View: 6886|Reply: 10
|
[Tempatan]
BERSIH tidak tolak bantahan terhadap hukuman Najib, butiran esok
[Copy link]
|
|
Bersih tidak tolak bantahan terhadap hukuman Najib, butiran esok
https://www.malaysiakini.com/news/695451
Zarrah Morden
Diterbitkan: Feb 6, 2024 12:13 PM⋅
Dikemaskini: 3:43 PM
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan protes terhadap pengurangan hukuman yang diberikan kepada bekas perdana menteri Najib Razak yang disabitkan kesalahan dalam penyelewengan dana SRC International.
Pengerusi badan pemantau pilihan raya itu, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata kemungkinan tersebut telah dibincangkan pada mesyuarat semalam.
Muhammad Faisal Abdul Aziz
"Semasa mesyuarat semalam, kami menuju ke arah itu... tetapi kami perlu bina momentum terlebih dahulu," katanya kepada Malaysiakini.
Muhammad Faisal berkata, Bersih akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu esok bersama-sama dengan beberapa pertubuhan masyarakat sivil dan kumpulan pelajar serta kumpulan belia lain.
Jumaat lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa ia hukuman penjara Najib akan dikurangkan daripada 12 kepada enam tahun.
Dengan pengurangan separuh hukuman tersebut, bekas perdana menteri terbabit dijangka dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Jumlah denda yang dikenakan ke atasnya, pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. Bagaimanapun, jika bekas presiden Umno itu gagal membayar denda tersebut dia perlu menjalani tempoh penjara tambahan selama setahun lagi.
Najib Razak
Najib kini meringkuk di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta.
Hukuman 12 tahun dan sabitan itu dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dan dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Susulan keputusan itu, Bersih kemudiannya menyelar Lembaga Pengampunan, dengan mengatakan ini akan memberi kesan besar kepada kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara.
Bersih berkata keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2022 untuk mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib jelas menunjukkan dia telah "merompak wang negara".
Gabungan itu turut membangkitkan petisyen yang dilancarkannya pada 2022, di mana 157, 168 tandatangan dikumpul agar Najib tidak diberi pengampunan.
Selepas sabitan Najib, bekas pemimpin Bersih 2.0 mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang turun ke jalanan dalam perhimpunan badan pemerhati untuk membantah walaupun pelbagai ancaman dan cabaran dilontarkan oleh kerajaan ketika itu.
Najib telah disabitkan dengan tujuh pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya kerana salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Najib juga sedang dibicarakan untuk kes lain termasuk empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang RM2.27 bilion 1MDB.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum buat demo, BERSIH patut sahut cabaran dari pihak Najib untuk bertukar pandangan berkenaan pengampunan Najib melalui forum terbuka.
Memandangkan Ramkarpal Singh dan Hanipa Maidin sudah kecut manakala Tony Pua masih bisu dan jemputan ini sudahpun dilanjutkan kepada pihak BERSIH semalam, gunakan platform ini untuk menyatakan secara umum sebab-sebab kamu bantah pengampunan Najib. Jika alasan-alasan BERSIH adalah betul maka platform ini bakal membantu hasrat mereka untuk membina momentum membuat demo |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke yg nk join? Yg meramaikan bersih dulu acik2 pas yg dihina skrg oleh mereka juga |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 6-2-2024 04:34 PM
Ada ke yg nk join? Yg meramaikan bersih dulu acik2 pas yg dihina skrg oleh mereka juga
Dap xkoser nak layan.....haha |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ramai kot sebab yang ini khusus untuk najib haters sahaja. bangnon punya fans mungkin dah tak berapa semangat nak turun sbb dah dapat jadi PMX.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 6-2-2024 05:49 PM
Tak ramai kot sebab yang ini khusus untuk najib haters sahaja. bangnon punya fans mungkin dah tak b ...
Najib fans ntah2 lg byk dari haters skang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
..yang mana untung kan dia.. dia wat dekk sajork. Yang mana ada opportunities utk dia.. ajak org wat demo.. adil bila dia dapat untong . Bila dia rasa dia tak dapat apa²..silent se silent nya. Org dia jugak dulu yg menteri ntah apa² ..sampai nak mintak gov bagi elaun kat grup dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah capai cita2 nk perintah msia dpd sakit badan sakit tekak jerit2 baik dok umah lek2 tengok tv, ada 4 tahun lg blh enjoy maaa |
|
|
|
|
|
|
|
Penyokong nuart pun dh xde mood nak kuar guling2, terbalik keta pulis bagai sbb ptptn pun kena bayar jg, baik kerja keras kumpul duit |
|
|
|
|
|
|
| |
|