'Tetamu patut tepati masa, pemilik inap desa pula perlu berhemah'
Maisarah Adila Hanafi
Diterbitkan: Feb 14, 2024 8:30 AM
Baru-baru ini telah tular di laman sosial X rakaman video yang memaparkan seorang tetamu inap desa (homestay) dihalau keluar rumah oleh pemiliknya di Kedah.
Tetamu berkenaan mendakwa bahawa pemilik inap desa tersebut menghalau serta membaling keluar barang-barang mereka kerana lambat daftar keluar.
Pemilik inap desa itu mendakwa bahawa tetamu itu lambat dua jam setengah untuk keluar dan pihak inap desa tidak mempunyai masa untuk mengemas rumah tersebut untuk tetamu lain yang akan masuk pada pukul 3 petang.
Mengulas kejadian ini, Presiden Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia Sahariman Hamdan berkata kedua-dua pihak melakukan kesilapan dalam menangani isu berkenaan dan seharusnya lebih berhemah.
“Pada pandangan saya, dua-dua salah. Kalau awak bayar, awak kena keluar pukul 12, keluarlah pukul 12.
“Tuan rumah pun janganlah kasar sangat,” katanya semasa dihubungi Malaysiakini.
Menurut Sahariman, ketetapan sama turut dikenakan di hotel.
“Yang menginap pun ingatlah janji. Kalau janji kena keluar pukul 12, keluarlah. Hotel pun macam tu juga, tapi hotel tak ada lah campak (barang tetamu),” katanya.
Sahariman juga berpandangan bahawa situasi berkenaan akan memberi imej yang kurang baik terhadap persepsi inap desa.
“Kadang-kadang benda itu terjadi satu dalam seribu. Viral pula tu. Awak yang buat begitu, nak orang simpati apa? Memburukkan nama Malaysia,” kata Sahariman.
Sahariman juga menegur pemilik-pemilik inap desa bahawa harus ada tatacara untuk mengawal tetamu.
“Kena ada tatacara, belajar cara yang elok untuk mengawal tetamu,” katanya, yang telah menjadi presiden Persatuan Homestay Malaysia sejak 1995.
Post time 14-2-2024 03:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
"Saiya tinggal ini negara libih timpuh sapluh taon..pon tada kina halau,buang beg..suka ini Malaysia worang..sayang sama kita bangladesh worang"-Srigala dari Bangladesh
Post time 14-2-2024 09:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by bottombikini at 14-2-2024 09:57 PM
penah dok homestay kat alor gajah
lawa la rumah melaka
check out pkl 12 tapi start pagi2 penjaga dia dah jenguk2 rumah tanya nak cekaut pkl brp
yg kami2 ni semua cikki melepak kat sofa bagi iols biadap kot dia nak jengah gitu jek
kulu kelio keliling rumah
last2 kami rimas terus siap2 pkl 11 dah standby angkut brg masuk keta
gila gak buat pesen centu halau guest secara halus...yihhhh
kalau nak keluar lambat, bagitau
kang owner bgtau la boleh ke tidak
benda boleh bincang kottt.. tetamu punnnnnnn
hotel pun akan call bilik kalau jam 12 tu tak checkout lg cuma takde la sampai tahap naik bilik jerkah bagai hehehee...
sama je caranya, nak keluar lambat, bgtau.. hotel paling lewat jam 1215-1230pm ok je lg, takde pun dorg bising, just bgtau je la lewat sikit