CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10921|Reply: 79

Mamat Exists pohon peminat doa untuknya ( dakwaan kes dadah)

  [Copy link]
Post time 23-1-2024 02:21 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU – Bekas vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 46, berharap peminat mendoakan dirinya yang kini berdepan dakwaan kes dadah.

Selain itu, Mamat turut memaklumkan dia akan menjalani rawatan psikiatri di Hospital Psikiatri Permai, di sini bermula hari ini.

“Alhamdulillah, sekarang ni saya tengah hadapi kes 39C (Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952). Selain itu saya juga perlu dihantar ke Pusat Psikiatri untuk mendapatkan rawatan lanjut bermula hari ini.

“Semoga semua peminat dapat beri sokongan yang lebih baik untuk saya agar boleh teruskan dalam aktiviti seni selepas ini, terima kasih,” katanya ringkas ketika keluar meninggalkan mahkamah dalam keadaan bergari.

Terdahulu, Mamat berdepan dua pertuduhan melibatkan kesalahan dadah masing-masing dibawah Seksyen 39C dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, peguamnya, Azlina Abdul Aziz, pula memberitahu, anak guamnya didakwa atas kesalahan lama iaitu pada 2019 lalu.

“Mamat ditahan bersama seorang rakan pada pukul 2 pagi di Taman Perling, pada 7 Januari lalu. Polis menjalankan pemeriksaan rutin dan mendapati tiada sebarang bahan terlarang dalam milikannya, malahan ujian urin yang dibuat juga negatif.

“Tetapi semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis mendapati Mamat berada dalam senarai dikehendaki atas kesalahan dadah pada tahun 2019, menyebabkan dia ditahan,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Tambah Azlina, anak guamnya akan dibawa untuk mendapatkan rawatan psikiatri, bermula hari ini.

“Untuk pengetahuan, Mamat sudah 10 tahun menghidap penyakit mental. Sepanjang tempoh itu dia memang ada makan ubat dan mengambil suntikan.

“Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari depan. Saya percaya Mamat boleh berubah, kita tahu dia banyak kes tetapi saya percaya kepada peluang kedua,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2024 02:22 PM | Show all posts
Aku nk tunggu komen ada mangkuk hayun yang pro penagih
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ditahan bersama seorang rakan pada pukul 2 pagi di Taman Perling, pada 7 Januari lalu. Polis menjalankan pemeriksaan rutin dan mendapati tiada sebarang bahan terlarang dalam milikannya, malahan ujian urin yang dibuat juga negatif.

“Tetapi semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis mendapati Mamat berada dalam senarai dikehendaki atas kesalahan dadah pada tahun 2019, menyebabkan dia ditahan,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Urine negative tapi masih sangkut kes  2019.. sekali buat jahat selamanya orang akan ingat.. apatah lagi kalau berkali2.. semoga dipermudahkn urusan pemulihan mental lepas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Doalah utk diri sendiri mamat.. Sudah2 lah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 03:17 PM | Show all posts
hurm doa la sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 03:22 PM | Show all posts
aku ni tak pandai sangat bab undang2..
nak tahu la..macam mana kes 2019 tapi masih lagi ditahan pada tahun 2024?
adakah kerana ada info2 yg menyatakan si polan terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes2 dadah terkini?
takkan la polis kita bodo sangat nak tahan orang sesuka hati tanpa bukti atau asas yg kukuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorh aku bkn no back up mamat ni, tp perenggan kedua tu mcm pelik pulak x jumpa barang bukti ( dadah) / urin clear, tangkap jgk sbb ada rekod 2019. Dah tu elok je dia keluar tv lately ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la Nabil ckp heols pergi 'hiking' tp kena bash plk. So harap yg bash nabil tu dulo sila la bekap mamat ni .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahana jd retis kecik kecik lg.. ujung ujung rasa diva.. tak nak school kawin mude . Ujung ujung amik dadah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
doa sendiri lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawyer AAA tu ex ankel jay atau org lain sama nama?

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 04:11 PM | Show all posts
tapi bila dia..."......ohh ibu...kau di siram bayu pagi....."....semua pun maafkan dia....gitu lah hebatnya mamat  
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 23-1-2024 03:24 PM
Lorh aku bkn no back up mamat ni, tp perenggan kedua tu mcm pelik pulak x jumpa barang bukti ( dadah ...

He kena tangkap 7 January baru ni. Memang urine clear, tapi kawan tak clear. He kena angkut sekali sebab pernah ada rekod lalu tahun 2019, dan dalam senarai yang dikehendaki masa 2019 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 04:24 PM | Show all posts
“Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari depan. Saya percaya Mamat boleh berubah, kita tahu dia banyak kes tetapi saya percaya kepada peluang kedua,”

apooo peguam pon, kalau dah banyak kes, bukan peluang kedua la.itu peluang kebanyak kali dah namanya. engkau pon satu Mohd Ali bin Kamarudin oiiii.berapa banyak peluang ko nak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 04:38 PM | Show all posts
kalau nama masuk wanted list, mmg polis x cari ke?
polis x de offer apa2 reward ke? kalau x ble cekup dia time konsert
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 04:41 PM | Show all posts
kalau diri sndiri mendadih... still kene penjara ke?
bkn anta kt pusat serenti??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2024 04:42 PM | Show all posts
prizadane replied at 23-1-2024 04:14 PM
He kena tangkap 7 January baru ni. Memang urine clear, tapi kawan tak clear. He kena angkut sekali ...

lahh habis slame ni depa x cari ke?
siap berkonsert live, kua tv bagai..tkkan polis tak cekup kalau dh wanted,,,
yg aneh2
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 04:54 PM | Show all posts
Dah tua cenggini takmo berubah, sampai bila2 la ko jd taik dadah. Penyakit mental pun mungkin sbb otak dah rosak dgn illegal substance yg ko ambik selama nih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 23-1-2024 04:42 PM
lahh habis slame ni depa x cari ke?
siap berkonsert live, kua tv bagai..tkkan polis tak cekup kala ...

Kahkahkah! Tu yang kelakar tu. Ke sebab tangkapan hanya boleh dilakukan dalam daerah yang sama je?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak abis2 la kau Mamat.

Dah la taik dadah, dulu pernah jadik perogol lagik. Apsal aruah Adenan Satem yang mati awal? Apsal bukan kau?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.077556 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list