CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9512|Reply: 9

Himpunan cerita-cerita seram aku dan keluarga aku

  [Copy link]
Post time 7-2-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari kawan-kawan semua.

Lately tergerak sangat hati ini nak share cerita-cerita seram/pelik yang pernah aku dan keluarga aku lalui di forum MPS dengan niat manalah tahu dengan secebis cerita aku yang tak seberapa ini, dapat memeriahkan balik forum favorite aku.

Aku bukanlah insan yang ada kebolehan istimewa. Cuma seingat aku, dari aku kecil aku memang mudah terlibat dengan benda-benda mistik ni.

Sama juga dengan mak aku. Banyak kejadian pelik yang terjadi pada dia.

Dan sekarang ni, anak kedua aku pulak yang melalui perkara yang sama.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2024 03:05 PM | Show all posts
Cerita Mak - Wajah Memandang Ketika Tidur

Sejak akhir-akhir ini, masalah pendengaran mak aku makin menjadi teruk.
Jadi bila abah aku tiada di rumah, terutamanya pada waktu malam, mak suka tidur di ruang tamu supaya dia akan alert bila abah balik.

Pada satu malam tu, mak baring di ruang tamu sambil menonton tv.
Di dinding sebelah kiri TV, ada tergantung satu jam lama yang berukuran besar sedikit daripada kertas saiz A4.
Mak yang tengah menonton tv tiba-tiba terlelap.
Dan apabila terjaga, mata mak automatik terpandang ke arah jam lama tu.
Alangkah terkejutnya mak bila dia nampak ada wajah seorang lelaki di jam dinding tu sedang memandang ke arah mak.
Wajah lelaki itu putih bersih, berjanggut dan bermisai. Pakai tengkolok.
Lelaki itu hanya memandang ke arah mak.
Mak cepat-cepat memejamkan mata dan membaca ayat Al-Qursi untuk menenangkan hati yang tengah berdebar-debar.
Bila dah kurang sikit debaran, mak membuka mata dan menjeling ke arah jam tu.
Wajah itu dah hilang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2024 03:13 PM | Show all posts
Mak memang jenis berani.
Walaupun berulang-kali diusik namun dia tak takut untuk tidur di ruang tamu menunggu abah.
Dan bila dia bercerita kepada aku dan adik aku mengenai apa yang terjadi, wajah dia senyum-senyum sahaja.
Aku dengan adik aku pulak asyik menahan rasa meremang bulu roma.

Macam yang aku ceritakan sebelum ini, mak aku ada masalah pendengaran.
jadi bila mak tengah menonton TV dan abah balik, abah akan memegang rambut mak dari belakang sebagai isyarat untuk memanggil mak.

Satu lewat petang tu, mak tengah menonton TV di ruang tamu.
Ralit sungguh dia masa tu.
Tiba-tiba ada tangan memegang lembut rambut mak dari belakang.
Serentak mak beralih ke belakang untuk menegur abah tapi tiada siapa pun sebenarnya.
Tak puas hati, mak keluar menjenguk ke porch dan melihat motorsikal abah memang tiada tanda abah belum balik.
Serta merta mak berdebar namun dia masih dapat buat seperti biasa.
Tidak lama kemudian, abah balik dan mak terus ceritakan kepada abah.
Abah macam biasa, hanya tersenyum dan memujuk mak supaya jangan terlampau memikirkan perkara itu. Mungkin perasaan awak saja kata abah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 11:15 AM | Show all posts
yeay ada benang seram baru.. teruskan cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
daisy_dukes replied at 7-2-2024 03:13 PM
Mak memang jenis berani.
Walaupun berulang-kali diusik namun dia tak takut untuk tidur di ruang tamu ...

uish, abah u tersenyum tu maksudnya dia tau ada something ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2024 04:20 PM | Show all posts
duri_durians replied at 8-2-2024 11:15 AM
yeay ada benang seram baru.. teruskan cerita..

terima kasih. in sha Allah ada cerita lain akan menyusul
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2024 04:25 PM | Show all posts
hanihan16 replied at 8-2-2024 12:21 PM
uish, abah u tersenyum tu maksudnya dia tau ada something ke?

Abah tak mahu mak fikir yang bukan-bukan.
sebab abah selalu juga keluar hantar barang malam-malam jadi tinggallah mak sorang-sorang.

Ada satu maghrib tu kecoh jugak bila mak menjerit nampak kucing hitam masuk rumah dan bersembunyi bawah meja makan.
Masa tu mak tengah nak tutup-tutup tingkap dan pintu.
Tiba-tiba je mak nampak seekor kucing hitam berlari meluru masuk ke rumah dan bersembunyi bawah meja makan.
menjeritlah mak minta tolong abah tangkapkan kucing tu.
Bila abah pergi check, tak ada pun kucingnya.
siap bawa torchlight suluh-suluh tak ada pun.
sampai ke dapur dan ke bilik berdekatan meja makan tu pun abah cari tak ada kucingnya.

Tapi mak kata memang kucing tu berlari melintas depan dia terus ke bawah meja makan.

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
daisy_dukes replied at 8-2-2024 04:25 PM
Abah tak mahu mak fikir yang bukan-bukan.
sebab abah selalu juga keluar hantar barang malam-malam  ...

kalau i jadi mak u mesti dah biru muka. huhu.. u dpt kenal pasti ke kenapa perkara2 misteri berlaku kat family u?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2024 04:38 PM | Show all posts
Rumah mak dan abah dekat dengan rumah tokwan. seberang jalan je.
Masa lutut mak masih okay, mak selalu kayuh basikal ke rumah tokwan.
Sekarang lutut mak dah tak kuat macam dulu. Nak bangun berdiri pun kena berpaut.

Satu tengah hari tu, hujan rintis-rintis.
mak kayuh basikal ke rumah tokwan sebab nak ambil serai.
tokwan dan tok tak ada di rumah sebab pergi melawat cucu yang baru lahir di bandar.

Rumah tokwan ni rumah 2 tingkat.
Rumah atas rumah kayu dan rumah bawah rumah batu.
Serai tu pulak di bahagian belakang rumah, dekat dengan reban ayam tok dan rimbunan pokok belimbing.

Sebaik saja sampai di rumah tokwan dan turun dari basikal , mak terdengar sayup-sayup suara seakan suara tokwan sedang terbatuk2.
Mak macam biasa, buat taktau saja dan terus ke belakang rumah untuk mengambil serai.
Bila dah selesai, mak patah balik ke hadapan rumah.
Masih lagi terdengar sayup-sayup bunyi batuk yang seakan-akan suara tokwan.
Mak kuatkan hati dan pekakkan telinga walaupun waktu tu, hati dia dah mula goyah.
Cepat-cepat dia mencapai basikal dia.
Tiba-tiba terdengar suara dari dalam rumah yang tanpa syak lagi suara tokwan memanggil nama mak sambil terbatuk-batuk.

Terus mak atur langkah 1000 (dengan basikal lah ye) sampai payung pun dah terlupa nak ambil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2024 04:44 PM | Show all posts
hanihan16 replied at 8-2-2024 04:36 PM
kalau i jadi mak u mesti dah biru muka. huhu.. u dpt kenal pasti ke kenapa perkara2 misteri berlak ...

Hehehe.. mak jenis hati kental.Mak pernah pergi berubat dengan seorang ustaz. Lepas kejadian kucing hitam tu.
Tapi ustaz tu cuma buatkan air dan bacakan doa.
Dan dia kata kat mak jangan banyak berfikir sangat.
memang lepas berubat tu, dah kurang sikit kejadian.
Ada tu ada tapi dah tak kerap.
Sampailah baru-baru ni, bila abah dan mak pulang ke kampung halaman abah dan tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah tok.
Abah pun dah start kena usik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.058912 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list