CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11916|Reply: 33

[Dunia] Syarikat Penerbangan Ini Mula Timbang Berat Penumpang Sebelum Berlepas,Penumpang akan ditimbang bersama bagasi yang dibawa.wajar atau tidak?

  [Copy link]
Post time 14-2-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 14-2-2024 07:23 AM

Syarikat Penerbangan Ini Mula Timbang Berat Penumpang Sebelum Berlepas
Syarikat penerbangan di Finland, Finnair, akan mula menimbang para penumpang bersama bagasi masing-masing sebelum penerbangan.


Menurut Daily Mail, peraturan baru itu bagi membantu syarikat penerbangan berkenaan membuat anggaran berat pesawat sebelum berlepas dengan lebih tepat.

Finnair dalam kenyataannya berkata, langkah berkenaan mula dilaksanakan sejak Isnin minggu lepas, melibatkan penumpang yang berlepas dari Helsinki.

“Setakat ini, lebih 500 penumpang secara sukarela mengambil bahagian dalam timbangan berat ini,” kata jurucakap Finnair, Kaisa Tikkanen.

Katanya lagi, tindakan menimbang berat pesawat, ruang dalaman dan penumpangnya bertujuan untuk menjadikan penerbangan lebih seimbang dan selamat untuk transit.

Syarikat penerbangan sebelum ini biasanya menggunakan data berat purata yang disediakan pihak berkuasa penerbangan iaitu 88kg setiap penumpang.

Selain itu, syarikat penerbangan juga mempunyai pilihan untuk mengumpul sendiri data berat setiap penumpangnya.

Finnair berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa semua data berat penumpang yang dikumpul tidak akan dipautkan kepada mana-mana data peribadi penumpang.

“Hanya ejen perkhidmatan pelanggan yang bekerja di tempat penimbang sahaja boleh melihat berat badan penumpang.

“Jadi, anda tidak perlu risau untuk mengambil bahagian dalam kajian ini,” kata Ketua Operasi Darat Finnair, Satu Munnukka.

Penumpang akan ditimbang bersama bagasi yang dibawa
Menurut Daily Mail lagi, fokus Finnair bukan sahaja berat badan, ia termasuk berat bagasi yang dibawa oleh penumpang.

Pengarah Komunikasi syarikat itu, Päivyt Tallqvist berkata warga Finland cenderung untuk membawa bagasi yang berat pada musim sejuk.

Antara pakaian yang dibawa pada musim ini termasuklah kot tebal yang berat.

“Ini adalah sebahagian daripada ciri keselamatan yang kami terapkan dalam organisasi.

“Kami mahu melihat sama ada data untuk pengiraan kami adalah tepat. Data itu digunakan untuk setiap penerbangan dan ia penting untuk prestasi pesawat,” katanya lagi.


Bagaimanapun, peraturan terbaru yang diterapkan oleh syarikat tersebut turut mendapat kritikan hebat oleh pengguna media sosial.

Warga maya mempertikaikan peraturan itu dan mendakwa ia akan memalukan penumpang yang memiliki berat badan berlebihan.

Untuk maklumat, Finnair bukanlah syarikat penerbangan pertama yang mengukur berat penumpang mereka.

Ogos tahun lepas, syarikat penerbangan terbesar Korea iaitu Korea Air telah mengumumkan akan mula menimbang berat penumpang mereka.

Syarikat itu memaklumkan akan mula menimbang berat penumpang di Lapangan Terbang Gimpo bagi laluan domestik dan Lapangan Terbang Incheon bagi penerbangan antarabangsa.

Menurut Korea Air, langkah itu hanya untuk sementara iaitu dilaksanakan bermula Ogos dan berakhir pada September tahun yang sama.

https://www.dailymail.co.uk/news/article-13056657/helsinki-finland-finnair-measure-passengers-weight.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2024 07:28 AM | Show all posts
bg aku wajar je, xperlu malu pon...xde apa masalah pon dgn timbang berat badan tu...masa aku naik fokker flight dr lukla ke kathmandu mmg kene timbang berat passanger & luggage...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
demi keselamatan apa salahnya. baru ni gi umrah dgn kawan. berat dia je dah 120kg. beg bawak 3. beli lg extra 10kg + 30kg yg MAS bg.. berapa byk daa..  nasib ler aku tk beli byk brg pun.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 08:30 AM | Show all posts
zehra2 replied at 14-2-2024 07:54 AM
demi keselamatan apa salahnya. baru ni gi umrah dgn kawan. berat dia je dah 120kg. beg bawak 3. beli ...

byknyer...apa yg dia bawa?

Finnair nie mcm meols pnh naik jer airline nie...meols sejak tgk penumpang easyjet kena timbang & ukur bag masa nak boarding flight, terus meols banned that airlines...masa tu meols somewhere in Italy,tunggu flight Airitalia....kesian tgk satu penumpang tu, abis kena bongkar bag sbb terlebih dari berat yg dibenarkan. Mmg salah dia, tapi meols takmo be in that situation. Manalah tau kot masa tu kita kelam kabut packing, pastu bag terlebih 1-2kg.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurm...berat iols dah 72kg..
Hahaha...
Kalau iols kurangkan ke 65kg mmg kurusnsikit dari Gigi Hadid gamaknya..

Bagi iols..okay je timbang Gini....
Kira purata berat oenumpang semua..
Kalau lebih...Kasi kurangkan barang atau berat sundiri...Kasi pilih dalam masa 3 minit
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 08:52 AM | Show all posts
kut org mesia sure half je boleh naik

sebab dah reach max weight
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2024 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 14-2-2024 08:30 AM
byknyer...apa yg dia bawa?

Finnair nie mcm meols pnh naik jer airline nie...meols sejak tgk penu ...

Bila masa easyjet kena timbang berat badan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 08:54 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 14-2-2024 08:53 AM
Bila masa easyjet kena timbang berat badan?

bukan berat badan, tapi berat dan size luggage
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2024 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 14-2-2024 08:54 AM
bukan berat badan, tapi berat dan size luggage

Oh, menda tu mmg dah termaktub dlm website masa beli tiket..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 09:13 AM | Show all posts
private jet,small chartered planes memang kena buat semua ni.

the smaller the plane, the margin of error smaller, sebab tu kena timbang semua penumpang dan bagasi.

Big planes boleh jer ambik standard weight, 83 Kg for male, 67 kg for female, including carry on baggages. Memang ada passenger yg lebih berat tapi ada juga yg lebih ringan, so error cancelled error lah, balance kat situ.

Bila guna standard weight, airlines rasa rugi bila actual weight lighter , sebab extra weight tu boleh bawak cargo lebih banyak atau tambah lagi minyak untuk longer range and endurance.
Bila terlebih berat pulak, might give problem on aircrafts performance especially during hot summer.

So the best and safest way, get the actual weight. Bukan susah pun, masa check in berdiri atas scale, data automatically fed in to the system..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Habislah geng2 Lizzo lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut wajibkan skali semua penumpang bawa payung terjun..pastu lulus ujian terjunan dari udara..baru boleh masuk kapal terbang..barulah selamat sket kalu kapal nak terhempas .semua pakat2 terjun daa...kecuali pilot terkunci dalam kokpit dia..haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 09:46 AM | Show all posts
kelana36 replied at 14-2-2024 09:13 AM
private jet,small chartered planes memang kena buat semua ni.

the smaller the plane, the margin of  ...

ye la kereta pn kalo bawak lebih had pn mesti rasa lain, kereta sedan la,

ini kan pula kapal terbang...mgkn penumpang tak rasa, pilot atau pemandu akan rasa, controlling, respond lain sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 14-2-2024 08:34 AM
Hurm...berat iols dah 72kg..
Hahaha...
Kalau iols kurangkan ke 65kg mmg kurusnsikit dari Gigi Hadid  ...

Kurus dari gigi hadid malaysia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Obese perlu beli 2 seats
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 14-2-2024 09:39 AM
Patut wajibkan skali semua penumpang bawa payung terjun..pastu lulus ujian terjunan dari udara..baru ...

Dah satu hal nak kena cari payung terjun tu. Pastu satu hal lagi nak kena buat ujian terjun sampai lulus. Confirm pakat ramai2 taknak naik flight dah lepas tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2024 10:28 AM | Show all posts
ni dah dikira body shamingggg.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 14-2-2024 08:34 AM
Hurm...berat iols dah 72kg..
Hahaha...
Kalau iols kurangkan ke 65kg mmg kurusnsikit dari Gigi Hadid  ...

susah la nk kurus dlm masa 3 minit...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 14-2-2024 10:08 AM
Obese perlu beli 2 seats

tak adil...pilot pon gomok...mentang2 seat dia..'memang dh pasti'...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by emera at 14-2-2024 03:07 PM

Aku baru balik dr Finland. Naik finnair doha-helsinki-doha. Pegi rovaniemi pun naik finnair. x start kena timbang lg. Mmg ramai usung hand luggage isik brg winter. Aku sefamily sorg 1 backpack isik winterboot, jacket apa jadah. Takkan nk pakai siap2 dr KL kot? Transit pulak kat Doha.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 1.082236 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list