View: 11514|Reply: 10
|
[Tempatan]
Lepas tanpa cop, imigresen sifatkan kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’
[Copy link]
|
|
Lepas tanpa cop, imigresen sifatkan kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’
https://www.freemalaysiatoday.co ... syaki-pelacur-unik/
FMT Reporters - 01 Feb 2024, 3:21pm
Imigresen membongkar kegiatan membawa masuk wanita disyaki pelacur melalui Bukit Kayu Hitam. (Gambar Bernama)
Seramai 30 warga asing masuk ke Malaysia guna 10 kenderaan termasuk motosikal melalui Bukit Kayu Hitam.
PETALING JAYA: Imigresen Kedah anggap kemasukan sebahagian 30 warga asing dari Thailand bagi tujuan pelacuran berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Sempadan (ICQS) Bukit Hitam “unik” kerana tanpa pengesahan cop pasport atau pas sempadan.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain, berkata mereka ditahan selepas dibawa menaiki 10 kenderaan termasuk pikap dan motosikal, dalam operasi khas 12.30 tengah hari semalam.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap penumpang dalam semua mod kenderaan itu mendapati sebahagian tidak mempunyai cop sah pada pasport dan pas sempadan.
Katanya, pihaknya masih menyiasat sama ada kemungkinan wujudnya sindiket serta pembabitan pegawai dalaman berhubung kes itu, sambil mendedahkan mereka ditahan terdiri 29 warga Thailand dan seorang Kemboja.
“Aktiviti persundalan, aktiviti tidak bermoral kebiasaan berkaitan dengan pelacuran…kalau di Thailand kita panggil ‘puying’ (pelacur)…gadis-gadis bekerja di rumah urut, di kelab malam, di pusat hiburan,” katanya menurut Astro Awani pada sidang media di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam.
Ridzzuan berkata, selepas proses dokumentasi dilakukan, 13 warga asing terbabit termasuk lima pemandu kemudian dihantar pulang kerana tidak memenuhi syarat kemasukan.
Bagaimanapun, 17 lagi warga Thailand terdiri 12 wanita berusia antara 22 hingga 55 tahun dan lima lelaki disyaki “transporter” berusia 20 hingga 40 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta 1955 kerana tidak memiliki suatu pas sah yang dikeluarkan bagi memasuki Malaysia.
Menurutnya, laporan polis sudah dibuat dan mereka akan direman sekurang-kurangnya 14 hari untuk siasatan lanjut.
“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak didapati melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai jugak yg at the counter while stamping the passports, berbual sesorang....so I thought...upernyer tengah video call member...gossiping ..hp strategically hidden ..dari penglihatan drivers....
Ko ghaser? |
|
|
|
|
|
|
|
Ai.. Baru bgn tdo kettewww.. |
|
|
|
|
|
|
|
Unik wak lu.......mcm la kt kaunter immi xde cctv. |
|
|
|
|
|
|
|
Unik? Ka dia nak kata isolated?
Anyway, dua2 pun bukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Btw, aku nk share gak la. Dulu aku penah duk kt negeri sempadan ni. Mmg btul2 kt pintu kastam tu masuk kiri akan pegi ke pekan negara belah sana la. Mmg selalu jah orang-orang kita bebas jalan kaki tak cop pasport masuk belah sana, sebab sana ada kedai seafood fresh sedap. Tapi kastam negara belah sana cekap, kalau ko mai masuk Malaysia dari pekan sana die tak tahan. Ada sekali tu aku terlajak kena uturn, dia perasan dan dia tahan. Gagap-gagap la jugak aku nak justify diri aku. Nsb baik dia lepaskan tp lepas tu mmg tobat nasuha la nk wat camtu lg |
|
|
|
|
|
|
|
Even dulu golok kelantan tu org cross sungai je nk pi belah sana. Wang Kelian pun sama, dulu bleh je ko cross tp syaratnye kene jalan kaki sajork. Skrang je dh tak boleh |
|
|
|
|
|
|
|
thn lepas dlm bln may mcm tu rasanya, iols ada masuk siam lalu wang kelian
mmg aman aman betul.. kitorg ambik 'grab' dr ktm padang besar, pastu menapak masuk dlm
cop passport pn aman2 jah..
masuk lalu sempadan betong pun aman2 jgk..
|
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, pihaknya masih menyiasat sama ada kemungkinan wujudnya sindiket serta pembabitan pegawai dalaman berhubung kes itu
Ko rasa??
|
|
|
|
|
|
|
|
kerna laki malaysia perlukan layanan wanita asing yang hebat dari wanita malaysia..kasian.. itu kelemahan kalian dan kelebihan kami |
|
|
|
|
|
|
|
sekupang dua... jalann |
|
|
|
|
|
|
| |
|