CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29080|Reply: 89

[Tempatan] bukan kerana merasa kiciwa dengan mana-mana pihak. Selepas 18 Tahun Berkhidmat, Cikgu Fadli Salleh Pilih Bersara Awal.Apakah yang berlaku?

[Copy link]
Post time 7-2-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 7-2-2024 12:18 AM

https://www.facebook.com/share/p/9YaanznqNYvA18Ww/?mibextid=Nif5oz
Seorang cikgu yang cukup dikenali di media sosial, Cikgu Mohd Fadli Salleh dilapor mengambil keputusan untuk bersara awal hari ini.



Berita mengejutkan tersebut dikongsikan oleh rakannya, yang juga pempengaruh media sosial, Akhi Fairuz Al-Jengkawi di laman Facebook, sebentar tadi.

“Selamat bersara Cikgu Mohd Fadli Salleh. Bersara pilihan. Semoga terus menyumbang bakti dalam bidang pendidikan,” katanya.

Menerusi hantaran yang sama, sekeping gambar yang menunjukkan kain rentang atau 'banner' yang bertulis selamat bersara turut dikongsikan.

Difahamkan, Cikgu Fadli menamatkan perkhidmatan sebagai pendidik di sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Selangor.

Meninjau ke laman Facebook milik Cikgu Mohd Fadli Salleh pula, beliau sempat berkongsikan coretan ringkas sepanjang berkhidmat sebagai seorang cikgu.

“3 Januari 2006. Melapor diri di Sk, Mambang, Pekan, Pahang. Disember 2009, melapor diri di Sk Taman Melawati 2.

“Oktober 2016 - Februari 2023. Sk 1 Gombak pula terima diri ini.

“Banyak sebenarnya ingin ditulis, tapi aku tak tahu di mana perlu bermula. Ah, biarlah aku pendam sahaja segalanya,” tulis perkongsian cikgu tersebut.

Selain itu, beliau juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang berada bersamanya sepanjang 18 tahun berkhidmat.

“Setiap yang bermula pasti berakhir jua. Terima kasih semua atas memori indah sepanjang kita bersama. Kalian sentiada ada dalam setiap sujud dan doa.

“Izinkan daku mengundur diri,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam hantaran berbeza, beliau turut tampil memberi sedikit penjelasan tentang keputusannya untuk bersara awal.

Beliau menegaskan keputusan itu dibuat bukan kerana merasa kecewa dengan mana-mana pihak.

“Bahkan, saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan,” tegasnya.

Cikgu Fadli Salleh juga memberitahu bahawa beliau akan terus berada dalam bidang pendidikan, cumanya di haluan yang berbeza.

“Suara saya akan sentiasa ada,” akhiri beliau.
Sumber: Facebook/Akhi Fairuz Al-Jengkawi, Mohd Fadli Salleh

Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 27 Users voted View Voters
13.04% (6)
0.00% (0)
8.70% (4)
4.35% (2)
0.00% (0)
34.78% (16)
17.39% (8)
4.35% (2)
4.35% (2)
2.17% (1)
10.87% (5)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2024 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut langkah acik @Buritan ke? Bersara awal
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Korg ingat dia bersara awal tu tak dpt pencen ke lol.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda normal. Dah cukup syarat dia, boleh je dia pencen awal. Pencen dpt lps umur 55 laa bukan terus dpt lps ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikk tersungkur juaaa ingat kental sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nikaido at 7-2-2024 08:10 AM

Sapa cikgu ni? Apasal dia pencen pun boleh masuk isu semasa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2024 08:21 AM | Show all posts
kalau cikgu masih sayangkan anak bangsa, teruskan berjuang
mungkin lpas dh xddk dlm sistem, cikgu akan lebih outspoken sblm ni takut2 kan
msuk swasta pn iols xrase cikgu boleh bertahan, swasta lg teruk politiknye
so all the best cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak fokus kat NGO ngan bisnis dia la. Korang hapa taw.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-2-2024 08:56 AM
Dia nak fokus kat NGO ngan bisnis dia la. Korang hapa taw.

Brsepah je acik gomen bersara umo 40. Lebih2 lg dpt pasangan kaya. Ada pula biz. Netizen je over
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 10:12 AM | Show all posts
masuk politik la cikgu...sistem pendidikan malaysia ni hauk..kena ada political will utk ubah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 10:26 AM | Show all posts
caprut replied at 7-2-2024 09:54 AM
Brsepah je acik gomen bersara umo 40. Lebih2 lg dpt pasangan kaya. Ada pula biz. Netizen je over

cikgu ni kan influencer....dia bnyk suarakan perihal pendidikan..
so bg parents yang ada anak2 bersekolah akan follow page cikgu ni...

dia antara pendidik yang berani melawan arus KPM untuk sesetgh issue...so bg parents yang merasa KPM agak keterlaluan akan menyokong tindakan cikgu ni...

jarang nak jumpa cikgu yang berani bersuara lantang...
and cara dia mengajar pun mudah di fahami anak2....
ni anak iouls pernah join kelas free dia masa live...

ni salah seorang influecer yang layak di follow...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 10:51 AM | Show all posts
dapat bersuara tanpa tekanan. tanpa disuruh isi surat tunjuk sebab. xyah dipanggil berkali2 ke kpm, jpn, ppd

harap bersuara lebih lantang ngan silibus yang lebih mesra murid
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 10:52 AM | Show all posts
huru haranya pendidikan di malaysia sebab nak jaga survival politik melayu, cina dan india...masing2 nak aliran pendidikan masing2...

sepatutnya satukan aliran dan semua kena ckp bahasa malaysia...lain2 bahasa hanya nombor 2...

kerajaan perlu tegas hal ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-2-2024 08:56 AM
Dia nak fokus kat NGO ngan bisnis dia la. Korang hapa taw.

Dia kn acah² terpaling cekgu.
Alang² dh ramai tolowers tu baik benti.
Lg huntong manage ngo & jd influenza.
Bpa ramai dh cikgu cikgu bsara jd influenza, chuols bila lg
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 11:20 AM | Show all posts
korang ingat kalau dia masuk politik dia boleh buat perubahan ke..jgn weh..silap2 dia yang berubah... politik ni busuk..biarlah dia di luar politik je...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 11:40 AM | Show all posts
Setakat kritik mcm tu tak ada apalah. .. tak perlu sampai kaitkan persaraan.

Aku rasa ok jer dia kritik silibus hari tu, sebab itu pandangan dia sebagai pelaksana, dia yang nampak sendiri, orang atasan yang buat silibus sepatutnya ambik sebagai input dan address supaya tidak berlarutan.. walaupun buat kpm panas bontot tetapi mesej tu sebenarnya sampai kepada semua orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2024 11:53 AM | Show all posts
cikgu ni ada bisnis
ada dana kita lagi

bersara jelah kalau pening2
sikit2 kena panggil KPM
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 12:17 PM | Show all posts
keje gomen ni kena pandai isap kerantung dan bijik, tak pandai isap, inilah padahnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 12:21 PM | Show all posts
nak jadi penghasut media sosial kot


pinjam ayat sape tah smlm
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 7-2-2024 11:40 AM
Setakat kritik mcm tu tak ada apalah. .. tak perlu sampai kaitkan persaraan.

Aku rasa ok jer dia kr ...

Betul tu...bahananya silibus terlampau berat...yg sesetengah guru,parents, org awam rs ok je...tp natijahnya...bebdk tak mo sambung bidang sains dan teknikal...dah kurang plak pekerja bidang tu kata mentri...jom kita import...
Ada hari tu lecturer uni/kolej share jawapan math  aduhaii...just baru basic math kot..bukan trigonometri ke apa...just a little taste of algebra n math operation...ni bebdk yg dulu spm paling buruk pun B...nampak dr jawwpan tu haruuu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.050250 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list