CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9518|Reply: 0

Tindakan tatatertib bakal dikenakan ke atas inspektor, 7 anggota ‘pau’ duit RM35,000

[Copy link]
Post time 8-2-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode

KUMAR menyampaikan borang ‘balik kampung’ kepada Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak pada Majlis Pelancaran OP Selamat Ke-21 sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kontinjen Johor di Plaza Tol Kempas (arah Utara) Johor Bahru hari ini.-Foto BAAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan mengenakan tindakan tatatertib ke atas seorang pegawai berpangkat inspektor dan tujuh anggota yang melakukan pemerasan wang RM35,000.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas kesemua pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam selepas siasatan dilengkapkan setelah reman ke atas mereka tamat esok.

“Amanat Tan Sri Ketua Polis Negara (KPN) baru-baru ini juga amat jelas bahawa polis tidak akan berkompromi (isu salah laku). Saya selaku Ketua Polis Johor juga sudah beritahu, jika ada segelintir yang terlibat, hala tuju pasukan adalah untuk pastikan segelintir yang merosakkan susu sebelanga ini disingkirkan daripada pasukan.

“Kita tiada kompromi dalam isu integriti, salah laku jenayah dan rasuah, saya akan pastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Op Selamat Tahun Baharu Cina 21/2024 Kontinjen Johor di Plaza Tol Kempas, di sini hari ini.

Terdahulu, seorang tukang cuci wanita berusia 41 tahun dikatakan membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa seorang anggota polis meminta wang RM40,000 bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah.

Pengadu dikatakan hadir ke IPD Seri Alam dan menyerahkan wang berjumlah RM35,000 kepada anggota polis berkenaan, namun mendakwa bahawa adiknya masih tidak dibebaskan hingga kini.

Susulan itu, enam lelaki dan dua wanita yang juga pegawai serta anggota polis IPD Seri Alam ditahan kira-kira pukul 2 pagi kelmarin untuk siasatan lanjut.

Kumar memberitahu, kelapan-lapan penjawat awam yang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu masih di dalam tahanan reman sehingga esok bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... a-pau-duit-rm35000/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.326801 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list