View: 8673|Reply: 26
|
Lawatan Ryzal Ibrahim Ke Pusat Pemikiran Islam Kena Kecam, Netizen Ingat Dia Masuk Gereja
[Copy link]
|
|
Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ryzal Durian Kimch mendapat kecaman ramai dan dituduh memasuki sebuah gereja apabila memuat naik sebuah video mengenai keindahan seni bina campuran Islam dan Sepanyol di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
Berikutan daripada itu, Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 32, berkata, bangunan tersebut sememangnya kelihatan seakan-akan gereja namun ia sebenarnya merupakan sebuah institut ilmu tamadun Islam yang terletak di belakang Masjid Zabedah, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
"Nampak macam gerejakan? Tempat ini ialah Islamic Study Hall dekat Bukit tunku di belakang Masjid Zabedah. Set up tempat ini nampak macam meragukan tapi bila sudah sampai ia lebih kepada Islamik. Memang nampak ada unsur seni bina Sepanyol dan Islamik, setiap ruang dinding dan pintu masuk boleh nampak unsur berkenaan".
Menjengah di ruangan komen, seorang individu dilihat tampil memberi penjelasan dan membuka minda masyarakat mengenai tempat tersebut. Ujar individu tersebut, tempat yang dikunjungi Ryzal itu merupakan institut ilmu terkemuka di negara Malaysia.
"Seni bina ini sebenarnya mengambil inspirasi seni bina Andalusia-Morocco. Seni bina ini diambil agar kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol dulu dapat kita ulangi semula pada zaman moden ini. Institut ini sepatutnya kita umat Melayu kenal. Ia didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas".
"Dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1991. Tapi sayang, aku jumpa komen-komen yang kata macam gereja, yang menghinakan institut yang telah banyak berjasa pada perkembangan Tamadun Melayu-Islam di zaman moden ini".
"Kalau ISTAC yang menjadi pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam pun mereka tidak kenal? Seni bina Maghribi-Andalusia pun kita tak kenal sehingga didabik sebagai gereja? Ohh Alhambra, menangislah dikau di Sepanyol sana, dek kerana kejahilan anak bangsa aku".
"Untuk yang berkeras “ini ialah seni bina gereja”, sebenarnya Hagia Sophia adalah sejenis gereja yang ditukarkan menjadi masjid ketika zaman Al-Fateh. Jadi, seni bina Gereja ini tak terikat sebenarnya. Kubah masjid yang kita pakai adalah asalnya digunakan awal oleh Gereja Ortodoks Timur, sebelum Uthmaniyyah adapatasi sewaktu berlaku pertembungan tamadun dengan Rom Timur".
"Kalau mereka dalam gambar ini kenal sejarah Hagia Sophia itu, nescaya mereka pasti akan membakarnya kerana ia asal sebuah gereja. Ya ALLAH, kau selamatkanlah umat Melayu-Islam dari kejahilan yang aku lihat ini".
Sumber: Ryzal Ibrahim/OhBulan
|
|
|
|
|
|
|
|
Aperhal mamat nih
Yiihhhh sangat |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni memang ada vibe tak best..buat la apapun tetap nampak giler attention..by the way sedar la diri orang tengok bini ko bukan ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa tujuan dia post nak kata ni macam gereja?
ISTAC/ISLAH ni tempat hebat kot, tapi cara mamat ni buat konten macam orang tak cukup akal. |
|
|
|
|
|
|
|
mamat x cukup inci ni suka buat post yg mengundang..ingat lagi masa PRU dia buat post diri sendiri dlm gambar hitam putih org meninggal tu..pastu video garu2 bontot masa bini tgh buat tutorial tudung..bodoh..iols suka tgk mariam dgn rina je |
|
|
|
|
|
|
|
Begitulah org bodoh tak malu berkompang. Nak buat konten sekalipun buat la research dulu jangan nampak dangkal sgt. Btw dia ni retis tempatan ke? Pergi bod media sosial lah |
|
|
|
|
|
|
|
First sekali sebab ramai yang tak tau. Kedua, netizen yang tak tau tu tak tgk video sampai habis dan yang ketiga memang mamat ni ramai pembenci. Nasib la.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang sengaja nk suruh netizen salah faham, pastu boleh la salahkan netizen bodoh tak berfikiran moden macam kau, kan? acah2 lahir t20 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bottombikini at 14-2-2024 09:47 PM
eh laki si korea ni tak layak mencemar duli board gossip yach
humban dia ke thread influencer sana... shuhhh |
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 14-2-2024 09:43 PM
eh laki si korea ni tak layak mencemar duli board gossip yach
humban dia ke thread influencer sana.. ...
Theyols laki bini dah jadi artis kan sekarang? Mcm pernah nampak dalam tv.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia ni jenis menyakitkan hati |
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang bila kita tengok muka dia je pun kita terus benci tanpa sebab.. Contohnya muka mamat ni.. Sejenis muka mengundang "terajangan" |
|
|
|
|
|
|
|
flipolivio replied at 14-2-2024 10:02 PM
Theyols laki bini dah jadi artis kan sekarang? Mcm pernah nampak dalam tv..
prog anyeong tu ke
yihhh iols flip ch cepat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Annoying giler mamat nie. Menyampah! Dah la kuat mencapub. Dasar opportunist tak laku.
Eh awat heols ni kat bod gosip retis? Kalau miniknye meols pahamla da ala2 retis.
Nyway, netz yg dok ngata tempat tu cam gereja, gi lah banyak2 membaca, nengok dokumentari2 tentang tamadun Islam di Sepanyol, Portugal pade zaman ottoman dulu kala. Buka la minda tu sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang bukan artis, cuma dia orang medsos aje..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|