View: 9303|Reply: 32
|
[Jenayah]
Ingatkan Ada Orang Tepuk Bahu, Kesian Ustaz Herlok Kena Kacau!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
HANYA mereka yang pernah berdepan dengan pengalaman mistik tahu bagaimana seramnya situasi itu.
Tidak terkecuali merasai dugaan itu ialah seorang ustaz, Raja Muhammad Al-mahi Raja Badrol Hisham yang berdepan gangguan mistik ketika mendirikan solat sunat witir.
Ketika dihubungi mStar, Al-mahi berkata kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi di sebuah hentian rehat dan rawat (R&R) sebuah lebuh raya di Perak, baru-baru ini.
"Saya tak pasti apa yang berlaku sebab rasa macam angin 'keras' lalu di belakang masa tengah solat. Tapi 'ia' lalu tu lain macam.
"Pada awalnya saya ingatkan ada orang tepuk bahu. Saya cuba melihat daripada ekor mata.
"Waktu tu saya dalam rakaat kedua. Saya tengah baca hujung ayat ke-35 daripada surah al-Qiyamah. Terasa macam ada yang sentuh bahu sebagai isyarat nak jadi makmum," jelasnya kepada mStar.
Terdahulu Al-mahi berkongsi rakaman video daripada telefon bimbit menunjukkan dia sedang bersolat secara berseorangan di surau berkenaan.
Menurut pendakwah yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang tersebut, pada waktu itu dia dengan sengaja meletakkan telefon bimbit di depannya dan merakamkan menggunakan kamera hadapan.
Namun dia sama sekali tidak menjangkakan bakal merakam momen diganggu entiti mistik ketika sedang bersolat.
"Waktu ni khusyuk solat dah tak ada. Saya terjenguk sikit ke arah kamera nak pastikan ada orang atau tidak.
"Saya teruskan juga solat tapi masa tu dalam hati rasa nak cepat habis dan masuk ke dalam kereta," ujarnya yang dalam perjalanan ke Pantai Remis, Perak yang mengambil masa tiga jam dari Kuala Lumpur.
"Saya selalu ambil job reviu sekitar Kuala Lumpur. Tapi kali ini saya ke Pantai Remis untuk bincang hal kerja dengan sebuah syarikat umrah.
"Jalan tu memang saya selalu guna untuk ulang-alik tapi jaranglah singgah di R&R tu. Cuma malam tu saya rasa penat sikit... itu yang singgah berehat.
"Cadangnya nak sambung semula perjalanan ke Pantai Remis selepas solat Subuh di situ. Tapi apabila jadi macam tu, cuak juga. Saya pun terus gerak ke R&R lain tunggu Subuh dekat sana," katanya.
Mengulas lanjut tentang tujuan dia membuat rakaman ketika menunaikan solat, Al-mahi yang memiliki lebih 500,000 pengikut di TikTok berkata ia bagi menilai semula bacaannya.
Ujar Al-mahi, dalam masa sama ia merupakan satu persediaan menjelang Ramadan yang bakal tiba memandangkan dia sering menerima undangan memimpin solat tarawih di sekitar utara.
"Memang selalu nak dekat-dekat Ramadan saya akan rakam solat untuk semak balik bacaan dan buat persediaan sebagai imam tarawih," jelasnya lagi.
Hingga kini rakaman video yang dimuat naik di TikTok meraih lebih 3.1 juta jumlah tontonan.
Untuk rekod, Al-mahi merupakan seorang pempengaruh yang aktif berkongsi video berbentuk dakwah dan ilmu agama menggunakan platform media sosial peribadinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
akido_kido replied at 24-1-2024 06:00 AM
Kenapa rekod apa tujuan
Anggap aje la dia takut. Haha. Pehtu huntong ah boleh buat content.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengulas lanjut tentang tujuan dia membuat rakaman ketika menunaikan solat, Al-mahi yang memiliki lebih 500,000 pengikut di TikTok berkata ia bagi menilai semula bacaannya.
Ujar Al-mahi, dalam masa sama ia merupakan satu persediaan menjelang Ramadan yang bakal tiba memandangkan dia sering menerima undangan memimpin solat tarawih di sekitar utara.
"Memang selalu nak dekat-dekat Ramadan saya akan rakam solat untuk semak balik bacaan dan buat persediaan sebagai imam tarawih," jelasnya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang yang hada third eye cer cek betul ka idok video ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 24-1-2024 02:08 PM
Korang yang hada third eye cer cek betul ka idok video ni.
Iols nampak kepala, 3! Tapi kepala paip lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 24-1-2024 06:15 AM
Iols nampak kepala, 3! Tapi kepala paip lah.
Motifffff
Kalau uols tak reply ai tak pasan pon hada kapla di situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada 3 benda kalau dpt jgn tunjuk kat org..salah 1 nya ibadah kita. |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke canang ko sholat witir and baca ayat apa?...atau ayat tu ada kaitan ngan kejadian mistik tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
akido_kido replied at 24-1-2024 02:00 PM
Kenapa rekod apa tujuan
Panjang lebar dia citer sebab2 rekod...walaupun nampak benor merapu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dengan misai jarang2 mcm bulu kotey nye ni la kualiti ostad2 zaman skrg apa kata buat video kena hempap dgn iblis je ada la alasan nak buat onlyfans nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry la aku nk percaya...semua sb attention seeker..nk tunjuk kat org dan demi konten...
Piraaahhh...amendaaaala solat pun nk rakam dan viral lepas tu buat cerita ada hantu... |
|
|
|
|
|
|
|
zaman sekarang apa saja boleh wat content kutip like bagai sakan...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah terpikir nak buat video tengah solat. Nak try lah. Nak tengok mimik muka time tengah serious focus baca tu. Best jugak kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Comel la jugak ostad ni. Nanti record cikcap pulak lepas tu bagi dekat kurex sorang je tau!!! |
|
|
|
|
|
|
|
biasa je... tp gigih lahai rekod video time solat |
|
|
|
|
|
|
| |
|