CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11474|Reply: 18

[Tempatan] Polis kesan pemandu tular pecah cermin kenderaan di lebuh raya. Suspek dipercayai warga asing. Warga asing dari negara mana? Sila vote

[Copy link]
Post time 11-2-2024 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 11-2-2024 04:56 PM

Polis kesan pemandu tular pecah cermin kenderaan di lebuh raya

https://www.freemalaysiatoday.co ... raan-di-lebuh-raya/

Bernama - 11 Feb 2024, 12:11pm


Menurut polis, kejadian berpunca daripada tindakan mangsa menghalang kenderaan suspek semasa melalui lorong kecemasan sebelum berang memecahkan cermin terbabit.

Polis berkata laporan diterima petang semalamam susulan video tular berdurasi 54 saat yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Apple Kenzo.

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin kenderaan lain di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, semalam.

Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 2.36 petang semalam susulan video tular berdurasi 54 saat itu dikongsikan pemilik akaun Facebook Apple Kenzo.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa yang menghalang kenderaan suspek semasa melalui lorong kecemasan menyebabkan suspek dipercayai warga asing, tidak puas hati lalu keluar daripada kenderaan dan memecahkan cermin belakang kenderaan mangsa.

“Perkongsian tersebut telah meraih 2,300 reaksi, 694 komen, 3,000 perkongsian dan ditonton oleh 26,000 warga siber. Kes dikasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun atau tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Siasatan juga dijalankan secara selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Kumar berkata 70 individu terdiri daripada 48 lelaki, 20 wanita dan dua masih di bawah umur, ditahan dalam operasi khas pusat hiburan dijalankan bermula 2 hingga 8 pagi di daerah ini, semalam.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, seramai 36 lelaki dan 16 wanita yang juga warga asing berusia antara 16 hingga 50 tahun, ditahan di dua pusat hiburan tidak berlesen serta beroperasi lebih masa.

“Hasil saringan awal air kencing terhadap mereka yang ditahan ini positif dadah jenis Methamphetamine, ketamin dan Tetrahydrocannabinol (THC). Polis akan membuat semakan dengan pihak imigresen untuk mengesahkan ketulenan dokumen perjalanan warga asing berkenaan.

“Permohonan reman akan dilakukan hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6(2) dan 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98,” katanya.

Single Polls, Total 18 Users voted
0.00% (0)
0.00% (0)
0.00% (0)
0.00% (0)
0.00% (0)
0.00% (0)
5.56% (1)
0.00% (0)
94.44% (17)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Singapork
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunjuk kad OKU saje maa
Syetell problem
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
singapork dari leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara terpaling maju.


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kad oku singapore laku tak?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2024 12:15 AM | Show all posts
takkanlah 1st world country pipel buat mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang singapork tu kena saman pun aman2 je masuk malaysia. Sita la kereta dia kalau tak bayar saman. Selagi tak bayar, jangan bagi keluar. Lemah betul jpj, polis kita ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Singkaypoh mmg gitu..
Masuk.mesia.rasa.superior.gitchuu...
Dalam.singkaypoh mengecut.telor depa
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Singapooorah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat plak ada video viral org singapore taknak balik singapore sbb strict sgt katenye. Mcm pelawak yg kutuk malaysia tu la, kemain bangga dia org singapore ujung2 rupenye pemegang greencard usa
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 12:07 PM | Show all posts
kesian local sana..... polis j dan imigresen j buta bisu bab ni... asalkan bayar fee, lepas... baloi baloi...

dengan mat rempit yang bahaya kan diri sendiri macam2 digertak hambatnya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah kjp lg dia hulur polis pun ckp x de Kes lah tu. Mcm la br smlm kita kenal polis malaysia ni

Cuba ko buat bnd yg sama kat Singapore. Silap2 5 tahun dlm jail kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat nk vote rohingya, tgk berita dari jb dah agk yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 12-2-2024 12:33 PM

I gelak je bila baca komen, Singaporean kat negara diorang ikut law, sesetengah nye tu, datang je Malaysia terus bertukar jadi monkey

Dah rasa besar sangat la tu datang dari negara maju.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
apa diaorg nak kisah, buat apa pun masih boleh masuk Malaysia ni, hadap je la penguatkuasaan kita gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 sporean tu aman2 dh balik umah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 03:09 PM | Show all posts
jgn harapla Spore nak bg kerjasama serah rakyat dia ke PDRM....diaorg pariakan je PDRM...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
baca tajuk dh tahu dr sg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.061949 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list