View: 27900|Reply: 66
|
[Jenayah]
Kes jenayah semakin meningkat, Daerah Klang Seperti Colombia,tempat paling bahaya di dunia – Pengarah JSJ Bukit Aman.Apakah yang telah berlaku?
[Copy link]
|
|
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyifatkan daerah Klang di Selangor kini sudah jadi seperti Colombia susulan kes jenayah yang semakin meningkat.
Beliau berkata daerah Klang menjadi destinasi pertama beliau bagi lawatan kerja JSJ Bukit Aman susulan kenaikan indeks jenayah yang semakin ketara pada tahun ini.
Walaupun kadar jenayah turut meningkat di seluruh negara, namun daerah Klang paling membimbangkan sehingga digelar Mini Colombia oleh kerana kes jenayah berat yang kerap berlaku.
Mengapa saya memilih Klang sebagai daerah pertama saya untuk turun padang selaku pengarah jabatan siasatan jenayah adalah disebabkan indeks atau jenayah yang semakin meningkat.
“Seluruh negara meningkat bukan Klang sahaja tetapi apabila diviralkan dan dikatakan seolah-olah Klang ini sebuah daerah yang seperti Colombia.
“Itu telah mencabarkan saya kerana saya juga dekat dengan Klang kerana pernah mewakili Klang selama 5 tahun daripada tahun 1990 sampai tahun 1995. Saya merupakan pemain hoki Majlis MPK punya Klang,” kata Shuhaily ketika berucap dalam Town Hall Discussion anjuran PDRM bertempat di Bandar Klang, semalam.
Colombia merupakan antara destinasi yang paling bahaya di dunia kerana terkenal dengan keganasan jenayah di negara itu. Dengan hampir 80 kes pembunuhan setiap hari, ia bukan tempat yang sesuai untuk melancong.
Selain kes pembunuhan, JSJ Bukit Aman juga mengempur segala elemen berkaitan kumpulan kongsi gelap dan gangsterism di seluruh daerah Klang Selatan dan Klang Utara sejak 15 Januari lalu.
Operasi itu dilaksanakan susulan pelbagai kes-kes jenayah yang dilaporkan berlaku di dua daerah berkenaan termasuk kes samun dan pemerasan yang tular di media sosial. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 30-1-2024 11:50 PM
Klang bandar diraja
"tada la kaka...sekarang klang kita asing worang punya la"-Asing Worang la |
|
|
|
|
|
|
|
takda satu pun bandar colombia dlm list nih
The ten most violent cities in the world are:
- Tijuana, Mexico
- Acapulco, Mexico
- Caracas, Venezuela
- Ciudad Victoria, Mexico
- Ciudad Juárez, Mexico
- Irapuato, Mexico
- Ciudad Guayana, Venezuela
- Natal, Brazil
- Fortaleza, Brazil
- Ciudad Bolívar, Venezuela
mentang2lah eksport utama dia org tepung gembira
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis pun dah tak kuasa...esok2 lepas......cam Edi Kana |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 31-1-2024 07:07 PM
takda satu pun bandar colombia dlm list nih
The ten most violent cities in the world are:
Cemana rakyat sana hidup eh? Tp iols suka layan telenovela veneuzela ni dulu2
Masa tu la kenal tequila bagai hahaha sbb selalu ada scene minum menda alah tu
Iols suka makan masakan mexico gak hahah tortiyaaa chips cicah colek ngn salsa
|
|
|
|
|
|
|
|
Leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi |
|
|
|
|
|
|
|
cuba assign ketua polis pertaling tu izanı ke aapa nama….muka dh boleh blend in dgn org klang….
|
|
|
|
|
|
|
|
Sukati nenek dia ja petik Colombia. Pernah sampai ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Gila oi klang ni, masuk-masuk je rasa macam pergi luar negara.. Macam masuk ke satu dimensi yang berbeza dgn indon nya, kelly ng gangster.. Seram ye, sama mcm mentari jugak. Destinasi warga asing mmg tak selamat.. Satu lagi puchong.. Shah alam pun tak lama lagi dah boleh jadi tempat warga asing bertapak beramai-ramai sbb banyak kilang.. |
|
|
|
|
|
|
|
If uol visit klang and boleh exit dengan selamat kira ok letew... Tijuana dalam list tetap jadi popular destination untuk american LOL
... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu klang aman2 lg awal 2000.. ioilss pernah stay regency condo Kubah hijau tu. skg tak tau apa jadi area ctu n klang mcm busuk je tempat warga asing. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau memang asal usul lokalista, dah biasa kot tengok gangster nih kulu kilir naik keta sambil bawak senapang dan rocket launchers. Yg terkejut badak dan berisiko jadi mangsa adalah org luar esp pelancong. Thn lepas ada kes pompuan kulit hitam US kena culik dan dibunuh di Matamoros, Mexico - pegi sana sbb nak plastic surgery murah katanya. Dia tak sedar faktor murah sbb bandar tu antara sarang drug cartels paling ganas.
Ai suka makan tortilla wraps buatan sundirik
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 11-2-2024 06:36 PM
Kalau memang asal usul lokalista, dah biasa kot tengok gangster nih kulu kilir naik keta sambil ba ...
Ngeri.. silap2 gi situ utk plastik sergeri.. sedar2 hilang organ.. tu pun kalo sedar lah... silap2 ke alam barzakh terus |
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 9-2-2024 08:42 AM
Gila oi klang ni, masuk-masuk je rasa macam pergi luar negara.. Macam masuk ke satu dimensi yang ber ...
Ngeri ya klang tu ropanyah..
Puchong pun????
Sebbaik 2021 weols dpt jual apartment kat situ.. padahal best je walking distance ke mekdi.. senang nak pi LRT pun... sbb malas nak semak kepala urus tenant dah.. nak hidup aman tenang |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan, baek address kes polis sundrik yang jadi penyamun.. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 11-2-2024 06:45 PM
Ngeri ya klang tu ropanyah..
Puchong pun????
Puchong ni kena tgk puchong mana yg chuols masuk. Kalau area puchong permai puchong perdana tu tahap rimas dia lain mcm. Tapi nak cari kedai² makan melayu mmg area situlah banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga polis katup lah semua kongsi gelap yg ada di Malaysia ni. The sooner the better. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pihak pulis katup habis lah semua kongsi gelap di Malaysia ni. Make Malaysia Zero Gangsters policy plisss |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kerajaan pejam mata je kemasukan rohingya, warga China, Arab, indon, bangla , negro dah jumlah berjuta2 kat Malaysia ni mmg la jenayah meningkat sampai samakan dgn columbia..teruk sgt dah la nampaknya |
|
|
|
|
|
|
| |
|