View: 10264|Reply: 26
|
Saya Masih Pemegang Pasport Malaysia – Chew Kin Wah Nafi Kini Menetap Di Indonesia
[Copy link]
|
|
PELAKON Chew Kin Wah menafikan dakwaan ramai pihak bahawa dia kini sudah menetap di negara seberang, Indonesia.
Sebaliknya, atas tuntutan kerjaya sebagai seorang aktor, Chew, 59, dia terpaksa berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Jakarta.
Chew memaklumkan, dia sudah beberapa kali gagal meraih peluang berlakon dengan produksi tempatan susulan timbul khabar angin tidak berasas bahawa dia sudah berhijrah ke negara jiran.
“Ada pengarah mahu ambil saya berlakon tetapi pihak produksi enggan menghubungi kerana mendakwa saya sudah menetap di Jakarta.
“Realitinya, saya memang berada di Kuala Lumpur dan masih sebagai pemegang pasport Malaysia.
“Tawaran daripada produksi Indonesia tidaklah sebanyak yang didakwa sebab banyak dokumen perlu diuruskan, contohnya jika saya ke sana tanpa permit bekerja, saya pasti akan ditahan pihak berkuasa,” katanya yang ditemui HibGlam usai tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Rain Town di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, pelakon drama Puteri Qaseh itu turut menyangkal dakwaan bahawa dirinya cerewet dalam memilih tawaran lakonan.
Realitinya, dia hanya menitikberatkan isu tempoh bekerja selain bayaran yang setimpal dengan usia dan pengalamannya sebagai pelakon.
“Soal harga perlu ada ‘demand’ sebab industri kita bukan ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau insurans.
“Selain isu harga, saya memang tegaskan pada pihak produksi bahawa tempoh masa bekerja tidak lebih 12 jam sebab kalau terlalu lama dan badan penat, risau ada hal lain berlaku. Pasti akan menyusahkan orang lain,” katanya lagi.
Selain Chew, Rain Town arahan Tunku Mona Riza turut dibintangi Susan Lankester, Fabian Loo, Wilson Lee dan Pauline Tan.
Rain Town yang mengetengahkan dialek kantonis bakal menemui peminat filem tanah air di pawagam seluruh negara pada 8 Februari depan.
Sumber – HIBGLAM |
|
|
|
|
|
|
|
jejai replied at 2-2-2024 11:35 AM
siapa pulak ni
Boleh tau kau lahir tahun bila? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ler busyk hati org malaysia ni … dia g keje jer kat indon … adoiii
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni muslim kan..laku jgk dia diusia emas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah tgk movie Susi Susanti dia jd coach dlm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku penah bc interview die. Die ckp satu sebab knp industri filem indonesia lg maju dr malaysia, sebab indonesia pakai bahasa yg sama. Tak sama mcm malaysia, semua bangsa nak buat movie dlm bhs diorg sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
cess
aku baca tajuk sekali lalu
terbaca as chef wan |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu pulak zaman2 Kopitiam. Best uncle ni berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak juga.
Industri Indo besar sebab base consumer dia besar. Sembilan kali ganda jumlah penduduk Malaysia.
Kalau nak cakap pasal kualiti, mungkin 5-10%, lebih kurang mcm Malaysia
Content yg berkualiti pun dibuat dengan niat untuk eksport serantau (Malaysia, Singapore, Brunei)
So on top of 270 juta rakyat sendiri,ada additional 30-35 juta lagi potential consumer
Contrary to popular belief, bukan semua org Indo pun boleh bercakap bahasa Indonesia standard.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak dapat cari makan lg ke kat Malaysia ni smpai pegi indon? |
|
|
|
|
|
|
|
best dia ni berlakon.. harap produksi cina malaysia buat bnyk2 filem ambil uncle ni berlakon. filem2 produksi cina malaysia not bad juga ye.. sangat bagus kalau banding dengan filem melayu yang asyik jadi gangster, hantu.. film tamil tempatan pun.. bnyk kisah masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
adelea: Apa ler busyk hati org malaysi ...
Biasa la bukan malaysia je satu dunia macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
GincuPurple replied at 2-2-2024 08:42 PM
Boleh tau kau lahir tahun bila?
Ogos 2028 |
|
|
|
|
|
|
|
Yaya04 replied at 3-2-2024 07:55 AM
Dia tak dapat cari makan lg ke kat Malaysia ni smpai pegi indon?
Bukan tak dapat cari makan. Dah rezeki dia banyak tawaran kat Indo. Orang sana lagi kenal dia Koh Afuk sebab filem Cek Toko Sebelah tu box office siap ada sambungan filem kedua plus series lagi. Kat sana pelakon popular pun hormat dia ni kalau tengok dari interview apa semua. Kat Malaysia boleh so called forummers yang betenggek kat board gosip tanya siapa dia ni. Itu lah nasib pelakon veteran kat Malaysia haha |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni pelakon versatile. Lawak, bapak2, serius, rama airmata, jahat, psycho, semua boleh. Ada class tersendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 3-2-2024 10:16 AM
best dia ni berlakon.. harap produksi cina malaysia buat bnyk2 filem ambil uncle ni berlakon. filem2 ...
Cina n keling tak nak belakon dlm produksi dioarg sbb bayar ciput. Diaorg lebih suka dlm produksi melayu sbb payment besar |
|
|
|
|
|
|
|
laku jugak dia ni belakon kat indo
aritu tgk cite toko sebelah eh ada dia
dalam tu pun pelakon hebat2
pastu ada movie gak menembus langit
agaknya rezeki lepas belakon my stupid boss |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 2-2-2024 10:01 PM
Aku penah bc interview die. Die ckp satu sebab knp industri filem indonesia lg maju dr malaysia, seb ...
Yes...satu baik nya big population guna satu bahasa.
Macam lagu jugalah ....kalau English song tu bagus.
Itu satu sebab ...yg lain nya mesti dia ni ada disiplin bekerja juga utk survive. Viu pun ada berlakon dulu. Phrase Awal sangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah rezeki banyak kat sana, kat sanalah heols berkelana kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|