CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6066|Reply: 0

[Kelantan] Dua buruh dicekup sorok dua pucuk pistol dalam semak

[Copy link]
Post time 24-1-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan pistol yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Dua buruh dicekup selepas menyembunyikan dua pucuk pistol di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai dekat sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 11 malam itu, polis turut menjumpai satu kelopak kosong dan empat butir peluru bersama pistol tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menjalankan serbuan sebelum menahan suspek pertama yang berusia 45 tahun di rumah itu.

Menurutnya, hasil siasatan terhadap suspek, lelaki itu kemudiannya membawa anggota polis ke kawasan semak berhampiran rumah itu.

“Pemeriksaan di kawasan tersebut menemui dua pucuk pistol, satu kelopak dan empat butir peluru di dalam plastik berwarna hitam.

“Polis kemudiannya menahan rakan suspek berusia 41 tahun yang juga bekerja sebagai buruh selepas disyaki terlibat dalam kes itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, hasil semakan mendapati, suspek pertama yang positif dadah jenis methamphetamine mempunyai sembilan rekod lampau kes jenayah dan narkotik.

Katanya, rakan suspek pula memiliki tujuh rekod berkait jenayah dan narkotik.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif kedua-dua suspek menyimpan dan menyembunyikan dua pucuk pistol itu di kawasan tersebut,” katanya.

Tambah Muhamad Zaki, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... pistol-dalam-semak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.056301 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list