CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19297|Reply: 0

[Sarawak] Dua PPS mangsa banjir Debak ditutup serentak

[Copy link]
Post time 21-1-2024 11:11 PM | Show all posts |Read mode


Alfred menyempurnakan penutupan PPS di Dewan Perpaduan Debak yang menempatkan mangsa-mangsa banjir.

DEBAK: Kedua-dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang digunakan untuk mangsa-mangsa banjir di Debak ditutup serentak sekitar jam 12.00 tengah hari tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Debak Leftenan (PA) Nur Fikry Usop memberitahu, semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing.

Kedua-dua PPS iaitu Dewan Millennia Debak menempatkan seramai 141 mangsa dengan 39 keluarga manakala Dewan Perpaduan Debak menempatkan seramai 263 mangsa dengan 81 keluarga dan semua mangsa seramai 404 orang dan 120 keluarga sebelum penutupan.

"Banjir berlaku kali ini amat luar biasa setelah hujan turun lebat petang Khamis lalu dan air naik mendadak di kawasan Kampung Melayu Debak iaitu Kampung Lalang, Bungey dan Kampung Babu memaksa pembukaan PPS bagi menempatkan mangsa banjir.

"Berikutan itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Debak bertindak pantas membantu memindahkan mangsa banjir selain mengalihkan barangan ke tempat yang lebih selamat," katanya.

Beliau memberitahu demikian ketika dihubungi selepas penutupan PPS di Debak hari ini.

Katanya, pelbagai agensi berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan turun padang membantu mangsa-mangsa banjir termasuk bantuan dalam bentuk makanan, barangan keperluan dan sumbangan tenaga.

"Kita amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak yang membantu dalam usaha menjaga kebajikan dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Daerah Betong akan bermesyuarat membentangkan laporan dan tindakan diambil untuk menambah baik fasiliti di kedua-dua PPS terbabit," jelasnya.

Penutupan kedua-dua PPS itu disempurnakan oleh Pegawai Daerah Betong Alfred Geling Ason dan turut dihadiri ahli-ahli JPB lain pada majlis ringkas hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.049737 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list