CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32689|Reply: 0

93 kes tatatertib polis Sabah disiasat tahun lalu

[Copy link]
Post time 9-2-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode
93 kes tatatertib polis Sabah disiasat tahun lalu


Juwan Riduan
am@hmetro.com.my



Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sabah Bulan Februari 2024 yang diadakan di Dataran Pahlawan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini. FOTO MOHD ADAM ARININ




Kota Kinabalu: Polis Sabah membuka 93 kertas siasatan tatatertib membabitkan pegawai dan anggotanya sepanjang tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, daripada jumlah itu, 67 kertas siasatan selesai manakala 26 lagi dalam siasatan.

"Sebanyak 55 kertas siasatan diambil tindakan seperti amaran, denda, lucut hak emolumen (hukuman yang dijatuhkan terutama buang kerja ataupun turun pangkat), tangguh pergerakan gaji dan turun gaji.

"Selebihnya diberi teguran dan tiada tindakan lanjut," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan IPK Sabah, di sini, hari ini.

Jauteh berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIP) Kontinjen Sabah sudah mengambil berbagai tindakan termasuk buang kerja terhadap pegawai dan anggota yang melakukan kesalahan.

"Kita tidak mahu melindungi (pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan) dan mulai daripada sekarang, janganlah, buat salah, salah lah sebab ini parasit dalam PDRM.

"Mana-mana pegawai dan anggota yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas dan kita akan ambil tindakan sama ada melalui kertas siasatan jenayah mahupun kertas siasatan tatatertib," katanya.

Sementara itu, mengenai operasi pendatang asing tanpa izin (PATI), Jauteh berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat lengkap untuk melaksanakan operasi membanteras PATI di negeri ini.

"Sehingga kini, kita mengenal pasti sebanyak 538 koloni setinggan di Sabah. Sebahagian besar dihuni sepenuhnya oleh PATI dan sebahagian lagi bercampur," katanya.



Disiarkan pada: Februari 9, 2024 @ 12:47pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061989 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list