View: 8556|Reply: 4
|
[Tempatan]
DBKL tunda, kompaun kenderaan di Sri Hartamas, Lorong Yap Kwan Seng
[Copy link]
|
|
DBKL tunda, kompaun kenderaan di Sri Hartamas, Lorong Yap Kwan Seng
https://www.bharian.com.my/berit ... orong-yap-kwan-seng
Oleh Azhar Shahrulnizam - Februari 1, 2024 @ 11:49am
[email protected]
Jabatan Penguatkuasaan DBKL melaksanakan tindakan tunda terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas berhampiran Kompleks Kementerian Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - Foto ihsan FB DBKL.
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 105 notis kompaun dan melaksanakan 25 tindakan tunda terhadap pemilik kenderaan yang menghalang lalu lintas berhampiran Kompleks Kementerian Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.
DBKL dalam satu kenyataan di Facebook berkata tindakan itu dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan di Jalan Sri Hartamas 1 dan Lorong Yap Kwan Seng.
"Tindakan dilakukan susulan pendedahan dan laporan khas Berita TV9 yang disiarkan malam Isnin lalu.
"Antara kesalahan yang dilakukan adalah meletak kenderaan di bahu jalan dan tempat yang tidak dibenarkan menerusi Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kenderaan yang ditunda dibawa ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk penyimpanan sementara dan proses dokumentasi," katanya.
DBKL turut mengingatkan pemilik kenderaan untuk mematuhi isyarat lalu lintas supaya tidak menghalang mana-mana jalan atau laluan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
"Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang lain selepas ini," menurut kenyataan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam banyak2 kereta mewah park tepi jalan tu, kereta myvi jer yg mampu di tunda. |
|
|
|
|
|
|
|
venom1 replied at 1-2-2024 12:14 PM
Masuk TV baru buat kerja
Ya betul sesangat, 2 tahun iols komplen thru email kedai2 buat binaan tambahan dkt parking sampai keta x blh nk park tp aduan ditongsampahkan je |
|
|
|
|
|
|
|
sudah semestinya anda sekadar encik atau puan, klu nama pengadu tan sri, puan sri, dato sri sudah semestinya mereka pantas melaksanakan tugas
|
|
|
|
|
|
|
| |
|