CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11721|Reply: 3

Netizen nak tengok wajah Che Ta tanpa mekap

 Close [Copy link]
Post time 24-1-2024 11:20 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Pelakon Zain Saidin mengakui jatuh cinta dengan isterinya  yang merupakan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ketika melihat wajah sebenar aktres tersebut tanpa sebarang solekan di wajahnya.

Ujar pemilik nama penuh Mohamad Zain Mohd. Saidin itu, isterinya sentiasa kelihatan cantik baik ketika memakai alat solek mahupun tidak.

“Kalian sibuk nak tahu macam mana saya terpikat dengan isteri saya.

“Betul saya jatuh cinta dengan Che Ta (Rozita) waktu dia tak pakai sebarang mekap di muka, dia memang jelita,” ujarnya menerusi sebuah video dalam TikTok.

Dalam perkongsian sama, turut dilihat pelakon dan pelawak Lan Pet Pet mengakui kecantikan dramatis berusia 51 tahun itu.

“Amboi, hang Che Ta, pakai mekap pun cantik, tidak pakai mekap pun cantik.

“Untung Zain,” ujarnya berseloroh.

Tinjauan Kosmo! Online  menerusi ruangan komen video mendapati rata-rata netizen senada dengan Zain dan Lan namun ada juga yang teringin melihat wajah ibu kepada tiga cahaya mata itu tanpa secalit alat solek.

“Che Ta memang cantik tapi belanja la satu sekeping gambar tanpa mekap, lama dah tak tengok,” ujar netizen itu.

“Tengok Aisyah anaknya juga memang dah lawa, begitu juga ibunya, memang keturunan cantik-cantik, tapi lama tak tengok gambar Che Ta tanpa mekap, 24 jam pakai bulu mata,” demikian komen seorang lagi pengguna media sosial.

Rozita yang mesra disapa Che Ta itu mendirikan rumah tangga dengan Zain pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia 10 tahun.

Terdahulu, pelakon yang sinonim dengan drama Kiah Pekasam itu turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya. – KOSMO! ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan nak tengok sangat, takut jadi mimpi ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2024 11:57 AM | Show all posts
ye lah, betul la tu, tp tak penah tengok lagi rentua ni tanpa mekap,

24hrs mekap, rajin laa sunguh, pakai lap pakai lap ( bersangka baik, cuci n buang faked lashes 4 kali sehari, sebelum zohor, asar, magiribi, n isyak gitu)
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2024 12:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 1.184571 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list