CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4621|Reply: 0

MotoGP mungkin hilang dua Grand Prix

[Copy link]
Post time 4-2-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode

PERLUMBAAN MotoGP 2024 berkemungkinan besar menjadi singkat sekiranya penganjuran GP Kazakhstan dan GP India dibatalkan musim ini. – REUTERS

LONDON – Sekurang-kurangnya dua lagi pusingan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (Moto­GP) 2024 dalam radar bahaya kerana berpotensi dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Sebelum ini, Grand Prix (GP) Argentina yang dijangka berlangsung 7 April depan di Litar Termas de Rio Honda terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi melanda negara itu.

Kini, nasib GP Kazakhstan di Litar Antarabangsa Sokol, ­Almaty pada 16 Jun dan GP India di Litar Antarabangsa Buddh ­turut berada dalam bahaya.

Tahun lalu, GP Kazakhstan dibatalkan kerana Litar Antarabangsa Sokol dilaporkan belum siap sepenuhnya biarpun pada September 2022 negara itu bersetuju mengikat kontrak lima tahun.

Bagaimanapun, perkara sama dijangka berlaku tahun ini apabila perlumbaan GP Kazakhstan berkemungkinan sekali lagi terpaksa dibatalkan selepas tiada sebarang kemajuan dari segi pembinaan litar tersebut, sekali gus menimbulkan keraguan sama ada mampu siap tepat pada masanya.

GP India juga bakal menerima tempias sama apabila mereka yang mengadakan perlumbaan sulung musim lalu itu dikatakan gagal mendapat keuntungan dan kemungkinan tidak akan ­meneruskan perlumbaan pada 22 September nanti.

Jika GP Kazakhstan dan GP India tidak dapat dilangsungkan mengikut kalendar perlumbaan, kemungkinan perlumbaan Moto­GP musim ini berlangsung sebanyak 19 pusingan sahaja.

Sementara itu, Litar Antarabangsa Suzuka kekal menganjurkan GP Jepun bagi perlumbaan Formula Satu (F1) selepas menandatangani lanjutan kontrak lima tahun sehingga 2029. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ang-dua-grand-prix/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062317 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list