CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7202|Reply: 0

Bekas Askar Wataniah tagih simpati

[Copy link]
Post time 14-2-2024 12:33 PM | Show all posts |Read mode

Zulfadli (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Irwan (kiri) ketika ditemui di Kampung Lama, Benut, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Seorang bekas anggota Askar Wataniah terpaksa menggagahkan diri untuk memandu lori demi menyara keluarga meskipun tidak berdaya ekoran menghidap penyakit kencing manis sejak tiga tahun lalu.

Zulfadli Osman, 37, tidak lagi cergas dan aktif dalam Kompeni E Batalion Kedua Rejimen 501 Askar Wataniah Pontian yang disertainya sejak 12 tahun lalu dan hanya memandu lori di Johor Bahru bagi mencari nafkah.

Katanya, walaupun tidak larat, dia perlu menanggung isteri, anak perempuan, ibu dan abang yang tinggal bersamanya.

“Saya mula memandu lori de­ngan upah RM2,000 sebulan pada usia 29 tahun. Pada masa sama saya aktif dalam Askar Wataniah dan mengikuti pelbagai latihan yang dianjurkan oleh pasukan.

“Saya sering alami kebas-kebas dari pinggang ke bawah ketika memandu lori selain hilang berat badan. Mujur saya dibantu isteri yang bekerja di sebuah pusat hemodialisis di sini,” katanya.

Terdahulu, dia dikunjungi pa­sukannya yang diketuai oleh Mejar Irwan Ngadiman di Kampung Lama, Benut di sini baru-baru ini.

Menurut Zulfadli, dia perlu bekerja kerana sudah biasa bergerak kerana akan merasa risau dan tidak kena jika duduk di rumah sahaja.

Tambahnya, dia berharap penyakitnya itu segera sembuh kerana minatnya terhadap Askar Wataniah masih mendalam.

Sementara itu, Irwan berkata, Zulfadli merupakan seorang anggota yang aktif, ringan tulang dan sentiasa komited dengan tugas.

Katanya, walaupun bertugas sebagai pemandu lori tetapi Zulfadli masih mempunyai masa bagi turut mengikuti latihan dan eksais yang dianjurkan oleh Askar Wataniah dari semasa ke semasa.

“Kami kehilangan seorang anggota yang dedikasi dan berpe­ngalaman sebagai anggota Askar Wataniah yang merupakan satu pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia yang dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Zulfadli di talian 012-244 8832 menyalurkannya ke akaun bank Maybank miliknya di 151025726343.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... niah-tagih-simpati/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.053147 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list