CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8400|Reply: 6

[Dunia] Presiden Filipina dikritik naik helikopter tonton konsert Coldplay

[Copy link]
Post time 22-1-2024 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Presiden Filipina dikritik naik helikopter tonton konsert Coldplay

https://www.bharian.com.my/dunia ... on-konsert-coldplay

Januari 20, 2024 @ 11:00pm



MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr yang juga peminat muzik mendapat kecaman dalam talian selepas beliau menggunakan helikopter kerajaan untuk mengelak kesesakan trafik di ibu kota negara itu untuk menyaksikan konsert kumpulan rock popular, Coldplay semalam.

Kebanyakan netizen di media sosial meluahkan kekecewaan mereka berkenaan lalu lintas yang sesak di sekitar Manila, sebuah bandaraya luas dihuni lebih 13 juta orang.

Metro Manila mempunyai trafik paling teruk di antara 387 bandar di 55 negara dunia dalam indeks dikeluarkan oleh firma navigasi dan pemetaan, Tom Tom sebelum ini.

Ia mengambil masa kira-kira 25 minit dan 30 saat untuk perjalanan sejauh 10 kilometer di Metro Manila, menurut dapatan firma itu.

Sebagai perbandingan, perjalanan dalam jarak yang sama di Kansas City di Amerika Syarikat (AS) hanya mengambil masa lapan minit dan 40 saat.

Situasi kesesakan teruk di ibu kota itu turut dikongsi penyanyi Coldplay, Chris Martin.

"Kami melihat beberapa lalu lintas di sini, saya fikir kamu adalah yang nombor satu di dunia. Jadi, terima kasih, terima kasih kerana berusaha mengharungi semua masalah itu untuk berada di sini," katanya kepada peminat ketika berlangsung konsert itu.

Netizen pula pantas menyatakan Marcos adalah individu yang tidak perlu mengharungi kepayahan itu untuk hadir ke konsert berkenaan.

Ada yang menganggap komen terkeluar dari Martin itu sebagai peringatan kepada presiden, namun dalam video di Tik Tok, Marcos dilihat tersenyum dan menganggap ia seakan jenaka.

Konsert itu berlangsung kira-kira 30 kilometer di utara ibu kota Manila, namun penonton biasanya perlu meninggalkan rumah mereka sekurang-kurangnya tiga jam sebelum acara bermula, terutamanya jika artis popular yang membuat persembahan.

Ada peminat berkongsi di media sosial, bahawa mereka perlu bertolak pagi untuk ke konsert berkenaan yang hanya bermula pada jam 7 malam.

Video disiarkan dalam talian turut menyaksikan Marcos dan isterinya, Liza Araneta-Marcos, turun dari helikopter yang mendarat di padang terbuka berhampiran lokasi konsert.

Kelihatan dua lagi helikopter di atas padang, bagaimanapun tidak jelas sama ada ia adalah sebahagian dari rombongannya.

Kebanyakan netizen menyatakan Marcos sepatutnya pergi ke konsert itu menggunakan kenderaannya sendiri, bukannya pesawat kerajaan yang diberi untuk tujuan tugas rasmi.

"Untuk makluman kamu, terdapat lebih daripada satu helikopter. Tidak hairanlah cukai saya sangat tinggi, untuk bayar helikopter dan tiketnya," ciap Xhymari di X.

"Saya pembayar cukai tetap di Filipina, mengharungi kesesakan lalu lintas ketika menaiki pengangkutan ulang-alik, jip dan kadang-kadang teksi dalam perjalanan harian saya, sementara presiden menaiki helikopter menggunakan wang cukai saya untuk mudah bergerak ke tempat yang dia mahu," ciap Anonymous Galore, seorang lagi pengguna X.

Mejar Jeneral Nelson Morales, yang mengetuai pasukan keselamatan presiden, mempertahankan penggunaan helikopter berkenaan.

Beliau dalam kenyataannya berkata, lokasi konsert itu menerima kehadiran 40,000 individu dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini, mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang tidak dijangka di sepanjang laluan berkenaan.

"Menyedari situasi trafik ini berpotensi mengancam keselamatan presiden, PSG (Kumpulan Keselamatan Presiden) mengambil tindakan tegas dengan memilih menggunakan helikopter presiden," katanya.

Beliau berkata, ini bagi memastikan keselamatan pemimpin itu, selain komitmen untuk mengutamakan keselamatan dalam menghadapi sebarang situasi tidak dijangka.

Sementara itu, Chantal dalam ciapan di X, turut berkata - "Presiden negara adalah orang penting, keselamatan adalah keutamaan kerana beliau memimpin seluruh negara dan ramai orang bergantung kepadanya."

Bagaimanapun, pengkritik dan aktivis kerajaan, Renato Reyes seperti dilapor portal berita Rappler, menyatakan penggunaan helikopter oleh Marcos untuk pergi ke konsert adalah penghinaan besar kepada berjuta-juta penumpang di Filipina, apatah lagi negara itu tidak mempunyai sistem pengangkutan massa yang progresif dan pro-rakyat.

"Seorang presiden yang mengambil helikopter untuk menonton konsert di tengah-tengah trafik teruk dan krisis pengangkutan massa, tidak langsung bersimpati dengan pemandu, pengendali dan penumpang. Inilah keadaan pengangkutan di Filipina hari ini," katanya. - AGENSI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2024 09:42 AM | Show all posts
Malaysia patut ambik teladan drpd kisah Pilipin nih, kalau dah keturunan penyamun tetap penyamun jua ya. Berpuluh2 tahun dulu susah payah ko gulingkan apak dan mak dia, tetiba ko angkat dia jd presiden pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 10:04 AM | Show all posts
dani-rox replied at 22-1-2024 09:42 AM
Malaysia patut ambik teladan drpd kisah Pilipin nih, kalau dah keturunan penyamun tetap penyamun jua ...

setuju.. aku pun pelik knapa dorang p angkat anak dia pulak.

apa kelayakan dia nk jadi pemimpin. kalau dia berharta pun tu smua harta rompakan daripada mak apak dia.


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 10:10 AM | Show all posts
siapa suruh undi dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 10:47 AM | Show all posts
oh anak imelda marcos..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat filipana masih waras lagi tapi kat m'sia , walanon pakat memuji nuart selalu naik heli bila nak gi mane2 . Walanon otak tak centre.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2024 12:10 PM | Show all posts
dani-rox replied at 22-1-2024 09:42 AM
Malaysia patut ambik teladan drpd kisah Pilipin nih, kalau dah keturunan penyamun tetap penyamun jua ...

Sama ja. Susah payah gulingkan Najib tetap ada ja yang plotting a come back. Kalau susah sangat tebuk ja atap.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.064761 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list