CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24682|Reply: 39

[Tempatan] IGP akui gaji rendah antara faktor polis terlibat rasuah

  [Copy link]
Post time 4-2-2024 10:25 PM | Show all posts |Read mode
IGP akui gaji rendah antara faktor polis terlibat rasuah

https://www.malaysiakini.com/news/695270

Diterbitkan:  Feb 4, 2024 3:15 PM⋅
Dikemaskini: 3:27 PM



Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain, hari ini tidak menafikan gaji yang rendah dan sikap individu antara faktor yang menyebabkan seseorang pegawai serta anggota terlibat dalam kesalahan rasuah.

Beliau berkata selain faktor tersebut, banyak lagi faktor lain yang perlu dilihat ke arah melahirkan pegawai dan anggota yang bersih serta berintegriti.

"Memang saya akui, gaji itu merupakan satu daripada faktor. Saya ambil indikator begini gaji konstabel termasuk elaun RM2,500 menetap di Kuala Lumpur dia (dikategorikan) miskin bandar, tetapi, kalau duduk di Kuala Nerang (Kedah), Besut (Terengganu) dan Kinabatangan (Sabah) atau Beluran (Sabah) gaji dia itu banyak, itu antara satu faktor yang perlu dilihat.

"Kalau dibandingkan dengan Singapura tiada rasuah sebab gaji kecil kerana itu negara kecil. Kita sendiri ada 137,000 personel dan akan bertambah pada tahun ini dengan kemasukan 4,000 lagi (pegawai dan anggota polis)," katanya kepada pemberita selepas program Walkabout di Pasar Pagi Pandamaran di Klang, hari ini.



Razaruddin turut menjelaskan bahawa masih terdapat kes-kes rasuah membabitkan golongan yang berpendapatan tinggi.

"Kalau gaji konstabel ini sikit dan terlibat dalam rasuah, saya boleh bagi peratusannya, kita juga biasa dengan berita apabila ada pengarah syarikat dan agensi pun ditangkap.

"Adakah gaji mereka sedikit? Oleh itu, perkara ini lebih kepada sikap seseorang itu," tegas Razaruddin.

Dalam pada itu, Razaruddin berkata mana-mana pihak boleh membuat laporan terhadap dirinya sekiranya beliau melanggar undang-undang atau peraturan.



"Masyarakat mempunyai hak dari segi undang-undang dan perlembagaan dalam menyalurkan maklumat atau membuat laporan terhadap mana-mana polis di negara ini.

“Sekiranya, saya langgar undang-undang dan tidak ikut peraturan, laporkan disebabkan saya pun polis.

"Kita memang terbuka dan mengalu-alukan masyarakat di seluruh negara beri maklumat dan laporkan supaya siasatan adil dapat dijalankan.

“Mana-mana pegawai dan anggota terlibat, kita akan tuduh di mahkamah," katanya.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Naikkan gaji polis
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Auwwwww


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 4-2-2024 10:36 PM
Naikkan gaji polis

Ahli2 politikus yg gaji yg masing2 dh besar pon tetap sama gak
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 cukup takut nak sebut perkara & punca sebenar... Iaitu kurangnya ilmu atau penghayatan agama dalam diri masing2. Dalam kata Iain, kurang beriman dan bertaqwa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 08:49 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 5-2-2024 05:55 AM
Masing2 cukup takut nak sebut perkara & punca sebenar... Iaitu kurangnya ilmu atau penghayatan agama ...

yer ni lah jawapan sebenar.....gaji sikit ke banyak ke ramai je yg ambik rasuah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2024 09:30 AM | Show all posts
mana lg tinggi gaji polis ke gaji bomba? gaji tinggi ke rendah jika takde integriti sama je sbb peluang ada dpn mata walaupun sbnrnya ia adalah salah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sebab gajilah.. sebab nafsu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2024 09:52 AM | Show all posts
Aku tak paham law kat Malaysia ni pasal rasuah ni. Bukan ke pemberi & penerima akan kena jugak? Kenapa asyik penerima aje yg kena?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 10:04 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 5-2-2024 05:55 AM
Masing2 cukup takut nak sebut perkara & punca sebenar... Iaitu kurangnya ilmu atau penghayatan agama ...

dah berpuluh tahun dok makan suap, dah jadi darah daging, anak2 polis pun ramai tak menjadi...polis buat hal ape harini?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pucuk pangkalnya ko belajar bersyukur
Gaji banyak pun kalau tak bersyukur tetaplah tak cukup
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 10:45 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 5-2-2024 10:47 AM

saya setuju...kos hidup semakin naik, gaji naik tak selari dgn kos hidup semenjak 20-30thn ni...tak lama lagi subsidi di tarik..kos sekolahkan anak makin naik, perubatan pun naik... mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 10:48 AM | Show all posts
itu yg aku kesian tgk muka polis kt kaunter muka tak cukup zat berkhasiat hari2 makan lauk yg tak sihat. lauk basic la bkan aku kta tak bole tapi utk jana minda dan fizikal perlu pemakanan yg sihat halalan toyyiban jga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 10:52 AM | Show all posts
Makin tinggi gaji, makin tinggi la pula rasuahnya. Kasi RM100 mana dia heran.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 10:54 AM | Show all posts
tungkai replied at 5-2-2024 09:52 AM
Aku tak paham law kat Malaysia ni pasal rasuah ni. Bukan ke pemberi & penerima akan kena jugak? Kena ...
Mana ada law kata memberi rasuah is OK?
btw 99% pemberi rasuah itu terpaksa, 99% penerima rasuah tu sukarela meminta.


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 11:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 5-2-2024 11:11 AM

"ITU kalo NAIKKAN GAJI SAIYA...kalo tak...SAIYA AMIK RASUAH SEKARANG JUGAK..la abang"-Abangla
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 5-2-2024 10:45 AM
saya setuju...kos hidup semakin naik, gaji naik tak selari dgn kos hidup semenjak 20-30thn ni...tak  ...

apa lagi..kita amik rasuah la kalo x naik gaji....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu yg keje grab spidmat kerani swasta gaji kecik tu kene ambik rasuah gak la caner tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 11:29 AM | Show all posts
itu rasuah dr persepsi anggota bawahan yg gaji rendah
mcmana plak yg menteri2 dan pegawai polis yg gaji berkepuk2..amik rasuah jgk..gaji tak cukup jgk ke atau mcmana
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.104179 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list