View: 6219|Reply: 31
|
[Jenayah]
"Aku Tak Sukalah Kereta Ni" - Hanak Hekan Helok Ajak Naik Myvi, Kena Marah Sebab Menjatuhkan Maruah!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
KETERUJUAAN seorang lelaki untuk keluar makan malam bersama wanita yang baharu dikenalinya bertukar menjadi satu kisah sedih.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan di TikTok, pemuda dikenali sebagai Affeq Arfan itu mengakui berdebar-debar untuk bersua muka dengan wanita berkenaan buat kali pertama.
Bermula dengan perbualan di media sosial, mereka kini bakal bertemu di dunia nyata.
"Malam ni saya rasa berdebar sangat sebab ada seorang perempuan mesej melalui DM (direct message).
"Dia ajak saya keluar untuk makan bersama malam ni. Saya pun baru sampai rumah dia.
"Dia kata sudah turun daripada lif. Jadi saya tengah tunggu dia la ni," ujarnya di permulaan video tersebut.
Tanpa mematikan rakaman, Affeq segera meletakkan telefonnya di tempat duduk sambil tergesa-gesa membuka tingkap kereta Perodua Myvi yang dipandunya.
Bagaimanapun reaksi wanita itu amat mengejutkan.
"Awak bawa kereta Myvi ke. Awak kata tadi bawa kereta Mercedes.
"Saya tak suka la kereta ni. Bukan taste (citarasa) saya la," ujar wanita berkenaan penuh hampa.
Walaupun sudah diberitahu tayar kereta Mercedes miliknya pancit, alasan yang diberikan Affeq tidak diterima.
"Ini macam jatuhkan maruah aku la. Aku tak suka la kereta ni. Kenapa tak bawa Mercedes?
"Tak apa la. Kau keluarlah dengan sesiapa kau nak. Bye," kata wanita itu dalam nada marah.
Video yang dimuat naik pada Isnin itu meraih perhatian netizen sehingga ditonton lebih setengah juta penonton.
Rata-ratanya bersimpati dengan nasib lelaki ini apabila dia dipandang rendah hanya kerana memandu kereta tempatan.
"Kalau saya, bersyukur dah dapat lelaki ada kereta walaupun Myvi.
"Kira untung naik kereta. Kalau datang naik motosikal? Entah apa dia hina.
"Sabar ya. Saya jangankan Myvi, Proton Saga Iswara yang dah nazak tu pun saya boleh je naik," kata beberapa netizen.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah dia kelentong ppuan tu ckp ada kereta mercedes tapi tetiba dtg bawa Myvi...hangin lah ppuan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
profile pon tulis content creator.
1. nak grab audience
2. dapatkan high traffic
3. mula buat recruitment utk certain product atau scheme
4. semakin kaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb ni la makpak sampai 5k org pakat2 saman tt
ramai bahalol dlm tt ni |
|
|
|
|
|
|
|
Content je tu |
|
|
|
|
|
|
|
content bodo2 gini pun ummah masih percaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
lemah la lu dik, wa dulu ngorat awek kt bas stand, je tau, dah tentu2 awek tu pn tau wa naik bas,
ok je , sekali sekala kalo nak ringan2 wa pinjam la keta daihatsu chareade orang tua wa hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul in real life ada org camtu, better ko lari jauh2 dr pompuan camtu. Belum apa2 dah dah set high expectation. Senang sama2, susah...pegi mampos. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah buat mcm ni pd seseorang wanita... |
|
|
|
|
|
|
|
hanak ikan tang mana tuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
jgn la tertipu dgn konten dak bbnu begini
buat la dosa dgn cara lain |
|
|
|
|
|
|
|
takde nye lah perempuan normal nk kata mcm tu direct...content murahan... perempuan tu pun rsanya dduk highrise sbb trun dari lif... bukannya dduk Bukit Tunku atau Damansara Height pun nk acah2 jaga standard kononnya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|