CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24167|Reply: 13

[Tempatan] Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokong Kerajaan Perpaduan - Veteran UMNO

[Copy link]
Post time 4-2-2024 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokong Kerajaan Perpaduan - Veteran UMNO

https://www.bharian.com.my/berit ... -kerajaan-perpaduan

Oleh Rohaniza Idris - Februari 4, 2024 @ 2:31pm
[email protected]


Datuk Mustapha Yaakub. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Semua pihak dan ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu berlapang dada berkaitan keputusan UMNO mahu meneruskan usaha pembelaan terhadap bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata mana-mana pemimpin politik juga diminta tidak mengeluarkan kenyataan biadap, menghasut dan melaga-laga kepimpinan parti dalam Kerajaan perpaduan berhubung isu pengurangan hukuman ke atas bekas perdana menteri itu.

"Saya melihat keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam bukan saja membuktikan UMNO bersungguh-sungguh membela nasib Najib tetapi keterbukaan mereka menerima keputusan yang diputuskan Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan.

"Rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi kes Najib ini adalah hak UMNO sebagai parti yang membela nasib bekas presiden parti dan ia tidak boleh dianggap sebagai bentuk desakan atau tekanan kepada Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya ia adalah usaha dan ikhtiar yang perlu dihormati," katanya kepada BH.

Beliau mengulas mengenai keputusan mesyuarat MKT UMNO semalam yang bersetuju usaha mendapatkan pembelaan terhadap Najib diteruskan dan dijalankan mengikut lunas undang-undang negara, selain berpegang pada keputusan Perhimpunan Agung UMNO mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri itu.

Parti itu dalam kenyataan selepas mesyuarat MKT menegaskan pembelaan terhadap Najib dibuat kerana merasakan bekas presiden UMNO itu tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan.

UMNO dikatakan akan memulakan kempen tandatangan bagi merayu kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim bagi pengampunan penuh kepada Najib, selain berusaha merayu supaya Najib diberikan parol bagi menjalani lebihan hukuman di luar penjara selain hukuman tahanan dalam rumah.

Veteran minta pemimpin UMNO jangan celupar

Mustapha turut memberi amaran kepada pemimpin politik termasuk pemimpin UMNO supaya tidak 'celupar', biadap dan menjadi batu api, 'batu ronson' sehingga boleh 'membakar jambatan' yang sudah terjalin antara parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tindakan berbalas kenyataan antara pemimpin parti politik dalam Kerajaan Perpaduan hanya akan mengeruhkan keadaan dan menyukarkan proses penerangan kepada ahli parti di akar umbi berhubung isu ini.

"Bagi Veteran UMNO, jangan sampai kami memberikan cadangan supaya UMNO menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan jika ada lagi kenyataan biadap seperti yang dibuat bekas pemimpin DAP, Tony Pua.

"Jangan keluarkan pandangan yang menghina UMNO atau seolah-olah mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan kerana tindakan itu seumpama menghina keputusan Yang di-Pertuan Agong, yang jelas satu kesalahan isu 3R (agama, institusi diraja dan kaum)," katanya.

Tony yang juga bekas setiausaha publisiti DAP dan Ahli Parlimen Petaling Jaya memuat naik beberapa hantaran di Facebook selepas keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.

Kelmarin, Lembaga Pengampunan memutuskan untuk memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Takdenya ko berani keluar dari kerajaan tu.ckp tu guna otak sikit umngok bodo woii.tak sedar diri
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 08:00 AM | Show all posts
dia nak acah-acah la pulak.. cadangkan je.. tak de sape yg goyang pon..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm la wak jahat nak dgr pandangan veteren umno yg sedang menghitung tanah ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 08:44 AM | Show all posts
robohnya kerajaan perpaduan kita bina perikatan nasional


simple math


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 08:51 AM | Show all posts
rupanya zahid sanggup dimaki, dihina oleh akar umbi umno selama ni sbb join madanon, hanyalah kerana nak bebaskan bossku.

sungguh mulia hati wak jahit, malu lah mp2 umno yg mesra pn

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju sgt. Hormati dan sila usahakan lg pembebasan najib. Satu lg sila tarik semua pendakwaaan yg sdg berjalan. To please dap, kita tarik blk juga kes gone end
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu.. tarik balik sokongan..

Bukannya tak pernah dibuat sebelum ni

KERAjaan mahaldahni bagi separuh diskaun, kerajaan perikanan bagi separuh diskaun

Bossku bebas jua akhirnya yahoooooo.com.my/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 5-2-2024 08:53 AM
Betul tu.. tarik balik sokongan..

Bukannya tak pernah dibuat sebelum ni

Tak conpiden keww bijan sorang2 can take on everybody? Tak perlu ehsan sesiapa atau utk tarik sokongan pada sesiapa pun ,kheunz? Dia dapat pengampunan pun bukan sebab dia yg mahukhen pengampunan tersebut....macai macai dia yg gigih apply utk dia...takda remorse darinyer akan jenayah yg telah dilakukheun pun tetap dapat discount....sebab die die mana dia nak ngaku bersalah?cam nuart kheunz?

Tahun depan dia keluar, naik ler allowance ko, kimarkruk?

Kahkahkahkahkahkahkahkah



Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 12:52 PM | Show all posts
Malaysia jadi lawak antarabangsa. Ada hati berangan nak RM1 cukup untuk beli THB10. Can forget SGD.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerbumpy replied at 5-2-2024 09:10 AM
Tak conpiden keww bijan sorang2 can take on everybody? Tak perlu ehsan sesiapa atau utk tarik soko ...

Ko ni tak habis2 tuduh bangkem dapat elaun etc

Najib tak kenal pon bangkem ni..

Bangkem pernah jumpa dan salam najib sekali je, itu pon sebab najib datang rasmi program kat sekolah lebih 10 tahun yang lepas

Bangkem masih ingat lagi, emcee mengumumkan ketibaan dato seri najib etc, pastu bangkem nampaklah najib, bodyguard serta vip2 lain masuk ke dewan.. datin sri rosmah pulak di belakang sekali sambil mata meliar tengok sekeliling.. kebetulan najib lalu di depan bangkem.. bangkem pon secara spontan hulurkan tangan nak bersalam.. najib pon senyum lalu berhenti bersalam dengan bangkem sambil tanya "dah makan?" Bangkem jawab dah, padahal bangkem belum makan sejak semalam lagi sebab sibuk uruskan program tu.. lembutnya tangan najib kata bangkem dalam hati..

Itu jela pengalaman mata ke mata bangkem dengan najib
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 5-2-2024 01:27 PM
Ko ni tak habis2 tuduh bangkem dapat elaun etc

Najib tak kenal pon bangkem ni..

Dah ko kaki menjilatz kheunz?

Kalo dibayar pun why not kheunz?

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 01:45 PM | Show all posts
stingerbumpy replied at 5-2-2024 01:38 PM
Dah ko kaki menjilatz kheunz?

Kalo dibayar pun why not kheunz?

bangkem berhempas pulas bekerja untuk sara keluarga, termasuk yang di kampung
biasalah ahim, bangkem lahir dari keluarga yang smikin


siang kerja ofis, abis office hour bawak grab kejap sampai jam 10 malam..

sampai kat rumah buat kerja sambilan designing dan programing

sebab tu la sekarang bangkem jarang online kat porem

bini bangkem pulak jual2 barang online kat shopee, tiktok etc.. cukup la untuk tambah2

betul tu.. kalau dapat elaun dari najib memang bagus sangat lah, ahim.. boleh gak meringankan beban bangkem

tapi bangkem bukannyer ade followers beribu2 macam tiktoker atau youtuber lain.. sape la bangkem ni nak digaji oleh najib


setakat forum cari sendu ni berape orang lah sangat yang nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 12:06 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.266059 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list