CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18924|Reply: 0

[Sarawak] Jangan bahagi peruntukan MRP secara tunai

[Copy link]
Post time 21-1-2024 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Zahir peruntukan kerajaan dalam bentuk barangan ikut keperluan penduduk kampung, rumah panjang



Sikie menyampaikan cek geran MRP kepada salah seorang penerima pada majlis berkenaan.
BINTULU: Setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) harus memastikan bantuan projek kecil luar bandar (MRP) yang diagihkan kepada mereka tidak dibahagikan secara tunai, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai.

Sebaliknya menurut beliau, zahirkan peruntukan yang diberikan kerajaan dalam bentuk barangan mengikut keperluan penduduk kampung atau rumah panjang berkenaan.

"Saya mengingatkan semua terutama JKKK di setiap rumah panjang agar tidak membahagikan peruntukkan ini secara tunai, sebaliknya manfaatkan bagi membeli keperluan mendesak penduduk," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap semasa menyerahkan bantuan MRP di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau di sini semalam.

Dalam acara berkenaan, sebanyak RM267,000 disalurkan kepada 12 penerima geran yang terdiri daripada JKKK rumah panjang dan kampung, persatuan, biro wanita serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Contoh terbaik katanya, bagi yang sedang dalam proses membina rumah panjang yang baharu, gunakan peruntukan yang diberikan bagi membeli bahan-bahan binaan contohnya simen, jubin dan sebagainya yang mana semuanya atas persetujuan daripada JKKK rumah panjang tersebut.

"Ingin saya tegaskan di sini bahawa peruntukan disalurkan hendaklah digunakan bagi tujuan pembangunan sesebuah rumah panjang dan jangan salah guna peruntukan MRP yang diberikan," tegasnya.

Beliau dalam ucapannya berkata, selain bantuan Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) pada tahun ini, pinjaman membina rumah panjang daripada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak dinaikkan daripada RM30,000 kepada kepada RM50,000 pada tahun ini bagi meringankan beban penduduk.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan, Pegawai Tadbir Daerah Tatau Winnie Dian dan Pemanca Gerosen Jubin.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.053530 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list