View: 29954|Reply: 31
|
[Tempatan]
Walaupun teruk dikecam netizen, Langkawi tetap unggul dan diiktiraf pulau kesembilan terbaik dunia
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 4-2-2024 12:39 PM
LANGKAWI - Pemilihan Pulau Langkawi sebagai antara 10 pulau terbaik dunia merupakan satu lagi pengiktirafan dunia terhadap pulau legenda itu.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, anugerah Pulau Kesembilan Terbaik di Dunia 2023 itu diberikan oleh majalah pelancongan antarabangsa, Travel + Leisure.
Menurutnya, pengiktirafan World's Best Award 2023 oleh pembaca majalah tersebut akan membuka ruang kepada lebih banyak pengiktirafan dunia terhadap Langkawi.
“Anugerah ini adalah satu pengiktirafan dunia kepada Langkawi dan Kedah.
"Tahniah kepada semua komuniti Langkawi, agensi Persekutuan dan negeri, pemain industri pelancongan serta syarikat yang memberikan sokongan dan sumbangan untuk menjadikan Langkawi pulau percutian bertaraf antarabangsa,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Mikio Trip Langkawi 2024 di sini pada Jumaat malam.
Mohd Salleh berkata, pengiktirafan daripada majalah yang sangat berpengaruh dalam sektor pelancongan itu merupakan impian yang tidak dijangkau.
“Jadi, apabila Pulau Langkawi berada dalam senarai itu, dengan skor 93.65, tentulah kita berhak berasa bangga dan teruja,” ujarnya.
Menurutnya, diharap pengiktirafan itu akan menjadi isyarat awal untuk Pulau Langkawi terus mendapat lebih banyak pengiktirafan antarabangsa sepanjang tahun ini.
Saya harap pencapaian ini akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan perancangan negeri untuk menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025,” jelasnya.
Majalah Travel + Leisure berpangkalan di New York dan diterbitkan sejak 1937 mempunyai jumlah pembaca melebihi 4.8 juta di seluruh dunia
Dalam pada itu, Mohd Salleh berkata, Program Mikio Trip Langkawi 2024 anjuran Mimi Suri Heritage Sdn Bhd wajar dicontohi syarikat lain kerana ia bukan sahaja merancakkan pelancongan Langkawi, malah mempromosi pelancongan tempatan.
“Diharap lebih banyak syarikat tempatan sama ada di Kedah atau luar negeri ini mengambil inisiatif yang sama untuk adakan program dalam negeri, terutamanya di Langkawi.
“Tidak salah mengintai emas di laman orang, tetapi gilaplah permata di depan mata. Marilah kita meriahkan industri pelancongan negara dan semarakkan ia kerana limpahan peluang ekonomi yang datang bersamanya akan dapat kita kongsi bersama,” ujarnya.
Menurutnya, program tersebut disertai lebih 300 ejen jualan syarikat berkenaan termasuk dari Thailand untuk bercuti di Langkawi dan ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025.
“Program seumpama yang dijayakan oleh syarikat berpangkalan di Kedah ini dapat menyokong industri pelancongan tempatan, sekali gus menyumbang dalam sektor pelancongan negara,” jelasnya.
https://www.sinarharian.com.my/article/647777/berita/nasional/langkawi-diiktiraf-pulau-kesembilan-terbaik-dunia |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-2-2024 01:37 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat haku, Langkawi dengan Phuket lebih kurang sama jahhh geografinya, pantainya, pulau batu kapor, coral pong tak menarikkk kelabu asap hambarr jahhh, chantek lagik coral kat Pulau Redang dan Pulau Mabul
Yang bezanyeh Phuket dah jadik milik Siam so bahasa pon bahasa Siam, manakala Langkawi naseb baek la British tu dulu masokkan sekali dalam Malaysia waktu lukis sempadan dgn Siam tu dulu
Satu lagi Phuket tu banyak namampos perkampongan warga kokesen, kelab dan bar bersepah enjoy sana cikcur sini, manakala Langkawi lebih 'tame' takde la hiburan menggila mcm Phuket tuhh ha gaytuhh
Pendek kata, takde yg beza sangat pon dari segi geografi dan muka bumi hanya dipisahkan negara jahhhh Langkawi dan Phuket tu.
So, drpd menghabeskan duwet pergi Phuket, better la pergi pulau lain terosss mcm Bali ke, Pulau Sipadan ke, dapat la suasana lain.
Unlesss kalau ko nak berjoget2 kat bar tonggeng2 mabok2 dengan minah2 saleh atau cari umah urot gayboi la pergi Phuket tu |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik lagi Pulau Redang
Tapi mungkin faktor fasiliti dan tempat hiburan diambil kira kot
Kalau dari segi kecantikan pantai
Hmmm so so je |
|
|
|
|
|
|
|
Separuh kat SEA...mmg terbukti cantik SEA ni...kalau semua tempat bersih, lagi wow |
|
|
|
|
|
|
|
Bangga jer orang langkawi. Boleh lah naik kan harga lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nak pegi maldives. Sapa forumer yg dah pernah pergi? Best x? Makanan halal mudah cari kan? sbb negara muslim |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 4-2-2024 07:27 AM
Teringin nak pegi maldives. Sapa forumer yg dah pernah pergi? Best x? Makanan halal mudah cari kan? ...
makanan halal tak susah kalau uols tak memilih makanan ok sgt.
chalet/penginapan yg afdordable byk je tp yg glamer2 cun tu mahai berdengung laa.
beach, water, coral, hewan2 laut mmg amazing la...bersih sgt.
yg suka tenang, water activity ok sgt cuma takleh stay lama sgt mau kemurungan
***based on lawatan 16thn yg lepas
|
|
|
|
|
|
|
|
Langkawi tu siap ada epot sendiri lagi..gila betul nk banding dgn pulau lain yg lebih pprt |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 4-2-2024 12:41 AM
makanan halal tak susah kalau uols tak memilih makanan ok sgt.
chalet/penginapan yg afdordable byk ...
Ni sebab aiol tak minarlt pi pulau/pantai. Aiol tak minat. Takda life. Kalau aiol baik la pi Disneyland huhahuha daripada pi pulau. Selera orang laen2. Lagipun aiol bukan kaki selfie ootod, water activities, kaki sunbathing or kaki pub sooo...Apa ja nak buat kat pulau/beach? |
|
|
|
|
|
|
|
Yup ... Lengkawi adalah bagian dari Tanah Syurga (Malaysia) yang dihadiahkan dan dirakhmati oleh Tuhan kepada Bangsa Melayu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 4-2-2024 11:49 AM
Yup ... Lengkawi adalah bagian dari Tanah Syurga (Malaysia) yang dihadiahkan dan dirakhmati oleh ...
Okayy...
|
|
|
|
|
|
|
|
Boracay tu kan pulau busuk.
Acaner leh dapat nomot 10..? |
|
|
|
|
|
|
|
Pembaca majalah tu ada masalah komprehensyen ke hape. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 4-2-2024 12:29 PM
Boracay tu kan pulau busuk.
Acaner leh dapat nomot 10..?
boracay kat bulabog beach tu okay...air pun jernih cantik tp palawan lagi cun dan bersih...iols rasa palawan patut dpt no.10
tapi pilipina tempat2 lain tobat taknak p dah |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 4-2-2024 12:36 PM
boracay kat bulabog beach tu okay...air pun jernih cantik tp palawan lagi cun dan bersih...iols ra ...
Pulau sewer pipe discharged ke air laut.
Walopun sekarang gomen dia kata dah ok, soklannya.... memang betul² okay ker?
Benda yg duduk bawah tanah teda sapa tau. |
|
|
|
|
|
|
|
List tu kena byr ke kalau nk masuk? rasa dkt sabah lg byk lawa2 . |
|
|
|
|
|
|
| |
|