CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4586|Reply: 0

[Pahang] Tanah runtuh: Mayat tersepit di celah pokok, berselut

[Copy link]
Post time 27-1-2024 11:35 AM | Show all posts |Read mode

Pasukan SAR membawa keluar mayat mangsa di Kampung Batu 59, Kampung Raja, Cameron Highlands semalam. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

CAMERON HIGHLANDS – “Mayat dijumpai di celah pokok dengan keadaan berselut dan parah di kepala,”.

Itu yang dikongsi Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Wan Zaidi Wan Mokthar yang mengetuai operasi awal mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsa runtuhan tanah di kawasan kebun sayur di Kampung Batu 59, Kampung Raja, di sini semalam.

Menurutnya, dia bersama lima anggota segera ke lokasi tanah runtuh itu selepas menerima maklumat pada pukul 2.51 pagi.

Katanya, dalam keadaan penglihatan terhad dan berkabus, mereka cuba secepat mungkin mencari jalan ke lokasi kejadian.

“Kami berjalan kaki sejauh tiga kilometer dalam keadaan gelap gelita dengan berpandukan lampu suluh. Ketika sampai, keadaan di tempat runtuhan dipenuhi dengan timbunan pokok dan tanah selut.

“Daripada pemerhatian, kami temui aliran air dari atas bukit ke satu kawasan disyaki tapak rumah mangsa. Pencarian bermula dari situ sehingga menjumpai mangsa pertama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, proses mengeluarkan mangsa dilakukan secara berhati-hati menggunakan cangkul dan penyedok supaya tidak mendatangkan kecederaan lain kepada mangsa.

Katanya, kerja-kerja mengorek tanah yang dilakukan selama hampir dua jam akhirnya berjaya menemui satu mangsa kira-kira dua meter dari tapak rumah.

“Mangsa ditemui tersepit di celah-celah batang pokok. Keadaan mangsa masih sempurna dan lengkap berpakaian, cuma alami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.

Kejadian tanah runtuh di kawasan kebun sayur itu dilaporkan kepada pihak polis pada pukul 2.10 pagi semalam, membabitkan dua buah rumah pekerja warga asing yang didiami lima orang termasuk seorang wanita.

Mangsa yang terlibat dikenali sebagai Shing Lan Har, 56, bersama anak lelaki, Haphey, 36, serta menantu perempuan, Om Myue, 38, selain dua lelaki lain iaitu Shing Aung, 39, dan Thang Moung, 25.

Mayat mangsa pertama, Haphey dijumpai pada pukul 5.40 pagi manakala mangsa kedua yang belum dikenal pasti identiti ditemui pada pukul 12.40 tengah hari. Kedua-dua mangsa adalah lelaki. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... lah-pokok-berselut/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.059346 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list