CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10209|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jasa lelaki lancarkan laluan jentera bomba ke lokasi kemalangan dikenang

[Copy link]
Post time 25-1-2024 10:21 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video di TikTok. - Foto X @eklinamit_

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki membantu melancarkan pergerakan lalu lintas di Banting bagi membolehkan jentera bomba lalu mendapat pujian warganet.

Difahamkan, kesesakan berlaku disebabkan kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis dan dua keluarga maut.

    @eklinamit_ Semoga abg diberikan kesihatan yang baik.dimurahkan rezeki atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan.hanya tuhan yang mampu membalas jasabaik kamu .#abgbomba #fyp #kemalanganjalanraya #abgmotorviral original sound - musik lite

Video yang disiarkan oleh pemandu bomba @eklinamit_ itu kini mendapat lebih 1.3 juta tontonan.



Pemandu jentera bomba itu dalam videonya berkata, orang awam yang membantu mengambil tanggungjawab untuk membantu melancarkan pergerakan lalu lintas bagi membolehkan jenteranya lalu dan beliau bersyukur dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.

"Anda patut dipuji atas jasa baik anda. Daripada kami semua di bahagian bomba dan penyelamat, kami mengucapkan terima kasih," kata bomba berkenaan dalam video dimuatnaik.

Video itu turut mendapat maklum balas daripada empunya diri dan memaklumkam niatnya hanya untuk membantu apa yang perlu.

Dalam video itu, lelaki yang membantu melancarkan lalu lintas yang dikenali sebagai Shazaril itu meminta sebuah lori kontena yang berada di sebelah kiri jalan dan bas di bahagian kanannya untuk ke sisi, bagi membolehkan jentera bomba itu lalu.

Tindakan yang dilakukan oleh Shazaril itu membolehkan pasukan penyelamat tiba di lokasi tepat pada masanya serta membantu mangsa kemalangan.

Malah rata-rata pengguna media sosial yang melihat video itu memuji tindakan Shazaril serta mendoakannya.

Pengguna media sosial, @Anakbongsu, memberi tabik hormat terhadap jasa baik Shazaril dan menyatakan bahawa lelaki itu sepatutnya menerima pengiktirafan daripada tindakan yang dilakukan itu.

Selain itu bagi @anuar, dia memuji Shazaril kerana sanggup mengambil tanggungjawab berkenaan bagi membantu pasukan penyelamat.

"Hanya seorang sahaja yang diperlukan untuk menyelesaikan kesesakan itu. Dia adalah hero sejati," kata Anuar.
https://www.bharian.com.my/berit ... e-lokasi-kemalangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.141203 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list