CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7607|Reply: 12

[Tempatan] Kes bunuh diri tinggi.Kelantan buat solat hajat atas jambatan

[Copy link]
Post time 6-2-2024 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Kelantan buat solat hajat atas jambatan yang jadi tumpuan kes bunuh diri
Oleh Hidayatidayu Razali - Februari 5, 2024 @ 1:27pm
[email protected]



PASIR MAS: Kerajaan Kelantan mengadakan solat hajat di atas Jambatan Tendong dekat sini, selepas lokasi itu menjadi tempat individu terjun untuk membunuh diri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata solat hajat boleh dibuat di mana-mana, namun kerajaan negeri memilih di atas jambatan kerana lokasi itu kerap menjadi tempat individu untuk terjun membunuh diri.

"Orang terjun dari atas jambatan, bukan atas masjid. Kalau orang terjun atas masjid kita buat solat hajat atas masjid.

"Sebab dia (orang) terjun di sini (jambatan) kita solat hajat di sini. Namun, solat hajat boleh di mana-mana, tetapi kerana di sini tempat orang terjun kita buat di sini," katanya.


Papan tanda yang diletakkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan bagi memberi peringatan di Jambatan Tendong, Pasir Mas. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Solat Hajat di Jambatan Tendong di sini, hari ini.

Terdahulu, solat hajat berkenaan diimamkan oleh Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang yang dihadiri lebih 500 jemaah.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Media sebelum ini melaporkan, sebanyak 17 kes terjun jambatan direkodkan di Kelantan dalam tempoh empat tahun bermula 2021.

Pengarah Bomba Negeri Kelantan, Zainal Madasin, berkata kesemua kes ditemukan lemas.

Menurutnya, lokasi paling banyak dilaporkan adalah di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu iaitu sembilan kes diikuti empat kes di Jambatan Tendong, kes terjun jambatan turut berlaku di Jambatan Salor dan Pak Nik Lah di Kota Bharu, Wakaf King (Tumpat) serta Tok Bali (Pasir Puteh).



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2024 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
"Sebab dia (orang) terjun di sini (jambatan) kita solat hajat di sini. Namun, solat hajat boleh di mana-mana, tetapi kerana di sini tempat orang terjun kita buat di sini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena ramaikan lagi kaunselor ke pakar psikiatri kat hospital2 sana
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 09:17 AM | Show all posts
Kenapa perlu buat solat hajat kat situ?
kenapa tak buat di masjid?
Pulau Pinang xnak ikut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 09:23 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 6-2-2024 12:34 PM

Negeri klem terpaling isle:


-kes dadah tinggi
-rogol,sumbang mahram tinggi
-kes ostad liwat budak tinggi
-bunuh diri tinggi

tapi konsert haram







Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh tak habis gomen kelate ni!
Sampai kiamat lah duduk bawah tempurung rakyat sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Jambatan pulau pinang lebih memerlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 09:58 AM | Show all posts
tripleid replied at 6-2-2024 05:23 AM
Negeri klem terpaling isle:

konsert siam ok jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2024 09:59 AM | Show all posts
..............................................................speechlesss...........
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 10:01 AM | Show all posts
Pergi la serang hendam cekop taik dadah....biul otak segala tu. Asyik tudung...tudung...aurat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 10:44 AM | Show all posts

ye lah.lupa lak..konset siam tayang kopek takpe
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 11:37 AM | Show all posts
dah kenapeeeeee nak buat kat jambatan....masjid takdop kewwww.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2024 12:21 PM | Show all posts
Tak mengganggu lalu lintas ke... kot-kot ada orang lain ada urusan kecemasan kaa apa kaa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.060253 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list