CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9849|Reply: 13

[Tempatan] BERITA TERKINI - Azraai Khor meninggal dunia selepas diserang strok

[Copy link]
Post time 8-2-2024 01:07 PM | Show all posts |Read mode



ARENA bola sepak tanah air khususnya penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC dikejutkan dengan berita pemergian legenda jurulatih Hijau Kuning, Azraai Khor Abdullah pada Khamis.
Anak Allahyarham, Firdaus Zainuddin memaklumkan perkara itu di Facebook pada Khamis.

Terdahulu, legenda 'double treble' Kedah itu dikejarkan ke hospital kerana diserang strok.
Azraai pada mulanya dikatakan masih kritikal sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia di usia 71 tahun kerana kegagalan jantung berfungsi.



"Assalamualaikum kepada yang mengenali dan membaca. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat bapa saya Mohd Azraai Khor, yang telah meninggal dunia sebentar tadi, Mohon sama-sama kita berdoa agar Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin.
"Semoga rohnya dilimpahi dengan belas kasihan dari ALLAH Azawajalla dan semoga ALLAH mengangkat darjatnya bersama-sama dengan hambaNya yang soleh," kongsi putera Allahyarham.
Pengendali disegani para penyokong itu bukan hanya berjuang dibumi Kedah apabila Allahyarham juga pernah mengendalikan beberapa kelab seperti Terengganu FC, Perak FC, Negeri Sembilan, Sabah FC dan Kelantan.
Namun, tempohnya bersama kem Kedah pasti antara yang paling diingati apabila Allahyarham Azraai mencipta sejarah sebagai jurulatih pertama membawa pasukan tempatan meraih kejuaraan 'treble' berganda musim 2006/2007 dan 2007/2008.
Pemain-pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Khyrill Muhymeen, Marlon Alex James serta Nelson Sam Martin merupakan tunjang kepada kecemerlangan Sang Kenari di bawah kendalian Allahyarham Azraai waktu itu




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam Takziah
Legend double treble sehinggalah tokong masuk campur banned player import
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi...

Umur 71 macam tu eh? Nampak steady on screen. Takziah untuk rakan dan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 04:15 PM | Show all posts
Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...semoga ditempatkan bersama org2 beriman... banyak jasa arwah kepada pasukan negeri Kedah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2024 04:45 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ




Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2024 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. Semoga ditempatkan dikalangan yg beriman
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah   
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahhiwainnaillaihirojiun.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan penghuni syurga
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 02:36 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah pada keluarga arwah,terkrjut aq dengar berita ni kat tv3 tadi,3 hari bturut2 berita kmatian bekas pemain bola sepak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 07:42 AM | Show all posts
legend bolasepak kedah
al fatihah utk coach..dihormati lawan dan juga kawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 141550 Replies : 3979
Konsert Maroon 5 di KL, 2025
maklukpenggodaKonsert Maroon 5 di KL, 2025
Views : 939 Replies : 2
Pewaris empayar Jepun berusia 18 tahun
mojarean_XPewaris empayar Jepun berusia 18 tahun
Views : 75356 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97711 Replies : 5183
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 44900 Replies : 684
Raysha rizrose pregnant
nhaoRaysha rizrose pregnant
Views : 12485 Replies : 15
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21583 Replies : 508
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 42225 Replies : 331
Concorde Hotel KL Bakal Dijual Pada Harga RM700 Juta
intan_smsbConcorde Hotel KL Bakal Dijual Pada Harg
Views : 11726 Replies : 4
Kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
YgBenarKajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) y
Views : 11468 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.054440 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list