkenaan diadakan.

Di ruangan komen, ramai netizen turut bercerita mengenai pengalaman mereka berdepan kejadian mistik.

Pada masa yang sama, ramai netizen turut memuji cara penyampaian kuliah Azhar yang sentiasa mencuit hati penonton.

"Pernah kena macam UAI pasal kain kafan tu kat highway nak ke Kuala Perlis, pukul 4.30 pagi.

"Tak tahu nak takut ke nak ketawa

"Tak pernah tak lawak ustaz kesayangan ramai ni.

"Mungkin dia nak tanya soalan kepada ustaz," tulis beberapa netizen.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2024 12:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2024 12:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku pernah nampak grim reaper. Exactly macam dalam movie siap pegang ape tu, scythe? Terus dia pengsan dek. Korang hada pernah nampak grim reaper?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan antu tu menyerupai robin hood
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah biar benar kerteh-KT 50 min??? Sejam stgh kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2024 03:34 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 20-1-2024 12:18 PM
Kawan aku pernah nampak grim reaper. Exactly macam dalam movie siap pegang ape tu, scythe? Terus dia ...

kawan chuols ada 6th sense ke sisthur?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 04:41 PM | Show all posts
Edited by addamnor at 20-1-2024 05:06 PM
dua_chzy replied at 20-1-2024 12:18 PM
Kawan aku pernah nampak grim reaper. Exactly macam dalam movie siap pegang ape tu, scythe? Terus dia ...

grim reaper to adaptation mat salleh pada death angel.. popular aound 1300s during pandemic.. many deaths occured.. izrail is conjured with al maut.. itu mereka visualise kan bentuk al maut spt scythe.

obviously your friend has brain maping about grim reaper, thats why he / she visualised that image.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn dh ada ke thread ni last year?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tak seram pun
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
addamnor replied at 20-1-2024 08:41 AM
grim reaper to adaptation mat salleh pada death angel.. popular aound 1300s during pandemic.. many  ...

Dia tak kata grim reaper actually cuma dia kata mahkluk dia nampak tu macam grim reaper dalam movie. First time nampak, terus pengsan sebab dia takajut sangat kot. Dia ni biasa nampak hantu2 segala mahkluk nohorom halus ni. Tapi grim reaper tu sekali je la dia pernah nampak. At the same time dia pengsan sebab terlalu takut kot tetiba nyawa dia kena ambik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 20-1-2024 07:34 AM
kawan chuols ada 6th sense ke sisthur?


Hada chuols. Masa kat U dulu, sapa kongkek ka ringan2 dengan boipren gilpren, memang dia boleh tau, wakaka. Sebab dia kata bila sentuh (like, bersalaman) mereka2 yang sebegitu, dia rasa kepala dia kena hentak kuat2 persis kena tukul gitu. Sakit katanya. Masa tu dia virgin lagik. Sekarang tatau dia masih boleh merasa gitu ka idok sebab sekarang dah mak2 dah beranak pinak. Tak terpikir pula nak tanya sebab dah tak close macam dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2024 05:02 PM | Show all posts
boikot hantu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 05:34 PM | Show all posts
LPT 2 memang kerassss
Macam2 penampakan masa mula2 dolu highway ni bukak.
Al maklomlah, highway lama terbior baru bukak, lepas tuh ada satu kawasan kat area sempadan Hulu Terengganu-Dungun tu namanya Bukit Belah tu asalnya kawasan perkuburan yg dah alihkan huntok buat highway ni.

Penampakan kain langsir bertenggek atas papan tanda merentangi highway, buaian bergerak sendirik kat RnR Perasing yg tercerok ke dalam nok mapuh tuh, eh macam2 lagik la.
Dahlah dolu eksiden maut hampir setiap minggu ada, katanyehhh jalan tak rata byk lopak air dan kwsn angin lintang, tapi highway ni memalam sunyi nok mapuh kalu naik motor balek sengsorang dari KL ke KT.

Hagaknya bila sambong LPT3 highway ni ke Kelantan bakalan meriah nanti.


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-1-2024 12:18 PM
Kawan aku pernah nampak grim reaper. Exactly macam dalam movie siap pegang ape tu, scythe? Terus dia ...

Aku dulu..siang nengok terminator..mlm tu aku mimpi nengok dunia hancur@kiamat@kebakaran besar besaran dan banjir menenggelamkan bumi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tak sengaja ternampak nenek kebayan real.

Time dia berjalan tu , kain batik lusuh dgn kakinya penuh selut lumpur. Tapi bila pijak lantai , elok lantai bersih. Kan tak logik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2024 09:55 AM | Show all posts
lavendernovella replied at 21-1-2024 11:57 PM
Pernah tak sengaja ternampak nenek kebayan real.

Time dia berjalan tu , kain batik lusuh dgn kakin ...

nampak kt manadlm pukul berapa
sape ada lg masa tu, at least yg ada dlm rmh masa tu
during that time, ada rs terganggu dgn kerja, stress, depress or just sgt bz dgn life?


gitu polis supernatural soal siasat


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 10:15 AM | Show all posts
anony-mous replied at 20-1-2024 03:05 PM
Wah biar benar kerteh-KT 50 min??? Sejam stgh kot

hahah kan dia mention masa tu dia bawak merc..mmg laju la..secara tak langsung mengaku over speed limit..ahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 10:19 AM | Show all posts
anony-mous replied at 20-1-2024 03:05 PM
Wah biar benar kerteh-KT 50 min??? Sejam stgh kot

dia cerita masa tu mmg dia pecut laju...relax je xda org pertikai or tag trafik sbb bwk laju
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 22-1-2024 10:19 AM
dia cerita masa tu mmg dia pecut laju...relax je xda org pertikai or tag trafik sbb bwk laju  ...


Mau steady 180-200 dia @ driver dia bawa. Tu pon sempat nmpk benda tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.079528 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list