CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6575|Reply: 39

Tak Perlu Berebut, Mental Anak Kena Jaga – Keith Foo

  [Copy link]
Post time 23-1-2024 12:38 PM | Show all posts |Read mode
ENGGAN merosakkan emosi anak, pelakon Keith Foo memilih untuk tidak mementingkan diri dengan mengekalkan hubungan baik bersama bekas isteri, Kim Raymond sejak berpisah tiga tahun lalu.

Katanya, setiap pasangan yang memilih perceraian sebagai jalan terakhir perlu meletakkan ego masing-masing ke tepi agar tiada pertikaian di kemudian hari terutama membabitkan penjagaan zuriat mereka.

“Kami sama-sama matang. Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, kami masih ibu bapa kepada satu-satunya puteri kami yang kini sudah berusia enam tahun.

Tidak perlu bergaduh berebut anak atau perkara tidak sepatutnya. Kita yang inginkan anak ini, pada akhirnya perlu bertolak-ansur dan banyak berbincang.

“Apa pun yang terjadi antara kita, jangan libatkan anak dalam konflik, berbaiklah sebagai kawan serta sama-sama besarkan mereka. Mental anak perlu dijaga,” katanya selepas sidang media drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan, semalam.

Keith yang membawakan watak Ammar Arafat dalam naskhah siaran Astro Ria itu juga mengakui belum terfikir untuk menamatkan zaman duda, sebaliknya bahagia menikmati kehidupan solo.

“Setakat ini saya tidak mencari pengganti kerana masih seronok menjalani aktiviti harian, selain bersyukur ada kerja, dapat melancong, berkhemah dan sebagainya.

Kalau nak ke fasa seterusnya pun saya tak memilih atau meletakkan syarat tertentu, tetapi kena ambil kira perasaan anak walaupun dia masih terlalu kecil.

“Asalkan anak selesa dengan si dia, sebab kalau letak banyak kriteria nanti takut pula akhirnya tiada keserasian. Jadi, tak guna terlampau cerewet,” ujarnya.

Pemilik nama sebenar Foo Chuan Chin, 41, mendirikan rumah tangga dengan model, Kim Raymond pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar.

Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu tidak kekal lama apabila mereka sah bercerai pada Disember 2019.

Sementara itu, mengenai peranan digalas dalam Layang-layang Perkahwinan, Ammar Arafat lelaki yang muncul dalam hidup Saida Amanda lakonan Ezzanie Jasny ketika wanita itu dicurangi suami, Azim Hasibullah (Shukri Yahaya). – HIGBLAM



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2024 12:38 PM | Show all posts
tapi sorry to say...bf si kimci sekarang duda anak 2 mmg nampak busuk,,dah la setakat pengarah sendu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus la cenggitu pikir mental anak bukan selfish memasing..korang nak bercerai ke nak couple ke nak kawin ke melingkup ke anak2 tetap tanggungjawab bersama…
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 02:25 PM | Show all posts
Kim bila nak kawen dgn BF tu. Ready ke nak masuk Isley?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex couple yg boleh dijadikan contoh
Relax je co-parenting, yg penting ank happy
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana mungkin Keith dan ex tak ada challenges lepas bercerai. Tapi both tak selfish dan level tolerance dan patience sangat tinggi. Banyak kekecewaan simpan dalam hati sampai sakit itu hilang sendiri atau bearable.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
keith foo zmn ariana rose nampak hnsem..skrgg gemokk lak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
yg penting anak happy kan
ego tu buang la demi anak jgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2024 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi boifren kepada ex heols bertiang lagi takde rupa dari heols

apa agaknya dalam kepala si kimchi tu. Dah la mamat tu nampak macam leech jugak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 23-1-2024 12:38 PM
tapi sorry to say...bf si kimci sekarang duda anak 2 mmg nampak busuk,,dah la setakat pengarah sendu ...

sama la kaka, iols pon lama dah nak kutuk heols dekat porem tapi takde tempat pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kim nye bf tu ongkaya mcm dia gak ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
apa punca deme ni cer
nampak helok je baik walaupun dah cer
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kalchi replied at 23-1-2024 05:32 PM
Kim nye bf tu ongkaya mcm dia gak ke


Tak rasa kaya sbb uma family dia kat pantai hillpark condo je rasanya. Tak rasa si Kimchi ni nak convert pun. Benda xyah kahwin buat apa kahwin. Lgpun bf dia cm open minded.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 23-1-2024 05:12 PM
keith foo zmn ariana rose nampak hnsem..skrgg gemokk lak

Berselera jugak ko? Ingatkhen dah mati putik...

Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg non Muslim ada akai..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
malu je org islam bile bercerai, anak jd mangsa. ini bru btl. yg bermasalah nye ko bkn anak ko.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2024 07:46 AM | Show all posts
heythere123 replied at 23-1-2024 05:29 PM
sama la kaka, iols pon lama dah nak kutuk heols dekat porem tapi takde tempat pulak

kutuk jer kat sini @ kat thread kenamaan tu..ingatkan si kim dapat bf yg jauh lebih handsome & lebih kaya drpd ex husband...ujung2 pengarah sendu tu jugak yg dia hayak ke hulur hilir
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon MN+NH dgn SK+FA ambik iktibar ... Berebut berdendam toxic yachhh... Benda boleh kongsi buat apa rebut rebut ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2024 10:48 AM | Show all posts
Kimchi ni macam mana sheols boleh jadi kaya raya? Tengok mak pak macam biasa je?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2024 10:58 AM | Show all posts
bagus keith foo ni walaupun dah cerai...co-parenting anak pun happy
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.131483 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list