CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3566|Reply: 0

[Sabah] Kenderaan rempuh premis akibat salah tekan pedal minyak

[Copy link]
Post time 23-1-2024 12:51 PM | Show all posts |Read mode


REMPUH: Kenderaan yang terperosok ke dalam sebuah premis perniagaan akibat dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian itu.

PENAMPANG: Akibat tersalah menekan pedal minyak semasa keluar dari parkir, sebuah kenderaan hilang kawalan dan merempuh kenderaan lain hingga terperosok ke dalam sebuah premis perniagaan.

Kejadian yang tular di media sosial itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi di sebuah premis di Plaza Mahkota Putatan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newton mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian, pelanggaran dipercayai berpunca daripada pemandu salah sebuah kenderaan yang tersalah menekan pedal minyak.

Menurutnya, kejadian itu juga mengakibatkan kenderaan terbabit hilang kawalan lalu merempuh sebuah kenderaan hingga terperosok ke dalam sebuah premis perniagaan di kawasan berkenaan.

"Kedua-dua pemandu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik sebarang info tidak sahih melalui platform media sosial.

Katanya, tindakan itu bagi mengelak salah faham dan menimbulkan kegusaran awam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.053962 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list