CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16671|Reply: 53

[Tempatan] E-hailing sepatutnya hanya jadi ‘side income’ – Rafizi

  [Copy link]
Post time 26-1-2024 09:19 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Konsep dan tujuan melakukan e-hailing di negara ini sepatutnya hanya dijadikan sebagai alternatif untuk menambah pendapatan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pekerjaan tersebut tidak relevan dijadikan tempat bergantung, malah individu yang mempunyai kelayakan tinggi akan rugi kerana melepaskan peluang dan bakat untuk bekerja di sektor yang sesuai. Menurutnya, kehadiran ekonomi gig melalui e-hailing adalah bagus untuk menambah pendapatan tapi untuk menjadi kerjaya, ia hanya sesuai untuk beberapa tahap kemahiran itu.
“Saya ada pekerja dulu. Dia kerja gaji RM3,000 lebih sampai pukul 5 petang dan pada sebelah malam dia buat (e-hailing) untuk tambah pendapatan. Jadi, konsep dan tujuannya itulah.
“Bagaimanapun, kalau individu itu berkelayakan ijazah ataupun diploma tetapi oleh kerana masalah pasaran kerja dia terpaksa jadi (e-hailer), lama-lama dia bergantung kepada perkara tersebut.
“Kita sebenarnya, mengorbankan bakat dan peluang yang dia ada,” katanya pada sesi podcast Yang Bakar Menteri yang disiarkan menerusi YouTube, kelmarin.
Mengulas situasi terkini, Rafizi berkata, pertambahan bilangan e-hailer dalam perkhidmatan tersebut yang didominasi sebuah syarikat menyebabkan ia tidak memihak kepada pekerja ekonomi gig.
“Ini adalah ‘supply and demand’ (tawaran dan permintaan). Apabila lebih ramai terpaksa jadi e-hailer, maka ia memihak kepada syarikat itu untuk menetapkan (kadar upah).
“Bagi dia, ‘aku turunkan (upah), kau tak nak, banyak lagi yang nak’. Tiada pilihan mereka nak protes. Mereka kena faham bahawa syarikat ini telah menghabiskan berbilion ringgit untuk jadi dominan dan sekarang mereka kena dapatkan pulangan,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, kata Rafizi, kerajaan akan melihat perkara itu secara menyeluruh bagi mencari penyelesaian untuk kedua-dua pihak iaitu syarikat e-hailing dan pekerja ekonomi gig.
“Jika kita lihat, pada awalnya itu (syarikat) beri subsidi. Pesanan banyak ini, kredit banyak ini dan diskaun banyak ini. Kalau kerajaan campur tangan suruh naikkan (upah), mesti mereka minga bagi subsidi. Itu adalah antara perkara yang kita perlu lihat secara menyeluruh,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 26-1-2024 09:37 AM

Memang la betul as side income. Tapi lepas covid kan byk company yg tutup dan byk org dibuang kerja. So start ramai yang jadikan full time keje.

Menteri sepatutnya usaha rangsangkan dan naikkan ekonomi malaysia supaya byk peluang pekerjaan. Bkn semua org nak jadi rider. Tapi kalau keadaan mendesak, mungkin itu peluang yg ada cari rezeki

Tak habis2 nak salahkan rakyat. Pergi check balik buku formula tu. Lama tunggu formula piji ni x jalan2
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 09:58 AM | Show all posts
rapizi ni dah kenapa ya...dah makin tak tentu hala kalau bercakap
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 26-1-2024 09:35 AM
Memang la betul as side income. Tapi lepas covid kan byk company yg tutup dan byk org dibuang kerja. ...

Kannn.. aku rasa tadak seko pun nak jd food panda as a gaji selamanyaa.. dah takde pilihan.. keje ajelaa..

Nape laa menteli kita ni bebal sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 26-1-2024 09:58 AM
rapizi ni dah kenapa ya...dah makin tak tentu hala kalau bercakap

Tuu laaa.. aku rasa dia ni dgn kebal dgn vida alif sotong dgn biar tak hensem janji kaye ni dah leh buat grup wasap..

Nama grup wasap.. org bingung di mesia
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 26-1-2024 09:58 AM
rapizi ni dah kenapa ya...dah makin tak tentu hala kalau bercakap

Ko paham tak apa yg cuba dihuraikheun?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2024 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni dah start pikir pekerjaaan utk anak anak aku.. nasib baiklaa rumah dah ade utk depa wpun tak elok mana.. tanah pun dah ade.. risau tgk mesia skrg.. kalo menteli leh ckp mcm nii.. aku tak tau nak ckp ape dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat intern buat part time ehailing…bila kat tempat kerja lagak bodo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian malaysia dah jalan jem keluar rumah jam 7 sambil buat grab kunun, balik 7 jem lagi sambil buat grab kunun hujung2 sampai rumah jam 10 esok repeat 6 hari x pernahnya selesa hidup
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian malaysia dah jalan jem keluar rumah jam 7 sambil buat grab kunun, balik 7 jem lagi sambil buat grab kunun hujung2 sampai rumah jam 10 esok repeat 6 hari x pernahnya selesa hidup
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian malaysia dah jalan jem keluar rumah jam 7 sambil buat grab kunun, balik 7 jem lagi sambil buat grab kunun hujung2 sampai rumah jam 10 esok repeat 6 hari x pernahnya selesa hidup
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 10:18 AM | Show all posts
Edited by Radzor at 26-1-2024 10:31 AM

Masalah ehailing ni baru je berlaku this couple of years. Sebelum ni ok. Masalah tambang murah ni bermula pada januari 2023 apabila kemasukan apps ehailing baru inDrebar. Apps ni membenarkan bargain harga atau haggling. Ni asal usul masalah ni menyebabkan tambang jadi murah. Apps lain pun terpaksa rendahkan harga utk kekal relevan membunuh industri seperti parasit. Mcm kereta sapu tp guna apps.

Kerajaan filipina dah haramkan apps ni sebab  “haggling” ni. Kerajaan konoha ada beran? Or still clueless

“In November 2023, inDrive launched in the Philippine cities of Bacolod, Baguio, Butuan, Cagayan de Oro, and Iloilo. However, in January 2024, the Land Transportation Franchising and Regulatory Board suspended inDrive operations in the country due to allegations of price bargaining, which violates the board's terms and conditions for accreditation as a transport company.”

Kalau tgk news atas ni, launch  dec 2023 kat filipin. Tp sebelum tu dah operate illegally. Mcm kat konoha ni, apps ni boleh je operate tanpa ehailing vehicle permit, tanpa ehailing insurance and other things. Bila takde benda ni, kete pun tak buat puspakom check. Driver pun takde vetting. Takde background check.


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 10:44 AM | Show all posts
Buritan replied at 26-1-2024 10:06 AM
Aku ni dah start pikir pekerjaaan utk anak anak aku.. nasib baiklaa rumah dah ade utk depa wpun tak  ...

Masalah monetary ni takkan selesai sebab kita join sistem riba. Sampai lah nanti puncaknya you own nothing tp the goverment owns you. Goverment un sama hutang sana sini last2 jadi balaci one world goverment. Sape create sistem riba, rotchild jew. World power british-> amerika -> israel jews.

Nabi pesan apa? Satu hari harta paling bernilai adalah kambing2 gembala di gunung2 dan lembah2. Nant yang paling berharga adalah self sufficient dan isolate dari sistem duniawi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo nya statement...dah govt failed to provide quality employment opportunities  to the rakyat...engineer pun basic pay 2k+..apa je choice yg budak2 ni ada...sblm jadi govt..mcm bijak je si piji ni..now baru tau otak dia level mana...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 26-1-2024 10:02 AM
Kannn.. aku rasa tadak seko pun nak jd food panda as a gaji selamanyaa.. dah takde pilihan.. keje  ...

Konsep nya akan jadi bebal bila jadi kera-jaan. Time jadi pembangkang bijak genius belaka … org yg belajar sampai degree ka diploma ke apa2 cert, semua nak gaji tetap, tapi kalau keadaan mendesak, kerja lah apa2 kerja yg halal. Ingat belajar murah ke? Belum kira yg ambil loan utk belajar
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 11:36 AM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 26-1-2024 11:37 AM

habis....orang yg buat ehailing ni tak perlu ada life ke?...kerja utk main income and kerja untuk side income....mati ngan kerja je la.....sbb tu la korang boleh biarkan semua harga barang naik kannnnnnnnn....sbb semua rakyat kena buat dua kerja....benci betolll laaaa

semakin galak lak bawak kebodohan tu ke tempat kerja ek...simpan la sikit...lama lagi kot 5 tahun ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
FORMULA wujudkan 1juta peluang pekerjaan kpd warga tempatan hang dulu..pigi mana dh dey???
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 26-1-2024 10:06 AM
Aku ni dah start pikir pekerjaaan utk anak anak aku.. nasib baiklaa rumah dah ade utk depa wpun tak  ...

ajo depa bisnes sendiri self employed..pertanian..bela lembu kambing ayam itik tanam durian etc

ajak p pasor suh depa tenguk cara oang niaga etc

klo makan gaji kita bergantung kat manusia

klo keje sendiri kita keje dengan  Allah swt

bleh bina empire mcm dato Ramli burger...bila niaga kita deal ramai manusia bnyk ragam so bnyk bleh blajo esp bab sabar

keje makan gaji ngular pun masuk duit

keje sendiri ngular ko mkn ular je lah aaa gitu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 26-1-2024 10:44 AM
Masalah monetary ni takkan selesai sebab kita join sistem riba. Sampai lah nanti puncaknya you own ...

Betul ape ko ckp tuu . Aku pun terpikir nak suh anak aku amik kusus bela binatang ni.. nak harap keje gomen lps ijazah kalo dpt alhmdlh.. kalo tak dpt pun alhmdlh jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 26-1-2024 11:40 AM
ajo depa bisnes sendiri self employed..pertanian..bela lembu kambing ayam itik tanam durian etc

a ...

Mmg pikir bisnes pun.. anak aku suke bertani.. tp tu laa ape ape aku tetap nak ade ijazah jgk laa.. biorlaa petani yg ade ilmu..

Skrg ni pun anak aku buat part time cuci taik kucing.. iklan dlm facebook.. time raye hari tuu sajo dpt beribu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.238503 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list