CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19204|Reply: 0

[Sabah] TEKUN sasar RM84.5 juta bantu 4,400 usahawan di Sabah

[Copy link]
Post time 21-1-2024 10:53 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Ewon ketika merasmikan majlis berkenaan.

PENAMPANG: TEKUN Nasional mensasarkan penyaluran pembiayaan sebanyak RM84.5 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ia bertujuan meningkatkan taraf ekonomi usahawan di negeri ini.

Beliau berkata, pembiayaan RM84.5 juta itu termasuk RM2.5 juta yang disasarkan kepada 500 usahawan yang berniaga di Pasar Tamu.

“Saya berharap dengan pembukaan cawangan TEKUN Cawangan Penampang akan melebarkan perkhidmatan TEKUN kepada usahawan-usahawan di daerah ini.

“TEKUN juga akan membuka pejabat cawangan di daerah ataupun kawasan Parlimen Kimanis pada tahun ini sebagai usaha berterusan kita membantu usahawan-usahawan di negara ini untuk terlibat dalam gerakan keusahawanan dan mendapat perkhidmatan terbaik daripada TEKUN melalui program-program pembiayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat TEKUN Nasional Cawangan Penampang, di sini kelmarin.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, secara keseluruhannya TEKUN mempunyai pejabat fizikal berjumlah 24 pejabat di Sabah.

“Saya pasti pembukaan pejabat TEKUN di Penampang akan memudahkan para usahawan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi. Usahawan tidak perlu bersusah payah ke Kota Kinabalu bagi sebarang urusan. Ia juga menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit.

“Ini merupakan inisiatif penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan dan saya yakin pada tahun ini, TEKUN Nasional akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat terutama usahawan informal dan mikro di seluruh negara," katanya.

Sejak diwujudkan pada tahun 1998 sehingga Disember 2023, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada 573,013 usahawan yang bernilai RM9.1 billion di seluruh negara.

Manakala bagi Sabah pula, TEKUN Nasional menyalurkan RM1.01 bilion kepada 62,398 usahawan bagi tempoh yang sama melalui 24 pejabat TEKUN Cawangan.

Ewon berkata, TEKUN Nasional akan terus komited dalam membantu usahawan informal dan mikro dalam menyediakan pembiayaan serta pembangunan usahawan.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Suriani Ahmad, Pengerusi TEKUN Nasional Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengurus Tekun Sabah Hemin Osumping dan Pegawai Daerah Penampang Francis Chong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059354 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list