CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19446|Reply: 0

[Sarawak] 72 mangsa banjir, ribut masih berlindung di PPS

[Copy link]
Post time 21-1-2024 11:14 PM | Show all posts |Read mode


PPS Balai Raya Assyakirin menempatkan 17 mangsa ribut terdiri daripada lima ketua isi rumah. - Gambar JPBNS

KUCHING: Seramai 72 mangsa banjir dan ribut masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih dibuka di Bintulu setakat jam 4 petang ini.

Berdasarkan laporan terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), PPS Balai Raya Kampung Assyakirin di daerah Bintulu menempatkan 17 mangsa ribut terdiri daripada lima ketua isi rumah (KIR).

Manakala PPS Rumah Steven di daerah Tatau, Bintulu menempatkan 55 mangsa banjir terdiri daripada 27 KIR dari SK Muput, Sungai Asap.

Dua lagi PPS di Betong iaitu PPS Dewan Mellinenia di Debak dan PPS Dewan Perpaduan Debak, ditutup tengah tadi.

Sementara itu, laporan pemantauan monsun timur laut oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sarawak mendapati paras air di beberapa lokasi di Julau, Kanowit, Selangau, Kapit, Song dan Daro meningkat.

Manakala paras air di beberapa lokasi berisiko di  bahagian Samarahan, Betong dan Miri adalah normal dan menurun di beberapa lokasi di Sibu, Matu dan Tanjung Manis.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.046233 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list